ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

Showing posts with label najib altantuya. Show all posts
Showing posts with label najib altantuya. Show all posts

09 November 2009

najis tong rosak...jika anda ada teloq...saman la kalau berani....!!!!

Polis mempunyai foto Najib bersama Altantuya.


Konsul Mongolia serahkan gambar kepada polis, kata wartawan Peranchis

Foto Perdana Menteri Najib Razak bersama Altantuya Sharibuu ada dalam tangan polis tetapi tidak mungkin diketengahkan dalam apa keadaan sekali pun, kata wartawan Perancis Arnaud Dubus.

Dalam wawancara dengan Free Malaysia Today, Dubus berkata ayah Altantuya sendiri menyerahkan gambar itu kepada konsul Mongolia di Malaysia yang kemudian memberikannya kepada polis.
Dubus berkata keluarga Altantuya terlalu lurus atau “naïf” kerana mempercayai konsul Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi sehingga tidak membuat salinan gambar berkenaan.

“Gambar berkenaan diberikan kepada Datuk Syed yang kemudian menyerahkannya kepada polis. Selepas itu gambar berkenaan seolah-olah terus “ghaib.”

“Kehilangan” gambar itu, mengekang Dubus daripada meneruskan siasatannya bersabit pembabitan Najib dalam kes Altantuya.

Dubus menyiasat kes itu selama tiga bulan. Hasil siasatan beliau yang mengupas sogokan wang dalam kontrak pembelian senjata oleh Malaysia dari Peranchis serta hubungan Altantuya dengan Najib serta Abdul Razak Baginda disiarkan akhbar La Liberation.

Najib selama ini menafikan mengenali Altantuya namun penafian itu disangsi oleh pelbagai pihak, khususnya pembangkang dan badan-badan bebas hak asasi.

Dubus yakin foto Altantuya dengan Najib tetap wujud berasaskan fakta-fakta tertentu yang mengaitkan Perdana Menteri kepada Altantuya.


“Gambar yang dimaksudkan ini dilihat sendiri oleh Shaaribuu Setev, ayah Altantuya. Beliau telah melihat gambar Najib, Abdul Razak Baginda and Altantuya yang diambil di Paris. Altantuya sendiri yang menunjukkan gambar itu kepada beliau.”

“Kemudian, kawan paling rapat Altantuya, Amy, juga melihat gambar ini. Beliau juga ingat dengan jelas Altantuya mengenal pasti Najib dalam gambar itu,” kata Dubus.

Beliau yakin gambar itu akan terus disembunyikan daripada pengetahuan awam kerana terlalu “sensitif.”

“Gambar ini telah diberikan kepada polis, jadi…orang yang boleh pergi kepada polis dan bertanyakan mengenainya ialah Konsul berkenaan (Datuk Syed Abdul Rahman).

Dubus berkata gambar berkenaan akan serta merta menolak segala penafian Najib kononnya beliau tidak mengenali Altantuya.



“ Najib telah bersumpah atas Quran bahawa dia tidak mengenali Altantuya. Jika gambar ini diketengahkan, …ia akan amat memalukan beliau.

Altantuya Shaaribuu dijumpai mati pada Oktober 2006. Abdul Razak Baginda, kawan rapat kepada Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh tetapi kemudian dibebaskan. Dua anggota polis Chief Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Korporal Sirul Azhar Umar,36, didapati bersalah dan dihukum mati.

Click sini untuk wawancara (dalam bahasa Inggeris)


sumber...Malaysia Today

07 November 2009

Najib perbodoh PM lalu dan balas dendam kepada rakyat Kelantan


Seluruh rakyat di negara kita telah sekali lagi menjadi saksi terhadap ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen PAS dari Kubang Kerian mengenai pemberian hasil royalti minyak kepada negeri Kelantan.

Dalam jawapannya, Dato Seri Najib menjelaskan bahawa negeri Kelantan, dan juga Terengganu, tidak mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum.

Seterusnya Dato’ Seri Najib mengumumkan :

“Dengan ini saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ihsan bagi negeri Kelantan sama seperti negeri Terengganu”.

Kenyataan dari Perdana Menteri ini telah menafikan kewujudan Perjanjian Petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar, yang juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000.

Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu.

Terdapat begitu banyak bukti dokumen bertulis yang dapat dibaca oleh rakyat menerusi catatan penyata rasmi parlimen yang menjelaskan bahawa terimaan oleh negeri Terengganu umpamanya adalah terimaan royalti dari minyak dan gas – antaranya lihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain.

Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 di mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Wong See Wah) menyatakan: “..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak”.

Kesimpulannya ialah :

1. Kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dalam memberikan royalti minyak, bukan sebagai wang ihsan.

2. Pembatalan royalti petroleum kepada negeri Terengganu pula dilakukan di atas sebab dendam politik setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999.

3. Pembatalan royalti petroleum di Terengganu juga dalah hasil dari desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung Umno.

Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi.

Kita mencabar kerajaan pusat supaya merujuk perkara ini kepada mereka yang masih hidup yang terlibat dengan perjanjian berkenaan iaitu Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petrolium 1974 sewaktu menjadi Peguamcara Negara dan YB Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu.

Kita juga meminta supaya permohonan kerajaan negeri Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu dibuka dengan segera dan dilaksanakan perbicaraan yang adil dan telus, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

05 November 2009

Najib Altantuya Selewengkan Fakta

Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan.

Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak.

Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.

"PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi.

Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.

"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.

Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.

Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.

"Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty," tegasnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.

"Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,"

"Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.

"Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri," katanya.

Khalid Samad (PAS Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

"Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,"

"Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya.

Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.

Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.

"Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,"

"Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?" Soalnya. -harakahdaily video -TVS

dah boroskan duit rakyat dan negara...PM Altantuya masih nak menipu kakitangan awam...

Bukan masa tuntut bonus - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja dalam sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah dari segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu CUEPACS (Presiden, Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.


penyapu sial

siap ko kerajaan pembunuh perempuan monggolia....PRU 13 menanti dan menghukum kamu....hak rakyat...hak kakitangan awam...di nafikan...jangan buat dalih ekonomi meleset la...dan mcm2 lagi ...kalau duit rakyat dan negara di belanjakan macam kepala bapak dia punya...PM paling buruk dalam sejarah negara...guna isu ekonomi meleset untuk balas dendam ke atas kakitangan awam yg majoritinya tidak menyokong UMNO-BN di PRU 12....

MAMPOS NAJIB ALTANTUYA ...MAMPOS UMNO...AMIEENNN

25 October 2009

Huru Hara Jugak Rumah Tangga Pakatan Rakyat Perak Nie ya....

Mustafa Kamail Ayub bawa PKR Perak bakal Lingkup..!

Suatu ketika dahulu, Tuan Hj Ismail Yusup adalah Pengerusi Perhubungan (PPN) PKR Perak yang amat disegani dan disayangi oleh ahli PKR Perak. Masa itu, PKR Perak amat aktif dalam menjalankan aktiviti untuk menghampiri pengundi. Entah macamana, hasil mainan dua orang ADUN yang melobi Anwar akhirnya Tuan Hj Osman dilantik untu mengantikan Hj Ismail. ADUN tersebut akhirnya bertukar menjadi katak dan PKR Perak di bawah Hj Osman menjadi lesu.

Tup-tup hari ini, Hj Osman digugurkan. PKR Perak bergembira seketika. Tiba-tiba dikhabarkan yang akan menggantikan Hj Osman adalah Mustafa Kamil Ayub . Terimakasih kepada Anwar di atas perancangan untuk melingkupkan PKR Perak!

Di bawah ini diturunkan serba sedikit kisah Mustafa Kamil Ayub. Kalau Anwar tak prihatin bermakna samalah Anwar dengan Hj Hadi!

Kisah Mustafa Kamil Ayub.

Tahun 2004, Mustafa Kamil Ayub bertanding di DUN Bukit Chandan dan Parlimen Lumut. Selepas itu menjadi Ketua Bahagian PKR Bukit Kuala Kangsar. Tapi tak ada yang mampu ditunjukkan. PKR Kuala semakin lembap. Mustafa hanya turun untuk majlis rasmi parti. Mesyuarat ataupun apabila dijemput. Tak pernah turun padang berjumpa rakyat.

Tahun 2008, Mustafa Kamil Ayub lari ke Pasir Salak. Bertanding Parlimen Pasir Salak
dan DUN Sungai Manik. Tewas. Lepas kalah, tak pernah balik kawasan.

Mustafa Kamil Ayub tak pernah terlibat dalam meningkatkan prestasi PKR Perak. Tak ada jasa-jasa Mustafa Kamil Ayub dalam PKR Perak walaupun sebagai Naib Presiden PKR. Masa jadi Ketua Bahagian Kuala Kangsar ataupun Ketua Bahagian Pasir Salak, tak pernah hadir mesyuarat Perhubungan Negeri. Hanya hadir di Perak kalau dijemput berceramah.

Mustafa Kamil Ayub dianggap pemimpin elit...hanya bergayut diketiak Anwar. Tak ada track record yang boleh dibanggakan kecuali membodek Anwar.

Pernah dilantik jadi Ketua Perhubungan Negeri Terengganu, tapi PKR Terengganu lingkup. PKR Trengganu tolak dia. Kemudian dilantik jadi Ketua PKR Sarawak...apa jadi kat PKR Sarawak? Gabriel Adit keluar parti dan nak tubuh Pakatan Rakyat Sarawak. PKR Sarawak tak mahu Mustafa Kamil, dan Mustafa merayu kat Anwar suruh bagi kat dia PKR Perak.

Makin teruk la Pakatan Rakyat Perak. dah la PAS lantik Hj. Bakaq. La ni PKR pulak lantik Mustafa Kamil Ayub. Naib Presiden yang tak pernah turun padang. Tok sah kata nak jumpa rakyat. Nak jumpa ahli parti pun tak pernah. Tahniah Anwar Ibrahim!

dari blog cybersniper

24 October 2009

najib cuba klentong pelajar universiti pulak.....

Bajet 2010 : PTPTN tukar biasiswa, netbook & broadband percuma


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tawaran pakej 'netbook' beserta perkhidmatan jalur lebar (broadband) percuma dengan bayaran hanya RM50 sebulan dalam tempoh dua tahun akan diberikan kepada pelajar universiti. Beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada pelajar tahun pertama dan dari keluarga berpendapatan rendah. Permulaan pertama, sebanyak 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010 akan menikmati perkhidmatan ini.

Najib turut mengumumkan untuk menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf. Sementara itu, diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jarak jauh kepada pelajar akan diperuntukan bermula 2010 dengan menggunakan kad diskaun pelajar 1Malaysia.


penyapu sial

dia betol-betol paham yang pelajar sekarang memang dalam TREN ANTI UMNO.....so......kena rasuah PELAJAR terlebih dahulu............

pakej yg diberikan dlm tempoh dua tahun, sampai 2012 tu, dekat2 dgn PRU 13...emm, kenapa dua tahun ye? macam PPSMI dulu nak dimansuhkan dekat2 2012...semua mengambil no keramat 2012...saya tidak menuduh ape2, cuma setiap pelaksanaan tu pasti ada sebab musabab nya

29 August 2009

Najib Menghina Ramadhan!



Kartika Sari Dewi Shukarno, seorang model yang sebelum ini disabit atas kesalahan minum arak, insaf dan akur dengan hukuman sebat secara Islam ke atasnya. Tiba-tiba, NGO anti Islam khususnya Sister-in-Islam dan NGO pro UMNO menyelar hebat dan menghina-hina undang-undang Islam khususnya sebat yang disifatkan sebagai barbarik dan zalim.

Kartika dan bapanya berkeras memohon agar hukuman diteruskan agar Islam tidak dihina. Najib pula tiba-tiba meminta Kartika agar membuat permohonan dan rayuan membatalkan hukumannya! Apa kesudahan episod ini? Mari lihat 3 kemungkinan:

1. Kartika TIDAK BUAT RAYUAN

Kartika seorang Muslim contoh dari sudut keberanian mempertahankan Islam. Dari seorang pesalah, Allah menaikkan martabatnya di mata penganut Islam (bukan penganut hadhari) apabila KArtika tunduk kepada syariat Islam. Begitulah Allah memuliakan sesiapa yang dikehendaki.

"New strait times,

2009/08/27

SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno has left her fate to the Pahang Religious Affairs Department (Jaip).

Her father Shukarno Mutalib said the 32-year-old part-time model would abide by whatever decision is reached by the relevant authorities (Jaip and the Kuantan Syariah High Court) following the advice of Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria.

“Kartika and I will abide by their decision whether to proceed with the caning after Ramadan or to quash the sentence.

“We just want this matter to be resolved quickly and in an amicable manner without humiliating anyone,” said the 60-year old when met at his house in Kampung Jawang Utara here yesterday.

Najib dan UMNO cukup sedih dan berduka nestapa apabila Kartika tidak membuat rayuan. Logiknya, dalam keadaan ini, kaedah terakhir UMNO atau golongan anti Islam ialah mengarahkan mana-mana hakim syarie yang boleh dikawal mereka, sekiranya ada, agar membuat kenyataan bahawa hukuman sebat bercanggah dengan Islam.

2. Kartika BUAT RAYUAN

Ini tidak mustahil dibawah Najib c4. Bala pun tiba-tiba membuat pengakuan menarik balik Statutory Declarationnnya dulu dalam masa 24 jam lalu hilang. Perak pun boleh dirempuh oleh Najib. Teoh pun boleh mati terkulai. Apa sangatlah bagi Najib atau UMNO untuk memaksa KArtika menarik balik pendiriannya ketika ini.

Jangan lupa ayat Tun Mahathir yang memperlekeh Islam dan menampakkan kedangkalan ilmu agamanya: "Apakah tiada belas kasihan dalam Islam untuk kesalahan kali pertama?".

3. Kartika dijatuhi hukuman

Siater Anti Islam dan UMNO boleh menggunakan peluang ini untuk memburuk burukkan shariah Islam apabila Kartika disebat. Mereka akan menjaja jaja di seluruh dunia mengatakan hukuman Islam itu zalim dan PAS parti ekstremis.

NAjib dan UMNO telah mencemar kemuliaan Ramadhan!

Mulai sekarang, setiap artikel saya akan diakhiri dengan 'PERGI JAHANAM DENGAN UMNO.


dewa

ikut stail monggolia ke..???....Pelik, Najib lantik menteri bantu menteri

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Mengulas perkara itu juga, Mahfuz berkata ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.

"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri," ujar Naib Presiden PAS itu lagi.

Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Mahfuz yang mengakui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.

"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar," ujarnya.

28 August 2009

NAJIB BELA PENDATANG ASING SELAMATKAN KARIER POLITIKNYA...!!!


Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.

Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri.

Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang.

Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.

Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak.

Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih.

Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".

Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk.

Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.

Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum.

Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.

Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki.

Penempatan mewah untuk warga asing ini menempelak hakikat bahawa ada lebih 600,000 setinggan di seluruh negara yang tidak memiliki rumah selesa.

Namun di di Kampung Cenderawasih, akibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran.

Semua ini berlaku di kawasan parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Ada beberapa jenis rumah yang dibina di Kampung Cenderawasih. Di kawasan yang berhampiran dengan rumah panjang, didirikan rumah seperti rumah PPRT tetapi di kawasan yang lebih dalam dan terselindung dari pemandangan, ratusan rumah reka bentuk banglo dan separuh banglo dibina.

Rumah mewah ini dianggarkan berharga antara RM200,000 dan RM500,000 sebuah tetapi diberikan diberi secara percuma kepada pendatang asing berkenaan.

Sesetengah daripada rumah dibina sudahpun diduduki. Ketika membuat tinjauan berkenaan, Suara Keadilan mendapati hanya wanita dan kanak-kanak berada di rumah manakala kaum lelaki dipercayai sedang bekerja di ladang nenas.

Sekumpulan pendatang asing yang mengaku baru sahaja tiba di negara ini turut dikesan. Mereka ditempatkan di satu kawasan terpencil di perkampungan itu.

Apabila siap keseluruhannya projek perumahan bagi pendatang asing ini, Kampung Cenderawasih untuk warga Rohingya ini akan menjadi kawasan perumahan eksklusif, lengkap dengan bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan riadah dan bersukan serta jalan raya bertar.

Setiap keluarga yang mendiami kawasan ini diberi satu ekar tanah untuk menanam nenas. Lembaga Perindustrian Nenas Negara Cawangan Johor terpaksa mengendalikan ladang nenas milik pendatang asing ini di samping membantu memasarkan produk tanaman mereka.

Pendatang asing berkenaan juga diberi gerai tajaan FAMA secara percuma untuk menjual nenas di sepanjang jalan di luar kampung tersebut.

Di samping rumah, tanah dan tapak perniagaan yang semuanya dibiayai dengan hasil cukai rakyat Malaysia, setiap keluarga Myanmar ini juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan.

Menurut salah seorang wanita Rohingya yang sudah pun fasih berloghat Kedah, mereka mula berhijrah dari Langkawi sejak 2003 untuk "mencari tanah".

"Kami di Langkawi tidak ada tanah jadi kami merantaulah ke sini untuk buka kampung.

"Mula-mula datang ke sini kami cuba tanam keladi tapi tak menjadi, lepas itu pula kami dicuba pula tanam padi, itu pun tak berhasil.

"Akhirnya kerajaan minta Lembaga Nenas buat kajian tanah dan didapati sesuai untuk kami menanam nenas," kata wanita berkenaan yang enggan memberikan namanya.

Tambah wanita itu 70 ekar lagi tanah akan dibuka untuk diberikan kepada anak-anak pendatang asing yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Negeri Pahang, G.Ponusamy mengkritik tindakan Najib dan Umno yang sanggup menggadaikan tanah dan hak rakyat Pahang kepada pendatang asing Myanmar.

"Beribu-ribu rakyat Pahang yang miskin dan memerlukan pembelaan tetapi Umno dan BN menafikan hak mereka tetapi sebaliknya memberi keistimewaan dan kemewahan kepada rakyat asing," kata Ponusamy.

Beliau menceritakan pengalaman beliau yang cuba memasuki perkampungan tersebut semasa PRU 2008 lalu tetapi dihalang oleh anggota tentera yang mengawal ketat kawasan tersebut.

"Kenapa pendatang asing ini diberi tanah dan dilindungi oleh pihak tentera? Apa kepentingan mereka sehingga mereka dikawal begitu rapi oleh pasukan keselamatan?" tanya beliau lagi.

Ponusamy mempertikaikan mengapa BN menafikan hak rakyat untuk memiliki tanah dan amat senang sekali memberinya secara percuma kepada warga asing.

Seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu kenali memberitahu Suara Keadilan, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan bancian pada tahun 2006 pendatang haram ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Apabila bancian semula dilakukan setahun kemudian, petugas jabatan berkenaan terkejut mendapati semua pendatang asing berkenaan sudahpun memiliki kad pengenalan biru, menandakan mereka rakyat Malaysia.

"Pegawai Jabatan Perangkaan mendapati mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau ditanya dari mana mereka datang, mereka semua menjawab "saya Malaysia" seolah mereka telah dilatih untuk menjawab sebegitu rupa.

"Yang menjadi tanda tanya sekiranya mereka mengaku rakyat Malaysia tidak seorang daripada mereka mempunyai kesan suntikan BCG yang menjadi wajib bagi setiap kanak-kanak negara ini. Ini membuktikan mereka bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang asing yang dilindungi kerajaan untuk tujuan tertentu," kata pegawai itu lagi.

Menurut pegawai itu pendatang asing ini mula dibawa ke negeri Pahang semasa era Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"BN mencari kawasan yang luas untuk menempatkan pendatang asing ini dan mendapati Pekan sesuai untuk tujuan itu.

"Mereka diberi segala keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan politik Najib di kawasan Parlimen beliau," katanya lagi.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Najib apabila beliau menyentuh mengenai Formula Pekan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu?

"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan 'dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja," katanya berseloroh kepada perwakilan Umno.

Persoalannya apakah Najib tidak melakukan satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara apabila merestui pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Rohingya bagi memastikan mereka mengundinya.

Malaysia adalah tuan rumah kepada ratusan ribu pelarian, sebilangan besarnya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Taktik membela dan menyogok rakyat asing dengan kerakyatan untuk mendapatkan undi mereka sudah lama diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa di Sabah dan Sarawak.

Fenomena itu nampaknya semakin menular ke Semenanjung dan diterajui oleh Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak

tvantara

26 August 2009

Najib, Rosmah...!!!....kalau tak buat salah kenapa takut sangat dengan Zunar ?




Majalah Gedung Kartun sudah melakar sejarah tersendiri. Belum apa-apa Najib Razak sudah menampakkan ketakutannya. Zunar yang dikenali dengan kartun-kartun pedasnya ternyata digeruni Najib, apatah lagi Rosmah. Meskipun sudah mendapat permit penerbitan (sesuatu yang sebenarnya tidak diperlukan lagi di abad ini), namun KDN tetap melakukan rampasan apabila mendapat arahan pihak atasan.





Dan ini bukan kali pertama rampasan dibuat terhadap majalah yang sudah pun diberikan permit oleh KDN. Detik pernah menghadapi derita yang lebih teruk. Najib hanya menyempurnakan satu tekanan dan kongkongan terhadap media di negara ini.

Untuk pembaca mendapatkan gambaran jelas tentang majalah Gedung Kartun, elok dirakamkan semula rencana berkaitan dengannya:

KELESUAN arena lukisan kartun dan bergolaknya politik Malaysia menjadi pemangkin kepada kartunis Zunar untuk menerbitkan sebuah majalah kartun yang menyentuh isu-isu semasa. Dia bersama beberapa teman kartunis mengorak langkah memproduksi sebuah majalah kartun alternatif, Gedung Kartun.

"Dari segi fizikal, Gedung Kartun nampak sama saja dengan majalah-majalah kartun lain yang ada di pasaran, tetapi perbezaan besar yang kami tampilkan ialah kandungannya," kata Zunar.

Menjelaskan lebih lanjut dia berkata, lukisan-lukisan kartun yang dimuatkan dalam majalah ini bukan sekadar lelucon kosong, tetapi ia sarat dengan mesej untuk pembaca.
"Dari halaman pertama hingga muka surat belakang, ia dihiasi dengan karya-karya kartun yang menyentuh isu-isu semasa, politik, masyarakat, hak asasi, reformasi dan lain-lain. Ia dikupas dari sudut alternatif berdasarkan analisis kartunis sendiri.
"Contohnya dalam keluaran pertama ada kartun mengenai isu kelemahan SPRM, skandal PKFZ, kematian Teoh Beng Hock, demonstrasi anti-ISA, isu kerajaan perpaduan, merdeka dan PPSMI.



"Selain itu, ada juga kartun mengenai nostalgia reformasi 98, mahligai Khir Toyo, puaka dan lain-lain. Secara ringkasnya ia adalah sebuah majalah berat yang disampaikan secara santai," tambah Zunar.

Menurut beliau, majalah dengan kekerapan dua kali sebulan ini telah mendapat kelulusan KDN dan akan menemui pembaca buat pertama kalinya 20 Ogos ini. Ia setebal 68 muka surat dengan harga pasaran RM4 senaskah.

Selain Zunar sendiri, antara kartunis yang menjadi tulang belakang produksi ini ialah Jonos (Nor Azlin Ngah) yang bertindak sebagai Ketua Kartunis dan Ronasina (Mohd Affandi Ramli) yang juga merupakan editor dan kartunis.

Sementara kartunis-kartunis yang menyumbangkan karya termasuk Roy, Cabai, Madsein, Kidol, Haili, Kawe, Oly, Deng, Ubilepih, Nur, Dikuk, Abdullah Jones dan Fahmi. Ia dikuatkan dengan rencana, puisi dan cerpen oleh Pyanhabib, A Samad Said dan Vovin.
"Idea penerbitan ini telah saya bincang dengan Jonos dan Ronasina sejak setahun lalu. Selepas itu kami mengadakan pertemuan demi pertemuan untuk menghalusi konsepnya melalui maklum balas teman-teman.

"Kemudian barulah kami tubuhkan sebuah syarikat dengan modal yang kecil, mohon permit dan mula menggarap pernerbitannya," kata Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Ulhaque.


Menurut beliau, walau pun Gedung Kartun boleh disifatkan sebagai sebuah majalah reformasi, tegas beliau, ia tidak terikat secara langsung dengan mana-mana parti politik, sebaliknya adalah sebuah wadah independen.
Menyentuh tujuan penubuhan majalah ini, Zunar berkata, ia bagi mengangkat status kartunis dan karya-karya mereka supaya lebih prihatin dan membawa suara masyarakat.

"Malaysia melahirkan ratusan kartunis berbakat, tetapi kebanyakannya tidak melahirkan karya-karya yang menyentuh isu-isu penting negara dari perspektif sepatutnya terutama ketika negara bergolak seperti ini. Amat malang."
Menurut Zunar, kartunis sepatutnya berperanan sebagai suara pengimbang atau 'watch dog' seperti mana yang dipraktifkan oleh kartunis-kartunis negara luar termasuk negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

"Mereka (kartunis-kartunis negara luar) mengkritik dasar-dasar Presiden, Perdana Menteri atau ketua-ketua negara serta penguasa. Di Malaysia, kartunis masih ikut-ikutan dan tidak mempunyai keberanian. Budaya melukis kartun tanpa rasa takut harus diujudkan bagi melahirkan kartunis-kartunis berkualiti.
"Sebagai seniman, saya mahu kartunis manjadi golongan yang peka dan bangkit menyatakan pendirian dalam isu-isu rakyat. Jangan membisu. Gunakan pena dan dakwat, ujudkan suara kartunis. Itu yang saya mahu dengan penubuhan Gedung Kartun," tambah beliau.

Selain itu, katanya, tujuan penubuhan majalah ini adalah untuk membuka ruang kepada kartunis-kartunis muda berkarya. "Saya tahu ramai kartunis-kartunis muda cenderung kepada idea-idea kritis tetapi tiada media yang menyediakan ruang untuk mereka. Kini saya membuka ruang seluas-luasnya buat mereka, datang bergabung," tambah Zunar yang popular dengan karya-karya politik pedasnya.

Menurutnya, penubuhan majalah seperti ini penting sebagai merintis jalan dengan dengan harapan ramai lagi kartunis akan mengikut jejak langkah dia dan teman-teman.
"Kami percaya sekiranya Gedung Kartun berjaya, ia akan mengujudkan satu kumpulan kartunis era baru yang akan mengubah senario arena seni kartun di Malaysia. Malah beberapa nama besar akan dapat dilahirkan. Mereka inilah bakal menjadi penyambung generasi kami," kata Zunar.

Ditanya apakah majalah ini akan mendapat sambutan menggalakkan, dia optimis.
"Bagi negara yang diperintah oleh para 'Pak Lawak', saya yakin trend jenaka yang dibawa kami sangat relevan. Cuba lihat, bangun pagi, buka TV kita ketawa, dengar berita kita ketawa, baca akhbar kita ketawa. Kerana itu orang membuat jenaka mengenai Perdana Menteri dan menteri-menteri dalam internet, blog dan sms.

"Kami para kartunis cuma menyambut dan mengolah dalam bentuk kartun," kata Zunar.
Walau bagaimanapun dari segi pasaran, sebagai sebuah syarikat kecil, beliau berkata adalah wajar untuk mencetak dengan kadar relatif kecil bagi naskah sulung ini.
"Buat permulaan kami mencetak sebanyak 10,000 naskah untuk edaran seluruh Malaysia. Sekiranya permintaan baik, kami akan tingkatkan percetakan," katanya.


sumber...detikdaily

11 August 2009

Tahun 1999...najib kata dia hanya pakai seluar dalam sahaja....!!!!!...seluar dalam sape yang ko pakai jib oooiiii...!!!!!

"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan `dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja."

Demikian seloroh Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kuala Selangor dan kemudiannya Umno bahagian Ampang pada hujung minggu lalu.

Walaupun ucapan beliau disifatkan sebagai satu jenaka dalam megimbau keputusan pilihan raya umum 1999 lalu, ia dianggap satu nada sinis kepada kepemimpinan Umno negeri Selangor yang masih leka dan selesa sebagai parti pembangkang di negeri itu.

Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri memberitahu, ketika itu pelbagai pihak telah meramalkan bahawa kariernya sudah sampai ke penghujung. "Ada yang mencadangkan supaya saya berpindah ke kawasan yang lebih selamat seperti Parlimen Paya Besar tetapi saya tetap setia jatuh dan bangun di Pekan”.

Najib berkata, jenama dan produk Umno masih dikehendaki dan disenangi oleh para pengundi di Pekan sehingga beliau menang besar dalam pilihan raya umum ke-11 dan 12 yang lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mengakui ada hikmah di sebalik majoriti kecil yang diperolehi dalam pilihan raya umum 1999 itu sehingga tidak terfikir dirinya akan menang berganda dalam pilihan raya umum berikutnya.

Kenyataan Najib yang disifatkan sebagai “seloroh” mengenai keperitan politik yang beliau alami ia juga sebagai satu amaran kepada kepemimpinan Umno negeri supaya tidak leka, menjaga kepentingan puak dan perlu turun ke padang untuk mendengar pelbagai rintihan rakyat.

Najib menambah, pemimpin Umno juga mesti ikhlas dalam memberi khidmat kerana sifat itu yang dihargai oleh ahli-ahli parti sendiri serta pembangkang dan ia akan dapat menentukan kemenangan semasa pilihan raya.

Mengulas mengenai pelbagai isu yang melanda kerajaan negeri, Najib memberikan gambaran parti-parti Pakatan dalam kerajaan negeri "tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain" kerana pendirian PAS dan DAP bercanggah di antara satu sama lain.

“Pakatan Kerajaan Negeri sekarang berada dalam keadaan `libang-libu’ (kacau bilau) hingga ada ahli mereka sendiri mendesak barisan Exco di rombak.

“Mereka berada dalam satu kerajaan kerana motifnya hendak menumbangkan BN. Apabila berjaya tubuh kerajaan negeri, untuk menyokong satu dasar baru mereka menghadapi masalah besar,” katanya lagi.

Semasa berucap merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang, beliau mengingatkan para perwakilan tentang sejarah BN yang mampu bangkit kembali pada pilihan raya umum 1974 selepas mengalami kekalahan teruk pada penggal sebelumnya.

Katanya, kebangkitan itu kerana perubahan yang dilakukan baik dari segi politik, sosial mahupun ekonomi hingga akhirnya membawa kemenangan besar kepada BN pada tahun 1974.

Justeru, menurut beliau, apabila berlaku tsunami politik pada pilihan raya lalu maka mahu atau tidak, perubahan perlu dilakukan dan inilah yang diusahakannya di peringkat nasional dengan memperkenalkan gagasan Imalaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Kita memamg boleh membuat perubahan dengan ada dua perspektif dalam masa pilihan raya iaitu satu perspektif nasional dan satu lagi perspektif tempatan.

“Jika kedua-dua ini menjurus kepada positif maka kita menang besar tetapi kalau kedua-dua ini menjurus sebaliknya kita akan hadapi tsunami politik,” katanya lagi.

Sementara itu, sepanjang hujung minggu lalu Najib mempunyai jadual yang agak padat. Pada sebelah pagi beliau merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kuala Selangor, kemudian meraikan perkahwinan anak Datuk Noh Omar di Tanjung Karang. Kemudian beliau merasmikan mesyuarat Umno bahagian Ampang dan berucap di dalam satu majlis Karnival 1 Malaysia di Batu Caves.


penyapu sial

alatantuya dah di C4 jadi debu ... untuk kenang kenangan hubungan intim....Seluar dalam Altantuya yang dia pakai...!!!

Come 13th GE, Najib and his evil gang will even lose seluar dalam too!!

dulu SPR keparat bantu ubah sempadan..pulun undi army..org asli..pendatang haram..skrg pun kem wataniah tgh bina..tapi rakyat dah matang..GE13 nanti kurap dan panau pun org akan nampak.

10 August 2009

Najib semakin ghairah menyerlahkan KEHINDUANNYA....UMNO pula semakin jauh kesesatan pegangan hidup...!!!!























gambaq nih menceritakan beberapa ekoq penghianat Islam dan melayu....!!!!


"Akhbar melaporkan bahawa Najib merupakan PM pertama selepas Tun Razak yang membuat lawatan rasmi ke Batu Caves atas kapasiti sebagai Perdana Menteri. Artikel ini menyorot satu persatu usaha-usaha misteri seorang insan bernama Najib yang sering dikatikan dengan Hindu. Apakah Najib sebenarnya ingin menyerlahkan kehinduannya? Mari lihat bersama-sama peristiwa-peristiwa tersebut :

1. ZIARAH BATU CAVES

“The Malaysian Insider by Lee Wei LianKUALA LUMPUR, Aug 9 — Datuk Seri Najib Razak today became the first prime minister to make an official visit to Batu Caves since his father Tun Abdul Razak did in 1970. Though their visits to the site best known for its Hindu cave temples and the spectacular Thaipusam festival were separated by nearly forty years, the circumstances that surrounded their visits are in some ways, remarkably similar…”

Kalau Nik Aziz dan Nizar ziarah kuil, tentulah dengan segera UMNO menuduh mereka berdua rosak akidah. Tapi bila bos UMNO no.1 ni ziarah, semuanya ok menurut UMNO.

2. NAJIB BUAT UPACARA HINDU DI RUMAHNYA

Dalam Statutory Declaration yang dibuat oleh Bala, jelas dinyatakan Najib ada membuat upacara keagamaan Hindu di rumah Najib. Sehari selepas membuat kenyataan ini, Bala hilang secara misteri dan dilaporkan kononnya menarik balik kenyataannya.

3. NAJIB NYALAKAN LILIN DI KUIL

Bila Nizar pegang lilin sempena protes kematian/pembunuhan seorang sahabat bernama Teoh, UMNO segera tuduh Nizar kafir dan rosak akidah. Bila Najib nyalakan lilin di kuil, UMNO pula menyucapkan syabas.. Double standard taraf binatang UMNO nih.

4. NAJIB KERAP BERSANDIWARA

Baru 2-3 balik dari umrah di Mekah, Najib sudah membiarkan isterinya membuka aurat. Gambar isterinya mencium pipi pemuda-pemuda di sana sini juga cukup menyedihkan rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya. Inikah sikap seorang Islam?

5. 1Malaysia untuk ambik hati Hindu?

Kita maklum UMNO sedang mambawa usul ke kabinet untuk menghalang anak mualaf yang bawah umur dari masuk Islam seperti ibu atau bapanya yang Islam kerana STATUS AGAMA ANAK MESTI MENURUT STATUS AGAMA IBUBAPA SEWAKTU PERKAHWINAN IBU BAPA. Usaha UMNO menghalang anak mualaf dari masuk islam ini, yang hanya berlaku pada zaman Najib ini menimbulkan tandatanya tentang status agama Najib.

Berhubung soal DAP yang kadangkala kelihatan menetang Islam, PAS memang faham masalah ini dan PAS tegas dalam prinsip dan sentiasa mentarbiyah dan menjelaskan Islam kepada DAP. Apa pun, DAP memang jelas kafirnya. Najib dan UMNO yang mengaku Islam tetapi selalu menentang Islam lebih pelik. UMNO yang memecat Mufti kerana isu arak dan ratu cantik kini cuba mengaku hero dengan berpura-pura marah dengan DAP yang menghalang arak dari dirampas. Kalau UMNO ikhlas, UMNO patut cuba benda yang sama di kawasan UMNo dahulu.

Apa pun, kepada ahli UMNO, anda boleh terus memuja bos no.1 anda, Najib secara dulu, kini dan selamanya.. Tak kuasa den nak tegur golongan buta hati

09 August 2009

TIGA CARA NAJIB KELENTONG RAKYAT



NAJIB : AMAL 3 BUDAYA TARIK SOKONGAN RAKYAT...meloya


 Najib Razak menggariskan tiga budaya penting yang perlu diamalkan oleh para pemimpin UMNO untuk menjamin sokongan rakyat kepada parti utama orang Melayu itu, berada di tahap terbaik.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan budaya itu juga dapat memastikan UMNO yang telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang kewujudannya, terus kekal dalam politik negara.

Menurut beliau, tiga budaya penting itu ialah;

Mendengar suara rakyat.
Berkhidmat untuk rakyat.
Mampu menyelesaikan masalah rakyat



penyapu sial

  • MENDENGAR SUARA RAKYAT…. BILA RAKYAT KATA MANSUH ISA… BELASAH RAKYAT
  • BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT…. BELI KAPAL SELAM SEBAGAI KHIDMAT UNTUK RAKYAT… REMBAT DUIT KOMISEN
  • BILA PENEROKA FELDA ADA MASAALAH GERAN TANAH…. SELESAIKAN DENGAN MENJUAL BUKAN SAJA TANAH…. ORANG-ORANG FELDA SEKALI DI JUAL… DI JAMIN MASAALAH SELESAI


kah kah kah kah.......bapak klentong 1 Malaysia.....!!!!