ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 April 2013

selepas meniru manifesto PR..UMNO-BN tunaikan akujanji syaitan yang di kenali keluarkan lebih banyak video lucah....kali ini setiausaha PAS jadi mangsa taktik kotor UMNO-BN....!!!!

 

Peguam kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menafikan anak guamnya adalah individu dalam video seks yang didedahkan oleh blogger pro-Umno sejak semalam lagi.

Asmuni Awi berkata tindakan tersebut adalah fitnah yang dilakukan oleh Umno menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Semalam, penulis blog Papagomo dalam satu artikelnya menyenaraikan beberapa laman blog pro-Umno mengandungi gambar dan video menyerupai pemimpin tertinggi PAS yang terlibat dalam satu skandal seks.

“Mustafa sendiri sudah memberitahu beliau tidak tahu menahu tentang video tersebut,” kata Asmuni 

“Individu tersebut bukan Mustafa,” tambah beliau lagi.

Dalam video tersebut yang menunjukkan seorang lelaki bersama seorang wanita dalam keadaan intim melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik, serta direkodkan pada satu sudut menghadap pasangan tersebut.

“Mengapa perlu dihidangkan video sebegini kepada rakyat, semua orang dah muak,” katanya lagi.

Asmuni walaubagaimanapun pihaknya masih dalam proses mengumpul maklumat dan masih mencari bukti pihak yang tidak bertanggungjawab menghasilkan video tersebut.

“Kami masih belum ada maklumat lagi dan masih dalam mencari proses mencari bukti pengarah yang menghasilkan video seks tersebut.

“Ia adalah diluar batasan,” tambahnya lagi.

Sebaik berita tentang tersebut hangat diperkatakan, Mustafa mengeluarkan kenyataan ringkas untuk tidak mengulas perkara itu.

Sebaliknya ahli politik veteran PAS itu mengesahkan telah menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk diselesaikan.

Sementara laporan akhbar The Star pula menyebut pihak polis Terengganu telah merampas 16 VCD mengandungi video yang disebarkan oleh beberapa individu tidak dikenali namun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Sebelum ini, laman blog; www.papagomo.com, juga telah mendedahkan satu video seks menyerupai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengendalinya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, 30 telah disaman sebanyak RM100 juta.

Pilihan raya umum telah disahkan akan dilaksanakan pada 5 Mei depan dengan 20 April ini adalah hari penamaan calon dan parti politik mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen.

No comments:

Post a Comment