ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 March 2010

SPR dah mula buat kerja jahat untuk UMNO-BN melalui projek persempadanan semula

SPR Mula Kerja Awal Persempadanan Semula




Persempadanan tahun 1999 yang diguna pakai pada era Tun Mahathir hampir menumbangkan kerajaan BN apabila pengundi melayu marah dengan tindakan Tun Mahathir memecat timbalannya secara tidak bermaruah. Pemecatan itu tidak melambangkan identiti Islam dengan fitnah liwat yang bertujuan menjatuhkan maruah dan reputasi seorang Islam lain.

Samada fitnah itu benar atau tidak, hampir keseluruhan rakyat melayu Islam tidak dapat menerima tindakan Tun Mahathir itu.

Implikasi dari tindakan itu, dalam PRU 1999 kerusi parlimen telah berjaya meletakan MP Pas menduduki lebih dari 40 buah kerusi di parlimen dan peratus pengundi Umno jatuh mendadak dengan kemenangan tipis diperingkat Dun dan parlimen, termasuk kerusi parlimen Pekan yang ditanding oleh Datuk Sri Najib tun Razak.

Jika pengundi cina turut serta beralih angin mengundi calon pembangkang pada tahun 1999 itu, kerajaan BN dijangka terus tumbang. Maka kunci undi cina itulah yang menyelamatkan BN.

Apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih jawatan PM dari Tun Mahathir. Mr. Clean ini berjaya menukar persepsi rakyat melihat pada kesederhanaan sikap dan meyakini Tun Abdullah akan memulihkan imej Umno dan kerajaan BN, ditambah lagi dengan selogan2 yang meraih hati rakyat termasuklah slogan Islam Hadhari yang kononnya menggambarkan kerajaan BN yang hampir Islamik.

Atas harapan dan keyakinan rakyat ini. Paklah sebagai PM baru telah menguji rakyat untuk mendapatkan mandat baru dalam PRU ke 11 pada tahun 2004 itu, ternyata berkesan berjaya menumbangkan kerajaan Pas Terengganu dan hampir menumbangkan kerajaan Pas Kelantan.

Paklah menang bergaya dan angkuh menolak cadangan Pas untuk berunding bagi menegakan kerajaan Islam bersama Pas.

Malangnya apa yang diharapkan pada Paklah yang ghairah berslogan ini, tidak membuahkan hasil yang didambakan oleh rakyat. Beliau dilihat sebagai tokoh yang lembab dan banyak memberi kesempatan yang menguntungkan kroni dan keluarganya.

Sekali lagi Paklah mahu test market, mengadakan PRU ke 12 pada tahun 2008, mahu serah pada rakyat apabila kredibiliti pentadbirannya dipertikai oleh sebahagian dari pimpinan Umno dan kabinet Paklah sendiri.

Keputusannya, Paklah terlopong apabila 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang yang didominasikan oleh DSAI mangsa fitnah sodomi Tun Mahathir.

Undi Cina dan India yang diselaraskan dengan pengundi Melayu dalam persempadanan semula tahun 2003 atas strategi Cina dan India akan kekal memberi sokongan kepada BN, telah meleset. Cina dan India dalam diam telah berubah arah menyokong BR berikutan isu ekonomi, lembab dan sikap kroni Paklah dan beberapa orang menteri kanan BN.

Lalu Paklah, hari demi hari didesak melepaskan jawatan. Bagaimana Paklah didesak, begitulah Paklah terdesak untuk memulihkan imej kerajaan melayunya. Paklah, dalam diam menghantar orang suruhannya untuk mengajak Pas membentuk kerajaan bersama, konon demi mengekalkan kuasa orang melayu yang akan hilang jika DAP dapat menguasai kerajaan dibeberapa buah negeri.
Paklah terpaksa berangkat kerana idea kerajaan UG telah gagal.

Sekarang kerajaan DS Najib yang berhempas pulas dengan berbagai2 isu untuk mendapat sokongan pengundi melayu, cina dan india ternyata masih gagal.

Justru itu SPR telah diminta kaji persempadanan semula dengan menokok tambah Dun dan kawasan Parlimen yang membolehkan bila PRU ke 13 ini diadakan, keputusan PRU itu nanti akan menyebelahi BN seperti apa yang berlaku pada tahun 2004. Paklah menang besar. Paklah menang Bergaya.

Kita menjangkakan persempadanan ini akan dilorek semula dengan menyusun pengundi melayu hendaklah lebih dari 80% disetiap Dun dan Parlimen seperti persempadanan dalam PRU tahun 1972, selepas itulah kalau tak salah tahun 1973 Pas ditendang dari BN.

UBN sedari dulunya akan berbuat apa saja tanpa mengira benar atau salah halal atau haram. Kerana mazhab politik bergurukan Macheiveli lebih tinggi darjatnya dari sunnah Muhammad Rasulullah.


sumber ..pinkturtle

No comments:

Post a Comment