ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 March 2013

Peguam Negara tiada konek jika enggan buka semula kes pembunuhan altantuya....!!!!

Pendedahan terbuka baru-baru ini oleh usahawan Deepak Jaikishan, P. Balasubramaniam dan peguam Bala, Americk Sidhu menunjukkan Pejabat Peguam Negara (AGC) mempunyai asas kukuh untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006, kata presiden baru Majlis Peguam hari ini.

Pendakwa raya tidak harus menangguhkan siasatan kes tersebut yang telah menyebabkan dua anggota unit tindakan khas polis dijatuhi hukuman mati.

Pendedahan oleh Deepak Jaikishan, mendiang Balasubramaniam Perumal dan peguam Americk Singh Sidhu menimbulkan kewajaraan yang mencukupi untuk pihak berkuasa membuat siasatan lanjut.

Sebarang siasatan lanjut mungkin atau mungkin tidak membawa kepada penemuan baru, tetapi kita hanya akan tahu sekiranya siasatan tambahan telah dijalankan..

Ini sebagai membalas jawapan l Gani Patail pada 26 Mac selepas gesaan awal Majlis Peguam, dimana Peguam Negara dilapor berkata jabatannya hanya boleh membuka semula kes jika terdapat bukti baru kerana bimbang akan mewujudkan tanggapan buruk.

Pendedahan terkini oleh tiga individu tersebut, khususnya Deepak yang menjadi orang tengah mengatur kenyataan bersumpah kedua adalah bukti baru yang mampu memberikan motif penting keaas pembunuhan kejam model Mongolia tersebut.

Motif, yang merujuk kepada sebab seseorang melakukan jenayah, tidak dapat diketahui secara menyeluruh semasa perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi pada 2007 memandangkan undang-undang tidak memerlukannya, tidak seperti "mens rea", niat untuk melakukan jenayah ialah elemen penting bagi menyabitkan suspek pembunuhan.

Walaubagaimanapun, motif mungkin penting dalam kes yang terdapat keraguanseperti 'mens rea', ataupun dimana terdapat persoalan sama ada terdapat lebih ramai orang bersangkut paut dengan atau terlibat dalam jenayah, dan bentuk semula jadi hubungan ataupun penglibatan..

Mahkamah Tinggi telah mendapati dua bekas anggota polis bersalah setelah berniat membunuh Altantuya dan telah pun membunuhnya, tetapi membebaskan tertuduh lelaki ketiga, penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang pernah mempunyai hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu dan dituduh bersubahat bersama bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar.

Balasubramaniam atau PI Bala muncul buat pertama kali dikhayalak ramai pada 2008 apabila beliau keluar membuat pertuduhan melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam SD pertamanya mengenai pembunuhan kejam Altantuya. Akan tetapi beliau tampil kembali keesokkan harinya untuk menarik semula SD pertama dan keluar dengan SD kedua yang bercanggah dengan yang awal. Balasubramaniam kemudiannya membawa keluarganya berpindah ke luar negara kerana bimbang dengan keselamatannya.

Pada 15 Mac lalu, Balasubramaniam telah meninggal dunia semalam akibat serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang daripada persembunyian.

Deepak baru-baru ini juga mengakui beliau terlibat dalam membantu Balasubramaniam untuk menarik kembali perakuan bersumpah (SD) berhubung satu pembunuhan berprofil tinggi pada 2006 termasuk menyediakan dua peguam untuk membantu menyediakan SD baru. Pada 16 Mac lalu, Majlis Peguam berkata akan mengemukakan aduan ke atas salah laku peguam senior Tan Sri Cecil Abraham kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara (ASDB).

No comments:

Post a Comment