ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 April 2013

humbankan politik fitnah dan lucah bersama sama tuan UMNO ke lubang taik....!!!

kita   menuntut semua rakyat tidak kira penyokong mana-mana ideologi politik supaya tidak bertolak ansur dan melancarkan perang habis-habisan terhadap politik fitnah dan politik lucah .

Seperti yang telah diungkapkan bahawa PRU ke 13 ini adalah “ibu segala pilihanraya” tanda politik kotor untuk melancarkan serangan secara peribadi terhadap kepimpinan sesebuah parti nampaknya menjadi realiti.

Serangan terbaru dengan menghasilkan dan mengedar video lucah kini adalah serangkai lagi strategi politik kotor yang berada dalam simpanan mereka yang menjadi tentera upahan UMNO -BN untuk mencelar peribadi seorang pemimpin parti lawan.

Untuk kali ini strategi ini dianggap sebagai senjata paling berkesan untuk menanam kesangsian dikalangan rakyat kepada akhlak seseorang pemimpin.Kita  percaya dalang yang sama juga telah melakukan asasinasi peribadi yang telah dilancar sebelum inj.

Yang pasti semada masyarakat percaya atau tidak bukan menjadi keutamaan. Mereka hanya bermotif untuk menimbulkan kecurigaan kepada pemimpin yang dimusuhi.

Tindakan mahkamah tidak digeruni kerana objektif utama ialah menimbulkan kecurigaan . Cukup orang awam dimanipulasi untuk menanam syak kepada seorang musuh politik. Dalang itu tidak mengambilkira proses undang-undang kerana tujuan asal sudah dicapai.

Kelonggaran undang-undang sivil inilah yang sedang diesploitasi. Oleh kerana enakmen jenayah syariah mengenai qazaf tidak dikuatkuasakan maka siapa sahaja boleh melakukan jenayah menyebarkan fitnah zina dan liwat.

Sudah berkali-kali di tegaskan  bahawa politik murahan dan tidak bertamadun ini sepatutnya diperangi sehingga ke akar umbinya.

Akan tetapi jelas pihak berkuasa maseh menunjukkan sikap tidak mengendahkan gejala ini. Sebab itu , nampaknya jenayah qazaf terus dilakukan tanpa khuatir kerana mereka terlepas dari didakwa.

Jadi kita  menyarankan rakyat bangkit untuk memberi mesej jelas kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan gejala jijik ini dan mendedahkan golongan ini kepada khalayak ramai .

Jika politik fitnah dan lucah ini yang bermula sejak 1998 tidak dibenteras , budaya ini akan dilihat sebagai wajah politik Malaysia yang sangat memalukan.

Dengan mengguna pendekatan pengemblengan rakyat, gejala ini akan dapat dihapuskan. Keputusan rakyat merubah penguasa dalam PRU ke 13 sahaja yang dapat memberi jawapan muktamad untuk menghentikan politik murahan seperti ini.

No comments:

Post a Comment