ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 March 2013

Sebelum ini pemimpinan UMNO dahulu dah kelentong...kini najib pulak tunjuk hero kaki kelentong....kita tengok siapa yang benar benar kena kelentong....!!!!

Najib ke Kelantan lagi  kelmarin  dan masih cuba untuk mengelentong rakyat di negeri yang telah dipersendakan oleh Najib selama ini. Seperti dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu Umno berjanji dan berjanji sampaikan tidak ada lagi janji yang tidak dibuatnya.

Bagi orang Kelantan elok mereka (orang Kelantan) meminta Najib membuka mulutnya lebar-lebar untuk rakyat Kelantan melihat apakah jenis lidah yang ada di dalam mulut Najib, Mahathir dan kepimpinan Umno yang besar-besar itu.

Bagaimana rakyat Kelantan hendak mempercayai Umno sedangkan Umnolah yang membohongi rakyat Kelantan terang-terangan. Janji Kerajaan Persekutuan melalui Petronas untuk mengotakan perjanjian Vestine pada bulan Mei 1975 tidak langsung ditepati sehinggakan rakyat Kelantan dinafikan punca kewangan untuk membangunkan negeri itu.

Perjanjian itu sudah dimeterai hampir 40 tahun dahulu tetapi sehingga hari ini kerajaan Persekutuan masih melakukan rampasan wang dan harta rakyat Kelantan yang berjumlah lebih dari RM7billion itu. Dalam perjanjian itu telah termeterai yang rakyat Kelantan berhak mendapatkan 5% dari minyak yang dijumpai dan dikeluarkan samada dalam persisiran atau di luar persisiran negeri Kelantan mengikut harga FOB. Pembayarannya pula dibuat dua kali setahun secara tunai kepada kerajaan pilihan rakyat Kelantan pada1hb Mac dan 1hb September setiap tahun.

Perlu diingat perjanjian ini dimeterai di antara Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan semasa itu, Dato’ Mohammad Nasir dari PAS. Tunggakan pembayaran itu bukannya kecil tetapi melebihi RM7billion sekarang ini. Janji yang satu ini pun tidak ditunaikan sekarang Najib datang dan mundar-mandir ke Kelantan memberikan janji-janji lagi. Janji-janji BN kepada rakyat Kelantan adalah janji-janji yang tidak ditepati.

Kalaulah perjanjian itu ditepati Kelantan merupakan negeri yang paling kaya, malahan lebih kaya dari banyak negeri di Semenanjung yang lain. Malangnya, rakyat Kelantan mempunyai pemimpin dari Umno yang berkait rapat dengan pimpinan Umno  yang  menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menghimpit rakyat Kelantan.

Selain daripada Tengku Razaleigh Hamzah, semua pimpinan Umno Kelantan memihak kepada Persekutuan untuk menekan rakyat mereka sendiri. Mereka seperti Mustapha Mohamad, Awang Adek tidak memihak kepada rakyat negerinya sendiri. Ibrahim Ali yang sedang mencuba-cuba untuk menjadi pemimpin itu sendiri menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menekan dan menghimpit rakyat Kelantan.

Bagi rakyat Kelantan cara untuk mendapatkan hak mereka ialah untuk terus menolak pihak yang melakukan kezaliman terhadap mereka itu. Menolak Umno habis-habisan merupakan perjuangan yang suci untuk melindungi rakyat Kelantan daripada terus ditipu dan dianiayai oleh pimpinan Umno Persekutuan.

Jika pemimpin seperti Mustapha dan Awang Adek itu melakukan konspirasi penekanan terhadap rakyat Kelantan, adalah tidak wajar mereka ini dijadikan ayam tambatan untuk rakyat Kelantan. Mereka ini sepatutnya dinyahkan daripada memimpin rakyat Kelantan kerana mereka ini adalah penghalang kepada rakyat Kelantan untuk menuntut hak mereka.

Walaubagaimanapun tekanan terhadap rakyat Kelantan oleh pimpinan Umno itu, hakikatnya kita wajar percaya yang kebenarannya akan tetap terserlah. Kebenaran itu rasanya akan dapat diperolehi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jika diizinkan Tuhan, PAS akan menjadi parti di dalam kerajaan, maka mudahlah bagi rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka yang telah dinafikan oleh Umno selama ini…Insya-Allah.

Ingatlah...Doa orang yang dizalimi adalah doa yang mudah dimakbulkan Tuhan.

No comments:

Post a Comment