ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

25 April 2013

UMNO bom UMNO...kita syak satu lagi sandiwara kerajaan UMNO untuk menakut nakutkan rakyat....!!!

Kita mencurigai insiden pengeboman dan melontar bahan letupan yang berlaku hari ini dan semalam  bertujuan untuk mewujudkan ketakutan.

Kita  menggesa pihak berkuasa untuk membuat siasatan menyeluruh dan mencari dalang yang bertanggungjawab mencetuskan insiden tersebut.

Masa letupan dan lokasi alat-alat ini adalah sangat mencurigakan dan jelas bertujuan untuk mewujudkan ketakutan dan gangguan memprovokasi.

Pemerhati dan ahli politik sebelum ini memberi amaran tentang kekacauan dan keganasan menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dianggap paling sengit sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957.

Kita  juga mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut kerana membahayakan nyawa orang awam dan pada masa sama berharap rakyat Malaysia khususnya Pulau Pinang supaya sentiasa berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan khabar angin.

Dalam pada itu, individu yang didapati bersalah tersebut boleh didakwa serta dibicarakan di bawah Kanun Keseksaan (Seksyen 326/327) kerana "secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya atau cara", dan "khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat untuk memusnahkan rumah"; DAN / ATAU Akta Bahan Letupan (1957) untuk "menyebabkan letupan yang mungkin membahayakan nyawa atau harta".

Media melaporkan semalam satu kejadian letupan berhampiran lokasi bilik gerakan BN di Nibong Tebal dan pihak polis menemui bahan letupan ubahsuai (IED) dalam timbunan sampah berhampiran lokasi sama pagi ini.

Awal hari ini, satu lagi kejadian insiden sama berlaku di bahagian depan bangunan Bilik Gerakan BN di Parit 9, Baroh, Sungai Leman, Sekinchan dekat sini, terbakar setelah dipercayai dilempar dengan dua bom petrol oleh orang tidak dikenali pagi ini.

No comments:

Post a Comment