Pindaan Akta Cetak yang dicadangkan oleh UMNO baru baru ini mahu dilebarkan penindasannya merangkumi media internet. Ini menunjukkan betapa takutnya UMNO dengan peristiwa yang berlaku di Tunisia baru baru ini.
Segala yang buruk di Tunisia sedang berlaku di Malaysia juga (i.e. pengangguran, kenaikan harga barang, makanan yang semakin mahal dsbnya)
Kita pasti UMNO juga membaca berkenaan bahawa Revolusi Tunisia. Revolusi Tunisia berlaku tanpa penganjur. Regim Ben Ali menghadapi kesukaran menangkap penganjur revolusi kerana mereka sendiri tidak tahu siapa penganjurnya.
Rakyat Tunisia yang berdemo itu cuma mendapat pentunjuk dari beberapa laman Facebook dan Twitter. Arahan-arahan yang datang dari laman-laman ini cukup untuk menjana revolusi di seluruh Tunisia. Kerajaan Ben Ali pula terkapai-kapai mencari siapakah yang dibelakang laman-laman ini.
Akhirnya kerajaan Ben Ali mengambil keputusan untuk menembak para demonstran dengan peluru hidup sehingga menyebabkan beratus-ratus rakyat Tunisia terkorban. Ia membawa kepada jatuhnya regim diktator pro Amerika pimpinan Ben Ali.
Perkara yang sama juga sedang berlaku di Mesir dan beberapa negara negara Arab lain. UMNO memerhatikan perkara ini dengan risau dan gusar. Mereka juga tidak mahu internet menjadi alat untuk menjatuhkan regim diktator UMNO di Malaysia.
Maka, langkah pertama adalah meminda Akta Cetak untuk memasukkan media internet sebagai media yang boleh dikengkang oleh UMNO dan BN.
Mereka tidak sanggup media internet menjadi alat kepada kejatuhan UMNO dan BN....dan kemudian satu hari pasti jika gerakan menentang pemerintah yang zalim di negara ini sukar di kekang,,,pasti barua dan pecacai kerajaan pukimak ini akan menembak dengan peluru hidup jugak...bila mana kebangkitan rakyat tidak dapat di bendung lagi...
No comments:
Post a Comment