Kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sokongan pengundi yang tinggi dalam pilihan raya tahun ini, memandangkan Putrajaya akan mula mengedarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bermula Febuari depan.
Malah kita mengakui faktor BR1M akan memancing undi ( rasuah ) untuk golongan pengundi luar bandar, serta mengukuhkan sokongan pengundi tetap BN.
BR1M akan memberikan impak multipler, bukan sahaja kepada ekonomi, tetapi turut diistilahkan di dalam undi,..Penerimanya adalah golongan miskin tegar dan miskin bandar, sudah pasti ia akan mudah termakan rasuah pilihanraya ini
Impaknya besar, terutamanya mengekalkan pengundi “tradisional” mereka di luar bandar, itu sebabnya kenapa (Perdana Menteri) menangguhkan pilihan raya..
Beliau sedar pilihan raya akan dilaksankan dalam tempoh tiga bulan selepas BR1M 2.0 jadi kesan positif BR1M tidak akan habis..
PR tidak memiliki dana sekukuh BN, terutamanya di negeri-negeri yang bukan di bawah bidang kuasa mereka seperti di Johor, Pahang, dan Perak, dan itu menyukarkan mereka untuk mendapatkan sokongan masyarakat luar bandar.
Malah amalan jangkapendek ini bukan budaya PR kerana yang lebih di utamakan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat untuk jangkapanjang .
Namun kita ingin mengingatkan BN BR1M hanya mengukuhkan sokongan penyokong tegar mereka, bukannya kumpulan pengundi muda yang merangkumi sekitar 30 peratus daftar pemilih.
Sementara sekelompok rakyat yang tidak dapat akses kepada media alternatif, mereka semakin yakin untuk menyokong BN.kerana termakan dengan gula gula getah sebegini .
Namun kelompok 30 peratus yang menjadi rebutan BN dan PR adalah kelompok yang tidak dapat dikelabui mata dan pendirian mereka, kumpulan pengundi barudi mana , kumpulan pengundi itu sedar, sejumlah RM3 bilion untuk BR1M 2.0 adalah dana kutipan cukai daripada rakyat.
Kelompok 30 peratus itu adalah kelompok penentu dalam pilihan raya umum..Peruntukan untuk BR1M 2.0 meningkat 40 peratus daripada BR1M sebelumnya, yang hanya menelan perbelanjaan RM2.1 bilion.
Kita melihat BR1M ini sebagai “rasuah” politik BN,dan bukan manifestasi BN sebagaiamana dalam slogon kosong janji mereka.
Jika benar BR1M bukan untuk rasuah pilihan raya, kenapa kerajaan telah memulakannya sejak tahun lepas dan sehingga kini yang mana dekat dengan musim pilihanraya yang ke 13 dan kenapa tidak sejak najib haramjadah ini mula mula memegang kuasa sebagai PM tidak di perkenalkan budaya ini .
Ini adalah manifestasi kerajaan UMNO-BN menekan untuk rakyat untuk mengundi secara kotor .
Kita sendiri tidak terkejut jika BR1M ini akan berupaya menarik undi rakyat menyokong BN, namun kita mengkritik tindakan itu kerana apa yang utama adalah polisi ekonomi untuk jangka panjang.
Jika BN mahu memenagi hati pengundi, mereka perlu mengemukakan pelan jangka panjang ekonomi yang komprehensif dan merangkumi keseluruhan masyarakat..
BR1M hanya one-off ... rakyat sedar ia untuk rasuah pilihan raya..
Lebih 2.3 juta permohonan diterima untuk BR1M 2.0 pada 17 Disember, dengan lebih 1.6 juta untuk penerima bujang dan 720,000 isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak menerima RM500 wang tunai.
Bagi penerima bujang, mereka di bawah umur 21 tahun dan berpendapatan bawah RM2,000 sebulan layak menerima RM250 wang tunai.
BR1M 2.0 dijangka akan memberikan manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 kumpulan bujang berbanding 4.2 juta penerima BR1M pertama tahun lalu.
No comments:
Post a Comment