Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, kelmarin berhubung dakwaan beliau memfitnah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (gambar).
Md Alwi berkata laporan polis itu untuk mempertahankan dirinya berhubung laporan polis oleh Anggota Parlimen Seputeh itu yang mendakwa beliau telah diugut dan diancam melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan Aplikasi Whatsapp.
"Saya nak beritahu masyarakat bahawa YB Teresa Kok ini telah memutar-belitkan cerita dengan menyatakan saya mengugut dan mengancam beliau.
"Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat dan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman mengesahkan menerima laporan daripada Md Alwi
penyapu sial
APA hak kamu nk mendapatkan penjelasan mengenai video onederful...dari Teresa selagi dia tdk menyakiti kamu tapi cara kamu ala samseng telah menyakiti wirawati Pakatan 1,000,000 Rakyat Sokong Bersih 2.0 ini. Dak gitu weh?
Apa pula kemarahan melayu dan islam...sepatutnya kemarahan umno la wei...

No comments:
Post a Comment