ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

Showing posts with label gulingkan kerajaan selangor. Show all posts
Showing posts with label gulingkan kerajaan selangor. Show all posts

21 August 2009

sprm cari pasal demi agenda jahat UBN merampas kuasa di Selangor......!!!

surat misteri ke balai polis...aduan di buat oleh MP kapar...




Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini membuat laporan di balai polis Brickfields berkaitan surat misteri yang muncul Rabu lalu di inkues kematian Teoh Beng Huat.

Manikavasagam berkata, beliau juga menerima salinan surat tersebut, yang mendakwa wujud pakatan antara seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Manikavasagam berkata beliau menerimanya di pusat perkhidmatannya di Kapar.

Beliau turut menunjukkan salinan surat itu kepada wartawan.

Selain Manikavasagam, surat tersebut juga dihantar kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan beberapa pihak lagi, termasuk Suara Keadilan dan Sinar Harian.

Beliau mahu polis menyiasat mereka yang disebut dalam surat tersebut.


berkaitan....

http://penyapusial.blogspot.com/2009/08/skandal-sundal-dan-haramjadah-1.html

PA Ronnie disiasat SPRM 10 jam dan dibebaskan dengan ikat jamin


Pembantu Khas Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu, Wong Chuan How dengan diiringi Peguamnya John Fernandez (kiri) yang juga Ahli Parlimen Seremban dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepayang, Cha Lee Lin (kanan), hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8.40 pagi semalam untuk memberi keterangan.

Pembantu khas kepada Ronnie Liu, Wong Chuan How dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM3,000 dan RM50,000 jamin mulut selepas ditahan bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan wang kerajaan negeri.

Wong keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kira-kira pikul 10.40 malam tadi selepas memberi keterangan hampir sepuluh jam.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir semula ke ibu pejabat SPRM itu pada 18 September depan.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu mula memasuki pejabat SPRM pada pukul 8.45 pagi semalam dengan bertongkat diiringi dua peguam iaitu Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Lee Lin.

Turut mewakili beliau ialah dua lagi peguam yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor iaitu Imran Hadzalie Abdul Hamid dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Wong, 51, hadir bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan ADUN membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23, Akta SPRM.

Menurut Cha, pihaknya berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak SPRM terhadap anak guamnya sepanjang proses merakam percakapan dan siasatan dijalankan.

Tambah beliau pihaknya memberikan kerjasama penuh terhadap SPRM dengan mengemukakan semua dokumen asal yang dikehendaki untuk diteliti dan disemak.

"Petang tadi kami telah menunjukkan semua dokumen asal yang berkaitan kepada pegawai yang terbabit untuk disemak.

"Sebanyak sepuluh set dokumen telah diambil oleh pegawai SPRM untuk tindakan mereka yang seterusnya, yang selebihnya telah dipulangkan kepada kami," katanya ketika ditemui lewat malam semalam.

mstar
Jelas berliau sepuluh dokumen berkenaan adalah melibatkan rekod bagi sepuluh peruntukan wang kerajaan negeri.

Kata Cha lagi, pihak SPRM akan mengunjungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN DAP Sungai Pelek pada pagi ini untuk membuat semakan lanjut berhubung dokumen lain yang berkaitan.

Ditanya sama ada kunjungan SPRM ke pusat khidmat ADUN itu adalah kerana kegagalan pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitanm, Cha berkata: "Sebenarnya kita sudah bawa ke sini tapi saya percaya mereka mungkin tidak ada cukup masa untuk semak kesemuanya.

"Ini kerana perjanjian kami dengan mereka ialah, kami bawakan dokumen tersebut untuk disemak dan ia mesti dipulangkan pada hari ini, kecuali dengan beberapa kes yang berkaitan telah diserahkan kepada mereka."

SKANDAL SUNDAL DAN HARAMJADAH 1 MALAYSIA UBN....Komplot Sialan Antara Jembalang Dan Toyol

10 August 2009

Inkues Teoh: Punca Kematian Kena Fakta Bukan Spekulasi


Keterangan ahli patologi dan forensik sepatutnya diambil kira dalam menentukan punca sebenar kematian Teoh Beng Hock dan bukan dibuat berdasarkan spekulasi, kata peguam pemerhati Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Salwar.

Katanya, spekulasi punca kematian Beng Hock yang ditemui maut 16 Julai lalu selepas 10 jam disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dibuat meskipun tingkap pejabat suruhanjaya di tingkat 14 Plaza Masalam, boleh dibuka luas.

“Tiada yang pasti lagi. Kita melihat apa yang ada tetapi tidak membawa kita lebih dekat, tiada penjelasan dari mana dia (Beng Hock) jatuh. Dari tingkap tempat saya berdiri dapat melihat tempat mayat ditemui,” katanya.

Beliau berkata begitu semasa ditemui selepas melawat tempat kejadian yang terletak di Seksyen 9, di sini, bersama Koroner Azmil Muntapha Abas dan peguam Tan Hock Chuan yang dilantik mengendalikan prosiding serta peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Beng Hock.

Turut menyertai lawatan itu ialah peguam SN Nair dan Sreekant Pillai yang juga mewakili Kerajaan Negeri serta wakil Majlis Peguam, Salim Bashir dan Rajpal Singh

sinar harian

08 August 2009

konsipirasi gulingkan kerajaan selangor...Pejabat Rodziah Diserbu SPRM Lagi



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mula menjalankan siasatan ke atas dakwaan salah guna peruntukan Dewan Undangan Negeri Sementa, iaitu DUN angkat Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Lima pegawai SPRM dari Putrajaya mengunjungi Pejabat Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi itu di bangunan SUK Shah Alam dan membawa bersama seorang pegawai khas Rodziah ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

Mereka tiba di pejabat Rodziah kira-kira jam 3 petang dan mengambil masa kira-kira 2 jam sebelum beredar ke Pejabat Tanah Klang.

Pegawai Khas Rodziah, Mohd Saadon Mohar bagaimanapun dilepaskan di pejabat tanah berkenaan dan pegawai terbabit meneruskan tugas mendapatkan beberapa dokumen, termasuk baucer pembayaran yang diperlukan sehingga jam 7 malam tadi.

Rabu lalu, lima pegawai terbabit cuba memasuki pejabat Rodziah, tetapi meninggalkan pejabat berkenaan selepas berunding dengan peguam kerajaan negeri.

Ketika kedatangan pegawai SPRM ke pejabat Rodziah, wakil rakyat itu tidak berada di situ kerana menghadiri satu program berkaitan portfolionya.

Difahamkan, Mohd Saadon akan dihubungi semula pegawai SPRM terbabit untuk mendapatkan keterangan tambahan dan akan disoal siasat jika diperlukan

07 August 2009

Apa cerita ni....Kesan darah di Plaza Masalam tidak disiasat?


Penemuan kesan seperti darah di tangga antara tingkat 14 ke tingkat 15 Plaza Masalam tempat terletaknya pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengejut koroner dan para pegawai Inkues kematian Teoh Beng Hock.

Mereka juga terkejut kerana terlihat kesan darah pada salah satu dinding bilik di tingkat 15 namun mereka tidak dibenarkan masuk ke bilik tersebut

Perkara ini dilaporkan dikesan dalam lawatan koroner Inkues dan para pegawai yang terlibat dalam membantu Inkues itu.

Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues telah ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam di Shah Alam hari ini dan lawatan ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Peguam yang juga anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut," kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim.

siasahdaily