Majlis Peguam dikritik kerana melengah-lengahkan waktu untuk mendedahkan identiti peguam di belakang kontroversi akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu pada tahun 2006, walaupun sudah banyak petunjuk diberikan.
Majlis Peguam seharusnya mempercepatkan siasatan kes berprofil tinggi itu yang sebelum ini dikaitkan dengan pegawai peringkat tertinggi kerajaan, muncul semula menjelang pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Kita menjangka Majlis Peguam keberatan untuk menyiasat kes ini kerana penglibatan salah seorang orang kuatnya yang ada kaitan dengan mereka yang berkuasa di peringkat tertinggi .
Majlis Peguam sebuah badan mengatur tugas profesional hampir 14,000 pengamal undang-undang negara berkata mereka sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salahlaku dalam merangka akuan bersumpah (SD) kedua Balasubramaniam yang bercanggah dengan akuan bersumpah pertama dibuat sehari sebelum itu, tentang kematian penterjemah kerajaan untuk rundingan membeli dua kapal selam Perancis beberapa tahun lalu.
jika mereka jujur mereka boleh serahkan perkara tersebut kepada badan disiplin untuk tindakan dan lagi dalam bidang kuasanya boleh menubuhkan panel inkuiri.
Misteri menyelubungi identiti peguam Balasubramaniam yang merangka akuan bersumpah kedua bertarikh sehari selepas SD pertama pada 3 Julai 2008 berkenaan dengan pembunuhan Altantuya dimana dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang telah dijatuhkan hukuman bunuh.
Dalam pada itu peranan Arunampalam sebagai peguam yang merangka SD kedua Balasubramaniam telah disanggah oleh Deepak Jaikishan yang juga terlibat di sekeliling kejadian berkaitan kedua-dua akuan bersumpah Balasubramaniam.
Walaubagaimana pun kesemua petunjuk sudah diserahkan kepada Majlis Peguam untuk bertindak dan menasihatkan badan tersebut untuk menyiasat peguam yang sebelum ini bekerja dengan ahli politik dinyatakan dalam akuan bersumpah Balasubramaniam dan untuk menyiasat mereka dalam inkuiri.
Hanya segelintir peguam yang mempunyai akses kepada personaliti penting dinamakan dalam SD Balasubramaniam daripada 14,000 ahli Majlis Peguam.
Deepak sudah membersihkan Arunampalam - dimana penjual karpet itu pernah menggunakan khidmatnya untuk menguruskan urusan hartanahnya - sebagai seorang yang disyaki menulis SD kedua itu.
Ini seharusnya membantu Majlis Peguam untuk berusaha untuk mengesan orang yang secara unilateral dan tanpa menerima arahan, merangka akuan bersumpah palsu untuk ditandatangani dibawah keadaan ianya dilakukan secara sukarela adalah sangat mencurigakan..
Dalam sidang akhbar tergesa-gesa pada 4 Julai 2008, Balasubramaniam yang ditemani oleh Arulampalam muncul untuk menarik kembali akuan bersumpah pertama, dimana beliau menafikan kesemua isinya dan berkata beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Beliau kemudiannya keluar dengan kenyataan kedua dimana beliau dakwa kemudian pada tahun 2009 disediakan oleh seorang peguam yang beliau tidak pernah jumpa dan tidak berunding dengan dirinya apabila merangka dokumen itu.
Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Tan Sri Robert Phang secara terbuka menamakan Tan Sri Cecil Abraham yang duduk sebagai Panel Penilaian Operasi (PPO) badan sama dalam sidang akhbar bulan lalu.
Tiga lagi telah menimbulkan isu ini secara terbuka - peniaga karpet Deepak Jaikishan, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan aktivis politik, Haris Ibrahim.
Haris yang juga bekas peguam telah menulis surat kepada Majlis Peguam menuntut siasatan terhadap peguam tersebut kerana salahguna kuasa.
No comments:
Post a Comment