Alasan barang naik BN melucukan
berita sensasi hari ini mendapati alasan yang diberikan untuk kenaikan 5-dalam-1 membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat lalu sebagai 'melucukan'.
Apa sekalipun nama yang diberikan, kenyataan ialah harga telah naik
Antara alasan yang diberikan olek kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula ialah sebab kesihatan - yang dianggap sebagai tidak masuk akal.
"Daging juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Telur dan mentega pula boleh meningkatkan kadar kolesterol - jadi adakah kerajaan akan menaikkan harga barangan itu atas alasan kesihatan?”
Katanya, pengurangan subsidi, khususnya yang barangan keperluan seperti petrol dan gula hanya membebankan golongan berpendapatan rendah. Tetapi pada masa yang sama pembekal tenaga bebas (IPP) mendapat subsidi RM19 bilion.
"Yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terpaksa merana,
Hujah bahawa barangan keperluan di beberapa negara adalah lebh tinggi juga dianggap sebagai mengarut.
"Ada negara di mana, berasnya lebih murah dari harga di Malaysia, ada negara yang dagingnya lebih murah dan ada juga negara yang buah-buahannya lebih murah
Minggu lalu kerajaan mengumumkan kenaikan beberapa barangan keperluan berkenaan.
No comments:
Post a Comment