ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

Showing posts with label zaid kaki botol. Show all posts
Showing posts with label zaid kaki botol. Show all posts

16 December 2010

muaaakaakakaka....zaid kaki botol rampas kuasa AKIM jadi presden KITA



Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil-alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa pagi ini.

Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.




Jawatan lain dan perlembagaan baru parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.

Zaid juga berkata nama baru parti itu - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan didaftarkan dan lambang serta matlamat parti berkenaan juga akan didedahkan pada tarikh tersebut.

Tambahnya, parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Selain beliau sebagai ketua, parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi dan satu jawatankuasa pusat.

KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri, kata Zaid lagi.

Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

Malaysiakini



penyapu sial


ingat nak bertaubat la kuar dari UMNO...masuk PKR rupanya hanya tau buat....perangai gila kuasa kesan politik wang yg di amalkan masa dlm UMNO masih tak berubah...sekarang rampas pulak parti AKIM jadikan parti KITA...hampas punya makluk...tubuh la parti sendiri kalau berani...jangan berani numpang parti orang lain...sejajar dengan motto kaki botol....

aku tolong bagi nama parti baru ko...parti cinta botol....muakakakakakaka....!!!

16 November 2010

Jangan biarkan Zaid rosak perjuangan reformasi

Azmin Ali dalam ceramah di Shah Alam mengaskan bahawa Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dalam 'merosakkan perjuangan reformasi'.

Walau bagaimanapun, Azmin tidak menamakan Zaid secara langsung dalam ceramahnya itu. Beliau hanya berkata tidak harus membiarkan calon yang baru menyertai parti setahun menjejaskan perjuangan reformasi yang sudah berjalan selama 12 tahun.


penyapu sial

Makin rancak nanti PRU13 apabila Zahid keluar Keadilan dan tubuh parti baru dan menyertai BN. Biarlah Zahid menjadi si luncai yang terjun dengan labu-labunya. Zahid kalah di PRK Hulu Selangor, dia kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR dan dia kalah integriti bila merajuk keluar dari PKR kerana tidak mendapat faedah kepentingan peribadi. Nilai Zahid sama sahaja dengan nila Nala, Ezam, Zahrain, Zulkifli dan pemimpin terbuang dari PKR yang seperti kain buruk layak dibuat penyapu kaki sahaja. Tanpa mereka ini dalam PKR menjadikan parti Keadilan pimpinan Anwar Ibrahimbertambah kuat dan mantap.

15 November 2010

Zaid dah patut disimpan dalam tong najis UMNO/BN aje.....tak payah lah zaid ..ko masuk dan tubuh parti apa pun orang tak mau...kecuali orang yang tak berprinsip...!!!!

Secara peribadi saya rasa bukan saya seorang yang meluat dengan perangai Zaid Ibrahim. Zaid sepatutnya tidak jadi Zaid sekarang. Zaid sepatutnya jadi seperti Zaid ketika dia diserang sewaktu menjadi calon PKR di Ulu Selangor dulu, yang penuh sopan, tawaduk, rendah diri sehingga ketika itu nama Zaid melonjak dan dihormati. Dengan ketawadukannya ketika itu Zaid dapat mententeramkan dirinya sendiri dan PKR, penyokong, walaupun isu beliau dengan arak sebelumnya tersangat berat hendak ditangkis

Sayang Zaid bertukar hanya kerana kononnya ‘prinsip.’

Saya tertanya-tanya perangai yang sebegini datangnya dari mana? Untuk apa seseorang masuk sesuatu parti politik kemudiannya apabila secara prinsip tidak setuju, dijadikan parti politik dan pemimpin sebagai tempat hentam dan perlekeh.

Prinsip bukan tempikan dan bercakap, tapi sikap!

Dalam Malaysia orang politik seperti ini ada dua tapi berlainan cara dan berlainan sebab. Pertama YB Zulkifli Nordin yang terumbang ambing kritikannya seperti mencari tapak baru tapi takut dibayangi ‘ hantu ’ politik itu sendiri. Manakala Zaid menganggap semua hal, semua perkara, semua benda, semua dasar dalam politik yang diceburinya, beliau sahaja yang betul.

Perangai begini sebenarnya budaya dari seorang yang memasuki Umno lebih dahulu dari parti lain. Sebenarnya Umno dan dasarnya tidak mengajar begitu, tetapi budaya ahlinya itulah yang menjadikan seseorang yang lompat keluar dari Umno selalu ada kerak daki keUmnoannya, sedangkan dasar parti Umno tidak menyuruh begitu.

PKR bukanlah parti yang semua betul dan baik. Tapi Zaid menghentam PKR telah membuka ruang orang berfikir siapa Zaid yang sebenarnya dan ruang fikiran itu tidak menyebelahi Zaid.

Bagi Zaid jika semua betul dalam PKR, pada Zaid ada yang tak betul sehinggalah beliau berada di atas untuk memberitahu, inilah yang betul.

Zaid yang belum berhenti menyerang kepimpinan PKR dan orang-orang ‘khusus’ kelihatan seperti orang yang memukul dan mencakar dada kerana marah sedangkan kesan cakar dan tumbukan itu ke dadanya sendiri.

Yang terbaik bagi PKR ialah tidak menyambut tepukan dan cakaran itu. Ketua Umumnya bersikap seperti tidak dengar apa pun. Diharap sehingga Zaid keluar dari PKR nanti seperti yang diakui dalam Malayskini 15 Nov 2010, PKR tidak akan meratap berhiba sebaliknya buatlah kenduri pulut kuning dengan sepanduk ‘Sayonara.’

14 November 2010

Nama Zaid sudah sah keluar daripada kertas undi

Keputusan Datuk Zaid Ibrahim untuk menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR sudah diterima oleh biro politik parti itu.

Kata putus itu bermakna namanya tidak akan dicetak lagi pada kertas undian. Ketua pemilihan pusat PKR, Dr Molly Cheah berkata biro politik hanya terpaksa menerima keputusan individu apabila melahirkan keinginan untuk menarik diri.



penyapu sial

Baguslah Zahid tarik diri dari pemilihan ia mencerminkan kegagalan Umno untuk memusnah Parti Kedilan dari dalam menggunakan penyusupan ahli Umno menjadi ahli PKR. Zahid dipercayai penyamar (berpura-pura mengganggotai PKR) lepas tu buat kacau dalam sistem pemilihan Keadilan. Inilah cermin bayangan Umno yang akan berkubur dalam PRU13 nanti.