ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 March 2013

najis dan taik wajar di cuci...malah monyet pencium bau busuknya wajar juga di lupuskan...!!!!

 

Najis Tong Nazak sedang berhadapan dengan satu lagi tekanan, iaitu berhubung dengan isu rasuah dan penyalah gunaan kuasa oleh Taik Mahmud, Ketua Penyamun Rakyat Sarawak. Pembenterasan rasuah merupakan salah satu dari NKRA yang di laung-laungkan oleh pentadbiran Najis sejak beliau mengambil alih jawatan dari Abdullah Ahmad Badawi. Video Global Witness yang tersebar luas tidak boleh menyorokkan apa yang sedang berlaku dalam pentadbiran Taik Mahmud, dan itu pun persepsi lama rakyat terhadap Ketua Menteri aka Penyamun tertua dan terlama sekali mentadbir sesebuah kerajaan negeri itu.

Rakyat sedang menunggui tarikh pilihanraya untuk membuat penentuan dan isu ini sudah tentu menjadi isu yang boleh mempengaruhi sikap pengundi dalam pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi ini. Sejak akhir-akhir ini BN sedang menghadapi terlalu banyak isu yang bakal membawa malapetaka kepada kerajaan yang diterajui BN ini.

Dalam pilihanraya negeri tahun lepas Najib telah berjanji akan menyediakan pelan persaraan Taib Mahmud tetapi sekarang janji-janji beliau itu tetap tinggal janji dan Taib masih melakukan apa yang sangat di benci dan di isukan oleh rakyat sekian lama.

Apa yang berlaku yang terlihat di dalam video Global Witness itu adalah satu perkara yang tidak mengejutkan sesiapa. Video itu hanyalah menambah keyakinan dan bukti yang tuduhan rakyat terhadap BN sebagai parti yang terlalu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu seratus peratus benar.

Di mana-mana Ketua Kerajaan demokrasi di seluruh dunia mengambil etika dan nilai demokrasi itu sebagai elemen terbesar dalam sesuatu pentadbiran kerajaan. Jika tahap demokrasi sebuah negara itu tinggi pemimpin seperti Taik ini sewajarnya berhenti secara sukarela dan jika tidak berhenti, maka kuasa yang lebih besar wajar memaksa Taik untuk berundur sehingga penyiasatan ke atas beliau selesai.

Taik sudah tidak wajar lagi untuk menjadi Ketua Menteri lebih lama dan beliau sepatutnya mempunyai maruah dan berhenti sahaja dari jawatan beliau selaku Ketua Menteri Sarawak. Jika Najis tidak mampu untuk meminta Taikberhenti dan bersara, maka Najis pula lah yang terpaksa membuktikan kesungguhan beliau dalam isu memerangi rasuah ini..

Jika Taik masih berada di tampuk kuasa dan tidak mahu berundur maka Najib terpaksa mengambil “accountability” dan beliau sendiri wajar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini bukannya isu kecil dan Najib perlu menentukan tindakan terhadap Taik dilaksanakan. Isu Taik ini sudah terlalu banyak dan tidak boleh di bendung lagi. Kerajaan negara ini tidak boleh di tadbir seperti mentadbir persatuan sepak takraw Pekan, Pahang.

Negara ini negara berdaulat dan pencerobohan terhadap khazanah negara dan rakyat itu adalah satu pembelotan dan pengkhianatan terhadap negara dan kita boleh takrifkan sebagai memerangi Yang di-Pertuan Agong. Ia lebih bahaya dari pengganas yang telah memasuki persempadanan kita di Lahat Datu dan Semporna lima minggu yang lepas. Pencerobohan pengganas asing boleh di selesaikan dengan tindakan peperangan dengan pasukan keselamatan kita, tetapi dalam isu rasuah ia memerlukan “political will” yang sungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.

Seperti yang sudah lama di rasai umum, keadaan dan perlakuan seperti Taik ini sudah menjadi budaya pemerintah bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di negeri-negeri lain dalam Persekutuan ini. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah di “institutionalised” kan dan membudayakan rasuah ini sudah tidak menjadi kesalahan lagi.

Inilah saat bagi kita melihat setakat mana kemampuan Najis sebagai pemimpin yang memegang amanah rakyat. Najis mempunyai satu piihan sahaja, iaitu untuk melakukan sesuatu bagi Taik meletakkan jawatan dalam kadar yang serta merta. Seandainya Najis tidak berani melakukannya maka Najis pula lah yang terpaksa meletakkan jawatan serta merta. Najis mesti menerima ‘accountability’ kepimpinan sebuah negara demokrasi ini.

Taik  wajar menyelesaikan isu moral beliau yang sangat besar ini serta merta. Rakyat sudah tidak tertahan lagi melihat pimpinan BN terlibat dalam isu rasuah yang tidak kunjung padam ini.

Tetapi pandangan dan persepsi rakyat terhadap kekurang-mampuan Najis menyelesaikan isu ini mungkin banyak kebenarannya. Isu Najis seperti pimpinan Sarawak itu juga banyak yang sedang dipersoalkan oleh rakyat. Bagaimana Najis hendak memberitahu Taib untuk berhenti kerana isu rasuah sedangkan Najis sendiri sedang berperang menghadapi isu yang sama terhadap beliau.

Najis juga di kaitkan dengan pembelian Scorpene yang sangat besar isunya. Najis sendiri mempunyai rangkaian masalah sendiri. Takut-takut jika Najis menasihati Taik supaya berhenti, Taik akan memberikan “middle finger” beliau terhadap Najis. Bukan mudah untuk meminta Najis menasihati Taik untuk berhenti. Hanya rakyat sahaja yang mampu untuk memberhentikan semua pimpinan BN yang sama seperti Taik dan Najis itu.

Jika Najis mengundurkan diri siapa yang agak “viable” untuk menggantikan beliau kerana jika di ikutkan cara pengambil-alihan jawatan Perdana Menteri yang bersara ia selalunya di ambil alih oleh Timbalannya, yang sekarang iaitu Monyetdin Yassin. Jika Muhyidin di kehendaki mengambil alih kepimpinan Najis, Monyetdin akan melompat kegirangan kerana boleh menjadi Perdana Menteri.

  

Monyetdin adalah pemimpin yang datang dari acuan yang sama, maka beliau tidak akan ada perbezaan dan kelainan dengan Najis dan masalah yang sama akan berlarutan. Stigma buruk terhadap semua kepimpinan Umno dan BN itu adalah menyeluruh dan hanya segelintiran pemimpin sahaja yang terlepas dari dihinggapi oleh stigma yang sama itu.

Tiada siapa dalam kabinet Persekutuan sekarang yang tidak sama dengan Najis dan Monyetdin itu lebih-lebih lagi dengan Taik Mahmud. BN dan rasuah “berpisah tiada”, saling menyandar di antara satu dengan lain. Ia ibarat aur dengan tebing. Tiada BN kurang rasuah, tiada rasuah BN tidak akan kekal.

No comments:

Post a Comment