ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 March 2010

niat jahat penghianat rakyat dan UMNO kantoi....12 MP PKR zahir sokongan setia, nafi keluar parti

Seramai 12 Ahli Parlimen PKR melahirkan sokongan setia kepada kepimpinan parti itu — secara kebetulan serentak pada hari yang sama rakan mereka dari Bagan Serai melangkah keluar untuk menjadi wakil rakyat Bebas Dewan Rakyat.

Langkah itu dilihat sebagai tindakan moral untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat yang telah kehilangan tiga wakil rakyat sejak tiga minggu yang lalu.

Semalam ahli-ahli Parlimen DAP dan PAS menyatakan sokongan kepada PKR ekoran pendedahan terbuka bekas setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim bahawa sekurang-kurangnya 10 Ahli Parlimen PKR akan keluar parti.

Kesemua 12 Ahli Parlimen berkenaan menyalahkan Umno dan Barisan yang didakwa cuba memecahbelahkan PKR dengan mendakwa ada lagi wakil rakyat akan keluar parti.

Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas yang mengetuai sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini dan bercakap bagi pihak mereka berkata, beliau sekeras-kerasnya menafikan akan mengkhianati PKR.

“Realitinya ialah Umno dan Barisan terancam dengan gelombang kedua sokongan bagi kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya ekoran kes liwat kedua (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya.

Kata beliau kesemua 12 Ahli Parlimen terbabit telah menandatangani kenyataan taat setia kepada parti, tindakan yang dibuat secara sukarela.

Dua belas wakil rakyat ini merangkumi mereka yang tidak memegang jawatan dalam parti.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff, Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Azan Ismail (Indera Mahkota), N. Gobalakrishnan (Padang Serai) dan S. Manikavasagam (Kapar).

Bagaimanapun Gobalakrishnan dan Loh tidak hadir pada sidang media hari ini.

Ahli Parlimen lain ialah Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Ab Aziz Kadir (Ketereh), Datuk Rashid Din (Merbok), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan

Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan).

Ketika mereka menzahirkan taat setia kekal, Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar parti pada satu sidang media di ibu negara.

No comments:

Post a Comment