ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

Showing posts with label UMNO kerajaan gengster. Show all posts
Showing posts with label UMNO kerajaan gengster. Show all posts

26 October 2009

Adun BN terlibat bakar jentolak

Adun BN mengaku bakar jentolak

Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka.

Md Yusoff secara spontan berkata "kalau saya terlibatpun (membakar jentolak) saya membela rakyat."

Beliau berkata demikian ketika Chek Hashim Sulaima, bangun bertanyakan soalan itu sewaktu Adun BN berkenaan berucap membahaskan Belanjawan 2010 di Sidang Dun Kelantan hari ini.

Pengakuan bekenan membuatkan dewan menjadi gamat seketika kerana secara tidak langsung beliau mengakui teka-teki berkenaan sebelum ini.

Ekoran pengakuan itu, beberapa pihak dikatakan akan membuat laporan polis kerana pengakuan Adun BN itu bermakna beliau mengaku membuat satu perbuatan jenayah.

Sebelum itu dewan juga menjadi gamat dengan kenyataan spontan Adun Nenggiri itu apabila beliau berkata ?bila tuduhan tentu tidak ada bukti?.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pada Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) apabila meminta Yusoff membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mempunyai bukti kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk PMBK sebagaimana yang didakwa.

(PMBK adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Ia diuruskan secara langsung oleh pejabat MB pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Antara projek utamanya dan memberikan hasil terbaik adalah PMBK Sawit yang mengurus ladang kelapa sawit yang banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri.)

Adun Nenggiri itu sebelum ini mendakwa kerajaan negeri menyalurkan pelbagai kemudahan kepada PMBK dengan nilaian yang berjuta ringgit termasuk merampas tanah rakyat.

harakahdaily

24 October 2009

main kotor guna mahkamah kangaroo....Tektik BN terbaru nak jatuhkan Pakatan Rakyat.

Bersih: Kemungkinan 10 lagi p'raya kecil

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan merek

10 August 2009

Zahid komondo atau Pemuda UMNO Komando ?


Latihan ala komondo kepada Pemuda UMNO. macam nak berperang sahaja bila genrasi ke 6 pimpinan negara yang berPMkan Najib. Inilah ramuan Pekan dan Formula Pekan yang mahu diketengahkan oleh najib.

Kita hendak bertanya, apa perlu dan apakah keperluan Pemuda UMNo yang berlatih ala komondo, sesudah mereka mempunyai Pemuda tahan lasak. Adakah mereka takut berhadapan dengan Pakatan, yang mendakwa DAP dinaungi oleh kongsi gelap ? Inilah namanya takutkan bayang-bayang sendiri.

Tunggu dan nantikan Komondo Pemuda UMNO. Latihan bakal bermula dan operasinya adalah nampaknya PRU 13. Selepas ini sekira gagal Zahid mungkin ajak Ehud Barak datang Malaysia. Inilah ilham Zahid sesudah bertemu dengan PM Haram Isreal ini.


zbh2663 Muhajirin


penyapu sial

memang sial...bukan depa semua tu  komando....komodo zahid dan komodo pemuda UMNO...apa beza komodo dan komando...kalau komando adalah satu unit khas dalam angkatan tentera aiatu unit tangkas tentera ....kalau komodo....ha ha ha ha...wa agak mcm lu worang tau gak...yg tak tau wa bagi tau......banyak terdapat di pulau  berhampairan Australia atau papua new gunea...kalau tak silap ambo lah....kerjanya makan bangkai...kalau tak dapat bangkai....yang hidup pun di jadikan bangkai...

tapi komodo umno mcm ni...jenis makan pembangkai rakyat ....hak rakyat habis di samun dan di gadainya...termasuk di jadikan bangkai dalam ISA...!!!!

07 August 2009

1 Monggolia 1 Malaysia....kerajaan gengster seriau sorip bedul kg dusun...

" Bukan memerintah cara samseng"

"Demokarasi tidak bererti apa saja boleh dilakukan. Tentu sekali ia tidak bererti pemerintahan secara samseng," titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda menegaskan dalam mana-mana perjalanan demokrasi, ada peraturan tentang bagaimana masyarakat harus diperintah, dan di Malaysia, peraturan ini termaktub dalam perlembagaan negara.

"Perlembagaan kita menjelaskan tidak saja hak-hak kita tetapi juga had terhadap hak-hak itu. Had ini menentukan bahawa keputusan tidak dibuat oleh mereka yang memiliki kuasa paling kuat, suara paling lantang dan bertindak secara paling kasar," ujar baginda.



Aku setuju sangat dengan kenyataan di atas nunnnnn......

Cuba bayangkan jika samseng jadi PM, ketua ah long jadi Ketua Polis Negara, tokey mesin kuda jadi Peguam Negara, raja dadah jadi bos SPeRM, perompak kedai emas jadi bos SPR........ tak ke haru negara!!!!!

Kalau dah malaun-malaun tu yang jadi pemegang jawatan utama pemerintahan negara bermakna rakyat dan warganegara yang baik-baik dan bertanggungjawab akan menjadi musuh negara????

Manusia yang waras akal dan sihat tubuh badan sudah pasti akan memilih orang baik-baik jadi pemimpin mereka.

Tapi syukurlah Malaysia tak sampai tahap tu lagi tapi bukan mustahil jadi macam tu. Sebab samseng ni dia tak kira bangsa semua dia cekup, ketuk, sepak terajang, bogel dan tolak.

Tak caya? Layan pic kat bawah..........






Ni mangsa bangsa India mati semasa dalam lokap polis.




Yang ni semua bangsa ada jadi mangsa keganasan FRU masa demo anti-ISA.




Budak Cina ni pulak lagi kesian, mati sehari sebelum kahwin.




Dalam Dewan Negeri pun buat perangai samseng seret orang keluar.




Walaupun aku tobat lahum takkan sokong Umno@BN tapi bila orang Umno kena zalim dengan SPRM, aku tetap tak setuju.



Tugas polis patutnya lindungi rakyat bukannya Ketua Polis tumbuk orang separuh nyawa.



<

Batu Burok menjadi saksi betapa polis 'mesra rakyat'.





Amoi ni kena letup hancur lebur oleh pegawai peribadi Najib.




Kes ni sampai sekarang tak selesai. Ni pun kerja polis jugak ni kat Memali.


corong kita