ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

10 April 2013

bubar parlimen dan protokol kerajaan sementara mengikut konvesyen yang di langgar oleh kerajaan UMNO-BN

Setelah lebih lima tahun berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-12, akhirnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan untuk membubarkan Parlimen Malaysia yang ke-12, membuka ruang kepada Pilihan Raya Umum ke-13

Semua Dewan Undangan Negeri juga akan dibubarkan, melainkan DUN Sarawak yang melangsungkan pilihan rayanya pada tahun 2011. Sebenarnya tidak ada undang-undang atau peruntukan yang mewajibkan pilihan raya Parlimen dan negeri-negeri dijalankan bersama. Pilihan raya serentak diamalkan bagi menjimatkan kos dan masa semua yang terlibat.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan Perlembagaan yang ditugaskan ( yang sepatutnya tidak berat sebelah  menyokong BN )  untuk mengendalikan pilihan raya, selepas menerima notis pemberitahuan tentang pembubaran Parlimen dan DUN, akan bertemu dan berbincang bagi menetapkan tarikh hari pencalonan dan hari pengundian. Ramai beranggapan Perdana Menteri yang menetapkan tarikh pengundian, tetapi ini tidak tepat kerana Perdana Menteri hanya mempunyai kuasa memohon untuk membubarkan Parlimen, bukannya menetap tarikh pilihan raya.

Apabila Parlimen dan DUN dibubarkan, apa akan jadi dengan kerajaan Persekutuan dan Negeri-negeri yang sedia ada? Apabila Parlimen dan DUN terbubar, mandat yang diberikan pada pilihan raya umum lepas juga akan lupus dengan sendirinya. Kerajaan yang sedia ada akan bertukar secara automatik menjadi kerajaan sementara atau dalam bahasa Inggeris, caretaker government. Inilah amalan konvensyen di negara-negara yang mengamalkan sistem Parlimen Westminster, sama seperti Parlimen dan DUN kita. Amalan konvensyen perlu dirujuk kerana Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri tidak memperuntukkan tentang kerajaan yang mentadbir semasa tempoh dewan perundangan terbubar dan sehinggalah terbentuknya kerajaan yang baru.

Maka pada masa ini, negara kita dan negeri-negeri (kecuali Sarawak) sedang ditabdir oleh kerajaan sementara. Perlembagaan juga tidak menyatakan apa-apa tentang kuasa dan had kerajaan sementara, sebab itu kita sekali lagi harus merujuk amalan konvensyen. Menurut konvensyen, kerajaan sementara adalah bagi memastikan urusan seharian negara dapat dijalankan tanpa gangguan dalam tempoh ini. Pada dasarnya, sebuah kerajaan sementara tidak wajar mengambil apa-apa tindakan yang dapat mengikat kerajaan yang akan datang, kerana ia adalah kerajaan tanpa mandat. Jika biasanya Kerajaan bertanggungjawab kepada Parlimen atau DUN, kerajaan sementara pula tidak mempunyai sesiapa untuk sekat dan imbang.

Kerajaan sementara tidak boleh mengumumkan inisiatif baru, membuat keputusan dasar, inisiatif atau perbelanjaan baru. Kerajaan sementara juga tidak boleh menandatangani perjanjian baru atau memberi akujanji baru. Juga tidak boleh membuat pelantikan penting sebagai kerajaan sementara. Lawatan rasmi dalam atau luar negeri juga tidak wajar dibuat oleh kerajaan sementara. Akhir sekali, kerajaan sementara harus pastikan bahawa sumber dan jentera kerajaan tidak boleh digunakan untuk kempen politik.

Kerajaan sementara akan menjalankan berterusan sehinggalah keputusan pilihan raya umum diketahui dan kerajaan baru dibentuk. Pada ketika itu, “nyawa” kerajaan sementara akan secara automatik berakhir.

Hari-hari yang mendatang akan menyaksikan suhu politik negara semakin hangat. Setiap fasa yang kita lalui menuju Pilihan Raya Umum ke-13 adalah menurut peruntukan Perlembagaan atau kehendak undang-undang. Jika dahulu ramai yang tidak mengambil peduli, kali ini kita dapat saksikan bagaimana rakyat bahagia, semakin dahagakan pengetahuan dan ilmu tentang proses undang-undang dan Perlembagaan negara, menjelang pilihan raya yang begitu penting buat negara.

No comments:

Post a Comment