Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
07 February 2014
Lumur darah kerja gila dan tidak berakhlak serta tidak wajar dipanggil NGO Islam....!!!
Demontrasi gila dan tidak beraklak yang berlangsung kelmarin sebagai bantahan terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam oleh pemimpin DAP dan PKR di Kuala Lumpur oleh sebuah NGO Islam dianggap sebagai keterlaluan.
Kita sebagai umat islam wajar menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Ia boleh dianggap sebagai gila serta tidak beraklak dan tidak berhak dipanggil orang Islam.
Tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia.
Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.
Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (PKR).
Memanglah kita menghormati hak untuk berhimpun oleh mana-mana kumpulan tapi ia mestilah tidak melampaui batas.
Demo yang macam ini berbentuk provokatif. Kita a lihat satu tindakan yang provokatif... Kita juga tidak faham kenapa nak sembelih ayam..Hanya orang yang berperangai bacul sahaja berani menyembelih ayam...kesian ayam ayam tu...mati sia sia bukan di makan tapi di seksa demi politik murahan NGO NGO haramjadah sebegini..
Mereka kata NGO Islam tapi ini bukan perbuatan yang selari dengan ajaran agama. Ini tindakan membunuh haiwan sewenang-wenangnya.
Lepas itu, mereka letak darah lah seolah-olah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ajaran sesat nampaknya.
Kita juga melahirkan kebimbangan selepas kumpulan NGO tersebut dilihat cuba mengambil tindakan ganas apabila membuat ancaman secara fizikal kepada Kok.
Paling kita khuatir adanya ugutan terhadap YB Teresa Kok dimana mereka tawarkan RM500 sebagai ganjaran kalau sesiapa menampar...
Ini satu ancaman keganasan untuk mencederakan beliau. kita harap pihak polis akan ambil tindakan.
Pihak bertanggungjawab terhadap bantahan itu sebagai gila kerana tidak berfikir dengan rasional dengan mengadakan himpunan sedemikian.
Nak kata ugutan ganas ke apa pun kita tidak tahu. Ini memang kerja orang gilalah.
Dulu, tunjuk punggung tapi sekarang ini sudah naik ke tahap tidak rasional dan macam dah nak jadi ganas. Masa di Pulau Pinang tempoh hari pun dah jadi. Sekarang ini nak macam dah amuk. Ini satu perbuatan amuk..
Perhimpunan tersebut yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur kelmarin
Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."
Kok mula dikritik dan dikecam berikutan memuat naik sebuah video sambutan Tahun Baru Cina berdurasi 12 minit yang dikatakan menghina orang Melayu.
Bagaimanapun, Kok berkata, video tersebut bukannya untuk menghina masyarat Melayu dan hanya satira politik bagi menyindir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tentang peningkatan sara hidup.
penyapu sial
Mengaku NGOk Melayu Islam ttp perangai seolah2 Melayu Jahiliah... Sungguh Memalukan..ni bukan islam tapi setan belaka! perangai mengalahkan binatang..Tindakan yang 100% telah mencemarkan agama Islam. Polis dok nganga saja?
Tak payah guna nama Islam la kalau prangai cam setan. Bila dah takde modal lg jadila cmni. Sperti biasa takde tindakan dari penjaga keamanan
kesian ayam tu..terpaksa terkorban oleh sekumpulan manusia bodoh...

No comments:
Post a Comment