
Persidangan DUN Selangor kelmarin membuktikan dengan jelas dan terang bahawa UMNO adalah parti "Lidah Bercabang". Di satu sudut membuat tuduhan yang begitu ganas kepada Pakatan Rakyat kononnya kita ini tidak hormat dan derhaka pada Raja-Raja Melayu.
Tapi, apabila Pakatan Rakyat mahu mengembalikan kuasa Raja melantik SUK, UMNO dengan bangganya MENOLAK.
Ertinya UMNO mengutamakan undang-undang ciptaan Mamak Bendahara dari mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu.
Benarlah nasihat seorang : "Kalau ada orang UMNO kata "Allah itu satu" pun kamu jangan percaya. Bukan kerana kata-kata dia itu salah tapi kerana yang berkata itu adalah UMNO"
Mulai hari ini UMNO tidak boleh lagi mengaku sebagai pejuang Raja-Raja Melayu kerana UMNO menolak pengembalian kuasa Raja-Raja Melayu dalam perlantikan SUK.
No comments:
Post a Comment