22 April 2010

talam dua muka yang semakin mereput.....!!!!!!!!!

Pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) di sifatkan sebagai 'talam dua muka' apabila bertindak mengungkit segala kisah lampau calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim hanya kerana beliau meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Umno/BN ternyata sudah ketandusan isu sehinga bertindak meyerang peribadi calon sedangkan mereka tidak akan mempeduli segala sikap buruk seseorang itu apabila ianya berada dalam Umno/BN

Inilah Umno/BN yang mempunyai talam dua muka. Meludah ke langit sambil ekor bergelumang dengan tahi.

Kalau yang minum arak, yang membunuh, yang kuat menerima rasuah, yang suka berjudi, berfoya-foya dan segala perangai buruk dan sifat-sifat buruk itu ada pada para pemimpin Umno/BN, tidak mengapa.

Tetapi kalau sifat buruk ini ada pada calon Pakatan Rakyat pada waktu dahulu, calon ini dibelasah habis,

Para pengundi di Parlimen Hulu Selangor perlu menyedari sikap hipokrit Umno/BN itu dan menerima hakikat bahawa Zaid kini bukan lagi Zaid ketika berada dalam Umno/BN dahulu.

Para pengundi di ingat juga agar tidak terpengaruh dengan segala janji manis yang ditabur Umno/BN pada pilihan raya kecil kali ini sebaliknya bertindak sebijak mungkin dalam menghadapi godaan Umno/BN.

Pengundi Hulu Selangor dan rakyat seluruhnya semakin disajikan dengan propaganda yang memualkan dan tawaran-tawaran yang indah dan manis oleh BN.

Wang ditabur untuk meraih simpati pengundi, kononnya itu wang poket mereka. Kepada para pengundi, kalau susah menolaknya, ambillah wang tersebut kerana itu adalah wang kutipan cukai rakyat yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk bantuan dan kebajikan. Tetapi pemimpin Umno/BN telah menggunakan hasil kutipan tersebut secara tidak bermoral ..tapi undi jangan bagi pada mereka.

Justeru, di ingatkan agar para pengundi membuat pilihan yang tepat dengan memilih calon PR pada pilihan raya kecil ini dan mengakui bahawa PR benar-banar mengambil berat kebajikan rakyat.

Rakyat telah boleh menerima hakikat kerajaan yang baru dua tahun ini memang memikirkan kebajikan dan kemudahan rakyat berbanding 50 tahun BN memerintah negara ini khususnya di negeri Selangor ini.

Kepada para pengundi, gunakan kuasa sakti anda untuk menolak Barisan Nasional pada 25 April ini

No comments:

Post a Comment