Usul rujuk Anwar ke JK Parlimen dibentang
BN akan membentangkan usul untuk merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berikutan dakwaan beliau yang cuba mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz dikatakan akan membentang usul tersebut yang akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Seramai empat ahli parlimen akan berbahas iaitu empat daripada BN dan selebihnya daripada Pakatan.
Antara wakil BN yang mungkin akan berbahas ialah Khairy, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud), Datuk Nur Jazlan Mohamad (Umno-Pulau) atau Chua Tee Yong (MCA-Labis) manakala Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) atau Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) akan mewakili Pakatan
penyapu sial
PERSOALANNYA SIAPA YANG BERSALAH..........ANWAR ATAU KERAJAAN BN YANG BERSEKONGKOL DENGAN ZIONIS? JANGAN TERBALIKKAN FAKTA DAN KENYATAAN.......YANG HARAM JADI HALAL..........YANG HALAL JADI HARAM.
bukti semua dah ada, apa lagi nak nafikan. United Malay No Otak dari dulu kini dan selamanya ego. Tak boleh ditegur langsung.
Hehehehehehe Najib kata 1 Malaysia lebih terkenal dari milo dan KFC. hehehehehe bila gua bayangkan milo dan KFC, kecor air lior beb. Tapi gua bayangkan 1 Malaysia rasa macam nak termuntah hehehehehehehe
Sebab 1 malaysia ada perasa APCO + YAHUDI hehehehehehehe
BN - Barisan Nasional
BN - Benjamin Netanyahu
Sama je keparatnya. Tapi yang di atas tu lagi zalim.
No comments:
Post a Comment