ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

Showing posts with label prk n11 permatang pasir. Show all posts
Showing posts with label prk n11 permatang pasir. Show all posts

24 August 2009

PRK Permatang Pasir: Poster kempen BN - Semua nya BN yang buat




Salah satu poster kempen BN di Permatang Pasir. Yang buat aku pelik poster kempen BN ini menggunakan latarbelakang warna hijau yang mana setahu aku UMNO/BN amat alergik dengan warna hijau. Tulisan dan ayat dalam poster pula, pada pendapat aku cuba merendah rendah kan tahap pemikiran aku. Orang lain tak tahu lah....


- Masjid, Surau di bina BN
- Jalan , jambatan di bina BN
- Sekolah , klinik di bina BN
- Pasar, Balairaya dibina BN
- Bekalan Elektrik, Air dibina BN
- Kilang untuk bekerja di bina BN

Saja nak tanya soalan bodoh pada pemimpin BN. Semua benda benda tu dibina menggunakan duit yuran ahli ahli UMNO/BN ke?. Kalau dibina menggunakan duit UMNO/BN, aku pun tak ingin nak gunakan.

Bukan kah semua kemudahan itu dibina menggunakan duit yang dikutip dari rakyat dalam bentuk berbagai jenis cukai, bayaran denda, saman, duti setem dan macam macam lagi. Semua duit itu dikutip dari rakyat tanpa mengira parti. Orang UMNO, MIC, MCA, PKR, PAS dan apa jugak parti hatta yang tak berparti pun, semua nya kena bayar. BN sebagai kerajaan yang memerintah hanya menguruskan duit duit yang dikutip itu sahaja. Jangan nak perasan mengatakan duit itu BN yang punya.


Kemudian, setelah kemudahan disediakan oleh BN dengan menggunakan duit yang dikutip dari rakyat, apakah kemudahan itu 'FREE' atau tak payah bayar. Secara jujur nya boleh kata kan semua nya kita kena bayar. Kalau tak bayar secara 'direct', secara 'indirect' kita kena jugak. Bil letrik, bil air, yuran sekolah, tol dan sebagai nya tak payah bayar ke?.
Lagi satu, mengapa suka sangat guna istilah 'anak emas'. Bila guna istilah itu, secara automatik kawasan lain adalah anak tiri, anak angkat atau anak pungut.

Kalau antara anak anak kita, ada seorang yang kita layan sebagai 'anak emas', bagaimana perasaan yang lain?.

amizie

Melihat kepada situasi semasa, PAS wajar menerajui PR

"Dahsyat! Itulah perkataan yang dapat menggambarkan situasi semasa politik di Malaysia. Kacau bilau, kucar kacir dan sedang menggelegak dengan berbagai-bagai isu baru setiap hari tambahan pula dengan adanya PRK Permatang Pasir yang akan berlangsung esok. Barang harus diingat oleh semua jentera Pakatan Rakyat(PR), UMNO sememangnya pakar dalam merancang dan mencetuskan isu, dengan bantuan media-media utama, mereka mampu memanipulasi dan memprovokasi sesuatu isu bagi memberikan gambaran yang sangat buruk kepada PR.

Walaupun boleh dikatakan hampir seratus peratus pimpinan PR yang tidak menonton dan membaca suapan berita daripada media-media utama seperti RTM, TV3, Berita Hairan dan Utusan Malaysia, namun berapa ramai dikalangan para penyokong PR yang tidak mengikutinya? Kita yakin kesemua isu yang dibangkit tidak akan sedikitpun menjejaskan hubungan antara para pimpinan PR namun apa yang dibimbangkan adalah persepsi akar umbi terhadap keutuhan PR kerana merekalah yang memberi undi kepada PR.

Sejarah telah menyimpan segala taktik keji yang digunakan oleh UMNO bagi mengekalkan kuasa di persada pemerintahan negeri dan negara. Hari ini kita dapat melihat segala taktik ini dipraktikkan semula memandangkan keadaan mereka yang ibarat 'retak menanti belah' dan 'telur dihujung tanduk'. Namun apa yang boleh diperkatakan adalah misi PR untuk menggantikan BN bukan suatu yang mudah atau boleh dikatakan 'mission impossible' kecuali dengan kehendak Allah. UMNO telah menerajui negara sejak daripada merdeka sehinggalah kehari ini. Mereka mempunyai pengaruh yang amat besar didalam hampir kesemua badan dan institusi utama negara seperti kehakiman, polis, SPR, SPRM dan sebagainya. Ini bukanlah suatu tohmahan atau sekadar persepsi, tetapi hakikat yang dapat dilihat dengan mata kasar sesiapa sahaja, sudah terang lagi bersuluh.

Lihat sahaja bagaimana perbezaan badan-badan ini bertindak dalam sesuatu kes yang melibatkan pemimpin PR dan BN. Suatu diskriminasi yang sangat jelas dan nyata, tak perlulah disebut secara panjang lebar disini kerana terlalu banyak. Semua pihak sudah jelas bagaimana mereka menjatuhkan Kerajaan PR di Perak. Mereka menggunakan SPRM untuk mewujudkan kes dan mengugut ADUN untuk berpaling tadah. Modus operandi ini cuba digunakan lagi di Selangor dan Kedah, sasaran mereka adalah negeri yang memiliki jumlah ADUN PKR dan DAP yang agak ramai. UMNO memiliki seni ugut yang amat hebat dan mampu membuatkan sesiapa sahaja untuk 'turning over' 360 darjah.

Perhatikan bagaimana seorang ADUN BN Perak yang berhijrah ke PKR boleh di 'turning over' untuk kembali kepada BN dalam masa beberapa hari sahaja dan ini menjadi satu amaran yang menakutkan mana-mana ADUN BN yang mempunyai hasrat untuk keluar dari BN. Kenapa sasaran mereka hanya ADUN PKR dan DAP sahaja? kerana mereka mengetahui kekuatan akhlak dan jatidiri ADUN-ADUN PAS yang terikat dengan bai'ah sebelum diangkat sebagai pemimpin rakyat, ini terbukti apabila PAS berjaya mengharungi pemerintahan di Kelantan pada penggal yang lalu walaupun dengan hanya berkelebihan 2 undi.

PAS bergerak sebagai sebuah gerakan Islam yang bertunjangkan dasar Al-Quran dan Sunnah, menjadi satu-satunya parti Islam didalam kancah politik negara. Dengan pemimpin yang bersilih ganti, perkembangan PAS terus menjadi igauan UMNO yang mendakwa menjadi tonggak kekuatan Melayu walaupun pada hakikatnya hanya menjahanamkan Melayu. Kalau dahulu, walaupun UMNO kehilangan undi daripada pengundi Melayu, mereka langsung tidak gusar kerana sokongan pengundi bukan Melayu kepada MCA dan MIC begitu utuh. Pada saat itulah, mereka tidak merasa bersalah untuk menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat(SAR) dan diberikan kepada sekolah cina. Mereka tidak pernah menimbulkan isu 'ketuanan melayu' kerana bimbang kehilangan undi bukan Melayu.

Namun apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya, kedua 'kaki' mereka iaitu MCA dan MIC hampir lumpuh sepenuhnya malah semakin hari semakin membimbangkan UMNO. Isu 'ketuanan Melayu' dicetuskan untuk menarik semula undi dari pengundi-pengundi Melayu. Mereka tidak lagi mengharapkan undi bukan Melayu kerana hari ini hampir mustahil untuk mereka melakukannya, hanya orang Melayu sahajalah harapan UMNO untuk terus berkuasa. Dalam situasi seperti hari ini, tidak ada kelebihan bagi mana-mana komponen Pakatan Rakyat kecuali PAS, hanya PAS mempunyai kelebihan itu.

Berdasarkan kepada Pilihanraya Umum yang lalu, undi daripada kalangan pengundi Melayu tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara tetapi lonjakan undi dari pengundi bukan Melayu begitu luarbiasa. Memang PKR berjaya meraih kerusi terbanyak di Parlimen, namun umum mengetahui PKR didokong oleh kebanyakan bekas ahli-ahli BN dan umum juga mengetahui 'mereka-mereka' boleh di 'turning over' dengan sedikit habuan kebendaan, oleh itu PKR hakikatnya masih belum mempunyai kekuatan penyokong-penyokong 'totok' sepertimana UMNO dan PAS. Bagi DAP pula, mereka masih dilihat sebagai parti perjuangan komuniti Cina, tanpa sokongan PKR dan PAS adalah amat sukar untuk mereka mendapatkan undi orang Melayu.

Disinilah dikatakan bahawa PAS mempunyai kelebihan dari setiap penjuru. Kaum bukan Melayu melihat pemimpin PAS sebagai pemimpin yang bermaruah, berakhlak, bermoral dan bersih. Hasil daripada itulah maka wujudnya kelab-kelab penyokong PAS dari kalangan orang Cina dan India diseluruh Malaysia, suatu yang tidak dijangka hasil daripada pancaran akhlak kepimpinan Islam. Dari semua sudut PAS dilihat paling layak untuk menerajui PR namun oleh kerana dalam ruang lingkup demokrasi yang berpandukan kepada majoriti kerusi yang dimenangi maka PAS masih belum mampu mencorakkan PR. Oleh itu adalah penting satu jawantankuasa displin Pakatan Rakyat ditubuhkan agar sedikit sebanyak pengalaman PAS membentuk pimpinan dapat dimanafaatkan oleh PKR dan DAP. Walaupun setiap parti mempunyai jawantankuasa disiplin masing-masing, namun adalah penting untuk berkongsi dengan PAS yang telah terbukti berjaya melahirkan tokoh-tokoh pimpinan yang bermaruah dan dihormati.

PAS perlu sentiasa dihadapan dalam menangani pelbagai isu yang timbul pada masa hadapan. Apa yang dapat dilihat hari ini hanya Mursyidul Am yang berhempas pulas menyelamatkan Pakatan Rakyat menyebabkan beliau menjadi sasaran serangan UMNO dan media. Tok Guru Nik Aziz adalah sosok yang sangat istiqomah dalam perjuangan dan persahabatan. Beliau tidak akan berdiam diri untuk melihat PR digoncang oleh UMNO, baginya selagi mana laluan dakwah Islam tidak ditutup oleh mana-mana pihak maka selagi itulah ia tidak seharusnya dikhianati.

tinta_islam

N11 Permatang Pasir :Kedah dan Selangor bakal ditawan

Dua buah negeri Pakatan Rakyat kini di dalam bahaya(baca sini). Perancangan BN untuk merampas Kedah dan Selangor kini telah memasuki fasa-fasa perlaksanaan. Hanya menunggu masa yang sesuai untuk melakukan serangan sebagaimana zionis laknatullah ingin merampas tanah penduduk Islam di Palestin. Gaya lompatan adun Lunas dalam tempoh berkempen di N11 Permatang Pasir merupakan usaha-usaha terdesak yang terpaksa dilaksanakan demi menyelamatkan maruah calon mereka yang diulit pelbagai isu dan skandal. Namun pada itu, para pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan PKR khususnya, haruslah mengambil sikap berjaga-jaga, kerana pemimpin-pemimpin di dalam BN tidak pernah mengenal erti putus asa dalam usaha merampas kembali negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Dan berita yang terbaru mengatakan Lim Soo Nee(Adun Kulim) telah lari ke Singapura dan 2 lagi adun di selangor bakal membuat pengumuman tidak lama lagi( baca sini dan sini ).Lagi di sini.

Kepada pemimpin-pemimpin di dalam pakatan rakyat, janganlah terlalu leka diulit mimpi kemenangan yang diraih semasa PRU12. Bangunlah dari mimpi dan bekerja untuk mempertahankan kemenangan yang diperolehi demi para pengundi yang memilih anda.

akira

23 August 2009

gelora prk n11 permatang pasir dan rohaizat....jangan tanya shah-ji-lat...!!

Jangan tanya Sharizat tentang “isteri kedua” Rohaizat



Isu “isteri kedua” calon BN di Permatang Pasir telah dijadikan “topik larangan” kerana mungkin mengaibkan Rohaizat

Semua wartawan di larang bertanyakan isu isteri kedua calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kerana mungkin ia menjadi “bom jangka” terakhir yang boleh menjatuhkan maruah calon tersebut.

Semalam, Pengarah pilihanraya PAS Pusat, Datuk Haji Mahfuz Omar dalam kenyataanya menyuruh wartawan bertanya terus kepada Menteri Hal Ehwal Wanita kerana calon BN didapati mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

Jika benar apa yang berlaku, Sharizat yang dipanggil “Kak Jat” harus membela seorang isteri yang diabaikan suami tercinta.

“Itu pun jika benar sepertimana diperkatakan orang ramai kini. Saya tidak mahu memanjangkan isu itu kerana ia melibatkan kelambu Rohaizat. Apa salahnya mengaku jika berkahwin dua jangan pula menafikan kerana ia tidak baik,” ujar Mahfuz selanjutnya.

Isu calon BN, Rohaizat Othman mula berbangkit apabila Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan mula menyebut mengenainya. Nasrudin telah dipertikai dengan alasan ia isu peribadi.

Namun, Nasruddin berkata dia bukan sengaja mahu mengungkitkannya.

Isteri kedua Rohaizat, Rafizah, adalah adik angkat kepada guru beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang serta Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah. Sementara saya anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah,” cerita Nasrudin yang juga bermestautin di Pahang.

Rafizah telah lebih setahun berceritakan nasib beliau, namun dia merahsiakan siapa suaminya. Tuan Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa di samping tidak tahu siapa lelaki yang menjadi suaminya.

Sehinggalah beberapa hari lalu, Puan Rafizah memberitahu, “Ustaz, Rohaizat (calon BN) itulah suami saya!”.

[Isu “isteri kedua” calon BN di Permatang Pasir telah dijadikan “topik larangan” kerana mungkin mengaibkan Rohaizat (kiri). — gambar oleh Jack Ooi]

Isu “isteri kedua” calon BN di Permatang Pasir telah dijadikan “topik larangan” kerana mungkin mengaibkan Rohaizat (kiri). — gambar oleh Jack Ooi
“Saya segera bertemu dengan kedua ibu-bapanya untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Ya, hanya linangan air mata dari sang ibu yang sangat memahami betapa derita yang ditanggung anaknya sejak setahun yang lalu,” cerita Nasrudin lagi.

Menurut Nasrudin, Rafizah pernah bertugas sebagai ketua kerani di firma Rohaizat. Mereka telah berkahwin selama lapan tahun, namun baru setahun lepas mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah.

Bagi Nasrudin, beliau bukan menyerang peribadi Rohaizat tetapi membela orang yang hampir dengannya.

Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ibunya berkata, anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak dua kali dan itupun sekadar beberapa jam. Kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami, cerita Nasrudin.

“Saya dedahkan hal ini dengan izin isterinya yang telah puas menjerit tanpa didengar oleh sesiapa agar suaminya mengakui dirinya sebagai isteri yang sah dan berikan haknya untuk hidup sebagai isteri sebahagaimana isteri-isteri yang lain.

“Telah banyak usaha dilakukan oleh Puan Rafizah agar dirinya diisytiharkan sebagai seorang isteri yang sah agar ia boleh hidup bahagia dan damai seperti orang lain gagal,” kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, masih terbuka luas bagi Rohaizat untuk selamatkan rumahtangganya dengan cara beliau meruntuhkan tembok keegoan sebagai lelaki lalu segera kembali ke pangkuan isteri dengan penuh insaf, kata Nasrudin.


penyapu sial

Nanti sharizat naik angin...hahaha

rumahtangga pun tidak tanggung. macam mana nak sempurnakan tanggungjawab sebagai ADUN?

pergilah lu.

PRK N11 Permatang Pasir : Calon BN Rohaizat Othman Kantoi Lagi.....



calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman kini berhadapan dengan satu lagi pendedahan salah laku firma guamannya melibatkan penduduk kawasan Permatang Pasir sendiri.

Perkara itu didedahkan Pas membabitkan isu jual beli tanah yang tidak diselesaikan beliau pada tahun 2000 dan melibatkan 16 anak guamannya yang masih belum mandapat tanah.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Rohaizat tidak menguruskan perjanjian jual beli tanah sehingga selsai dan sehingga kini geran tanah tersebut masih atas nama tuan tanah yang asal sedangkan wang telah dikeluarkan.

Menurutnya, beliau tidak mengatakan bahawa Rohaizat telah melakukan penipuan sebaliknya beliau meminta Rohaizat memperjelaskan situasi sebenar dan bagaimanakah status tanah yang dibeli oleh 16 anak guamannya.

“Pendedahan terbaru ini melibatkan perjanjian jual beli tanah yang tidak diselesaikan oleh Rohaizat sebagai peguam, walaupun setelah wang pendahuluan diberikan kepadanya .

“Saya tid:ak berkata Rohaizat menipu cuma saya mahu beliau bertanggungjawab dan memperjelaskan situasi yang sebenar bagaimanakah tanah tersebut tidak diberikan kepada pembeli,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mahfuz juga turut menunjukkan surat pembeli yang bersetuju untuk membeli tanah lot 3, lot 662, Seberang Prai Tengah, dengan harga RM17,376 dan beliau turut merahsiakan nama pembeli tersebut atas dasar keselamatan.

Beliau berkata, surat yang ditandatangani oleh Rohaizat, turut tertera perjanjian pembayaran wang pendahuluan sebanyak 10 peratus kepada pemilik tanah yang diberikan kepada firma guaman Rohaizat.

“Sebanyak RM1,757 telah dikeluarkan sebagai wang pendahuluan oleh setiap seorang dari 16 pembeli dan diberikan kepada firma guaman Rohaizat untuk menguruskan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya, sehingga sekarang pembeli tanah masih lagi belum mendapatkan tanah mereka dan setelah dirujuk kepada pejabat tanah geran tanah tersebut masih diatas nama tuan tanah yang asal.

N11 Permatang Pasir : Pesanan Tok Guru

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 :Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar.

Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan.

Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis.

Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal : 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.

22 August 2009

BN Mula Edar Risalah Hasutan Secara Terbuka

Pendedahan Siapa Isteri Kedua Rohaizat

Malaysiakini semalam melaporkan tentang hubungan Rohaizat dengan seorang wanita seperti yang disebut oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan. Nasrudin menyebut nama ‘Hafizah’, manakala laporan Andrew Ong dalam Malaysiakini menyebut ‘Rafizah Mohd. Ali’.

“The candidate’s rivals from PAS have claimed that Rohaizat registered his second marriage to a woman known as ‘Rafizah Mohd Ali’ which the latter has denied.


Rohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I never got married in 2005,” Rohaizat told reporters.


Apa cerita yang sebenarnya?

Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.

Rohaizat mempunyai asas untuk menafikan cerita tersebut kerana dua nama tersebut bukan nama sebenar isteri keduanya. Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.

Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun. Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.

Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat. Malah Hafizah merupakan seorang pekerja yang cukup rajin dan diatas usaha beliaulah, syarikat Rohaizat dapat bernafas semula selepas kejatuhan akibat skandal Koperasi Pekebun Getah.

Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat. Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank. Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.

Rohaizat telah membeli sebuah rumah di Bertam, Kepala Batas dan rumah tersebut telah didaftarkan diatas nama Hafizah. (Tinjauan kami petang semalam mendapati rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain.) Hafizah menetap disini dan Rohaizat hanya datang apabila perlu.

Semasa menetap disini, ibu bapa Hafizah pernah datang dan meminta bertemu dengan Rohaizat. Dalam pertemuan tersebut, En. Mohd. Ali meminta mereka berkahwin selepas melihatkan hubungan yang sudah diluar batasan, tetapi Rohaizat enggan mengahwini Hafizah.

Kira-kira dua bulan selepas itu, Rohaizat pergi ke rumah En. Mohd Ali di Pahang, dan mungkin kerana keterlanjuran, bersetuju untuk mengahwini Hafizah, tetapi majlis perkahwinan tersebut dibuat secara sembunyi.

En. Mohd. Ali sendiri menjadi jurunikah, menikahkan anaknya Hafizah dengan Rohaizat. Tetapi perkahwinan tersebut tidak didaftarkan, sebaliknya hanya satu surat perjanjian dibuat untuk membuktikan Rohaizat dan Hafizah sudah berkahwin.

Tidak lama selepas perkahwinan tersebut, Bapa hafizah, En. Mohd. Ali telah berkunjung kerumah ibu bapa Rohaizat di Kg. Pelet, Seberang Perai, (dalam DUN Permatang Pasir), untuk memaklumkan bahawa anaknya telah berkahwin dengan Rohaizat. Tetapi kedatangan En. Mohd. Ali kerumah ibubapa Rohaizat tidak dilayan oleh mereka. Malah En. Mohd. Ali sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut oleh ibu dan abang Rohaizat.

Kecewa dengan perbuatan ibubapa Rohaizat, En. Mohd. Ali kembali ke Pahang dengan membawa Hafizah bersama mereka.

Namun, tidak lama kemudian, Hafizah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan kembali kepangkuan Rohaizat. Mereka kemudian menetap di Sungai Aceh, Nibong Tebal kerana rumah di Bertam telah disewakan kepada orang lain.

Rohaizat hanya berjumpa Hafizah apabila perlu kerana terpaksa merahsiakan hal ini dari isteri pertamanya. Hasilnya, Hafizah mengandung.

Amat menyedihkan, apabila Rohaizat enggan mengaku bahawa anak dalam kandungan Hafizah itu anaknya, dan mendesak Hafizah supaya menggugurkan kandungan tersebut. Bayangkan, bagaimana perasaan seorang wanita yang diperalatkan untuk kepentingan wang dan nafsu, tetapi hanya di layan seperti perempuan simpanan.

Hafizah terpaksa menanggung segala penderitaan bersaorangan, manakala Rohaizat lepas tangan. Dan sekarang mahu menjadi Yang Berhormat!

Hafizah kembali ke Pahang dan menggugurkan kandungan tersebut.

Walaubagaimanapun, Rohaizat tanpa rasa malu, telah pergi menemui Hafizah di Pahang dan merayu supaya kembali kepadanya. Hafizah termakan pujuk rayu Rohaizat dan kembali ke Pulau Pinang. Tetapi selepas merasakan Rohaizat hanya mahu mempergunakannya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Rohaizat dan berhijrah ke Kuala Lumpur.

Inikah sikap seorang bakal pemimpin dari Umno?

Soalan ini sewajarnya ditujukan kepada Zahid Hamidi. Dalam the Edge, Zahid dipetik sebagai berkata,

“Even though he was struck off by the Bar Council, he has good qualities and values especially where family is concerned. We do not question the opposition on their candidate, and we can also do that. (Zahid Hamidi.) http://www.theedgemalaysia.com/political-news/147556-zahid-maintains-rohaizats-innocence.html

Sekarang bagaimana Zahid? Apakah ini kualiti dan nilai-nilai kekeluargaan yang cuba dipupuk, meninggalkan isteri tanpa nafkah dan penjagaan, menjadikan isteri sebagai perempuan simpanan, dan berkahwin, hanya untuk menghalalkan seks? Apakah ini nilai-nilai kepimpinan yang hendak ditonjolkan oleh Umno?

Dan kepada Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno, apakah ini pemimpin yang hendak diketengahkan? Apakah kemenangan pilihanraya kecil itu lebih penting dari menjaga maruah seorang wanita? Apakah prinsip dan maruah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk membela wanita itu perlu diketepikan, hanya untuk menang pilihanraya? Dan lebih teruk, apabila seorang yang terbabit dalam penganiayaan terhadap wanita, tiba-tiba disanjung dan dijulang oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap wanita?

Dalam NST, Shahrizat dipetik sebagai berkata, ““One thing that Malaysians must realise is that when it comes to electing a wakil rakyat (assemblyman) it is serious business.”

This is damn serious, Madame! I saw you talking to Nik Aziz on nomination day, asking for clarification on what Nik Aziz said about Umno. And I hope you realize, that what Nik Aziz said about Umno is true! And I hope you’ll tell people of Permatang Pasir, if this can happen to Hafizah, it can happen to their daughters as well.

Kalau Rohaizat boleh menipu isterinya, menipu Hafizah….apakah dia tidak mampu menipu rakyat Permatang Pasir? Malah pemimpin Umno sendiri sudah mampu ditipunya, sehinggakan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri…sudah tertipu.

Dalam Malaysiakini juga dilaporkan bahawa Rohaizat akan menyaman Nasrudin Tantawi sekiranya Nasrudin gagal membuktikan dakwaannya.

Fikir kembali, Rohaizat.

“Earlier, at Giatmara in Permatang Pasir, Rohaizat apologised to voters for his previous mistakes.” (NST)


Rohaizat perlu meminta maaf kepada Hafizah, bukan kepada pengundi Permatang Pasir. Pengundi Permatang Pasir tidak berhak untuk memaafkan kesalahan Rohaizat kepada Hafizah dan keluarga beliau.

“But thankfully, I have corrected my wrongdoings.” (NST)

Bullshit!! Kami berharap, Rohaizat dapat berjumpa kembali keluarga Hafizah dan meminta maaf, jangan sampai mereka datang ke Permatang Pasir menuntut maaf.

Cukuplah aib dan sengsara yang diperlakukan terhadap keluarga Hafizah. Perakexpress tidak akan menyiarkan gambar-gambar mereka kerana itulah perjanjian kami. Dan kami tidak mahu mengaibkan mereka lagi, cukup sekadar meminta Rohaizat menginsafi diri dan memohon maaf kepada keluarga Hafizah dan En. Mohd. Ali.

Dan sekiranya Rohaizat masih angkuh dan enggan mengakui apa yang telah dilakukannya, jangan terkejut sekiranya keluarga Hafizah sendiri akan tampil dipentas ceramah seperti yang dilakukan oleh Imam Ramlang Porigi dalam PRK Permatang Pauh yang lalu.

Anda masih mempunyai masa untuk bertaubat dan insaf, dan Ramadan Al Mubarak adalah masa yang paling sesuai untuk kita sedar dan melihat kembali apa yang telah kita lakukan. Lakukan perkara yang terhormat, sebelum berangan-angan menjadi Yang Berhormat.


perakexpress

Setiausaha BN Pulau Pinang Pecat Rohaizat

Umno diminta mendapatkan penjelasan berhubung dengan kes pecah amanah calonnya, Rohaizat Ibrahim dari bekas pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang di zaman BN.

Ini kerana, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Majlis Peguam yang membicarakan kes Rohaizat adalah Tan Sri Khalid Ahmad Sulaiman sendiri.

Khalid juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Barisan Basional Pulau Pinang sebelum ini.

Mahfuz mendedahkan perkara ini dalam sidang medianya hari ini.Mahfuz mengulas kecaman-kecaman pemimpin Umno terhadap Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan yang mendedahkan perkara ini.

Dengan pendedahan ini bermakna, Umno tidak boleh menyalahkan Ragunath kerana pihak yang terlibat menyiasat dan mengambil keputusan memecat Rohaizat adalah pemimpin Umno sendiri.

Menurut Mahfuz, Khalid menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang semasa Lim Chong Eu adalah ketua menterinya.

“Ketika Chong Eu bercuti, Khalid adalah pemangkunya,” kata Mahfuz.

Khalid juga, kata Mahfuz, adalah Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Lembaga Disiplin Umno ketika lembaga itu menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno adalah Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Maknanya, yang menggantung keahlian Rohaizat dari Majlis Peguam adalah pemimpin Umno sendiri. Takkan mereka nak aniaya Rohaizat kalau dia tidak bersalah,” kata Mahfuz. - Harakah

21 August 2009

N11 Permatang Pasir : Pendedahan oleh Nasarudin Tantawi tentang ROHAIZAT



Ustaz Nasaruddin Tantawi bersama S/U KM Pulau Pinang Steven dan juga wakl DAPSY serta Ketua AMK Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali ,telah mengadakan satu sidang akhbar.Dalam sidang akhbat tersebut Ustaz Nasaruddin Tantawi memberi 3 perkara utama dan pendedahan yang agak mengejutkan semua pihak.
1. Pemuda Pakatan Rakyat menghantar satu seruan untuk mengadakan satu debat dengan isu pengkhianat negara dan menyediakan satu kawasan lapang diPermatang Tengah pada 23 hb 2009 malam.Menurut Ustaz Nasaruddin lagi , tujuan diadakan debat ini ialah untuk berhujah dengan pemuda Pakatan Rakyat iaitu "Siapa Pengkhianat Negara". Berhubung dakwaan Muhyiddin Yassin terhadap DSAI sebagai pengkhianat negara .Jika ada bukti dokumen mereka mesti berani berhujah, malah telah 7 kali dijemput agar hadir berhujah malah pemuda Umno tidak pernah menyahut, sama ada MCA ayau MIC agar turun pada 23 hb jam 9.00 malam di permatang tengah



2.Meyentuh isu polemik konnya Tuan Guru Nik aziz yang ekstrem berkaitan syurga dan neraka.kenyataan yang diekplotasi dan mengunakan majlis fatwa tanpa memanggil beliau memberikan kenyataan sebenar apakah yang di maksud kan dengan kenyataan beliau tanpa menyiarkan ucapan Nik aiziz tanpa gambar dan suara.
Tuan guru hanya menyebut dasar perjuangan umno yang tidak boleh masuk styurga ,tetapi menyebut perbuatan seseorang yang mungkar dan .misalnya ibubapa yang memberi didikan kepada anak.Jika umno mahu masuk syurga, jagan rasuah, menahan orang tana bicara, dan bukan menentukan siapa yangmasuk syurga, tetpai mereka juga berhak perjungan mereka benar, kenapa khairy jamaluddin tidak berani menyahut dan benarkan perjungan umno tidak bertentangan dengan syariat ,kita minta ulama umno untk berhujah dengan kita,dan bersedia untuk berhujah dan bukan dengan kekerasan.

3. Isu yang besar ialah berkait dengan calon Bn yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir. Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,, ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang steri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil. Menurut Ustaz Nasaruddin lagi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga beliau sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan dan pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai sisteri , malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakui nya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi,j"Jka ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memipin rakyat di kawasan Permatang Pauh dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."
"Kalau bersama isteri tidak berlaku adil, maka bagaimana beliau akan bertanggungjawab kepada rakyat dengan adil".Kita tahu dijabatan agama mana di daftarkan dan kita punya rekod mengenainya.
Menurut Ustaz nasaruddin lagi Hafizah adalah kerani di pejabat Rohaizat."Hafizah ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan bekerja dengan Rohaizat ,berkahwin tanpa diberitahu keluarga.Kita minta selesai dulu rumahtangga beliau baru selesai masalah rakyat," demikian jelas ustaz nasaruddin lagi.


kedaikopitepimasjid