ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 January 2010

belit UMNO dalam penggunaan kalimah Allah....!!!!

Dalam keputusan yang bakal mengundang tuduhan bahawa agama diperalatkan untuk tujuan politik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kaum bukan Islam dibenarkan terus mengguna kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tetapi bukan di Semenanjung Malaysia.

Ini kerana orang Kristian di Sabah dan Sarawak sudah lama menggunakan kalimah itu dalam upacara sembahyang dan keagamaan mereka, Nazri di petik berkata oleh akhbar Borneo Post.

Ditanya sama ada keputusan kerajaan Umno-Barisan Nasional seolah-olah meletakkan dua standard berbeza untuk penggunaan kalimah Allah, Nazri berkata Malaysia banyak mempunyai undang-undang berlainan bagi keperluan tertentu.

Beliau merujuk kepada wujudnya undang-undang syariah dan sivil di Malaysia sebagai contoh kenapa Umno-Barisan Nasional membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak tetapi tidak di Semenanjung.

“Orang Kristian di Sarawak and Sabah tidak perlu bimbang bersabit isu ini kerana ia menjadi tradisi di sini. Saya pernah menghadiri majlis sembahyang Kristian Iban dan mendengar kalimah Allah digunakan,” kata beliau.”

“Bagaimanapun kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam gereja di Semenanjung Malaysia dan orang Krisitian di dua negeri itu harus menghormati peraturan ini bila berada di Semenanjung.”

Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk Kristian yang tinggi berbanding di Semenanjung.

Tindakan Umno-Barisan Nasional membenarkan penduduk bukan Islam di dua negeri berkenaan terus menggunakan penggunaan kalimah Allah di lihat sebagai keperluan untuk memastikan sokongan berterusan untuk parti itu.

Keputusan itu memberi impak yang besar, khususnya di Sarawak yang akan menghadapi pilihanraya kecil negeri tidak lama lagi.

 
kenyataan Nazri membayangkan sifat hipokrit Umno-Barisan Nasional.

“Cara Nazri buat sekarang ini, orang keliru kerana tidak faham…sebab itu kita perlu jelaskan dari sudut hukum, hukumnya adalah harus. Sekarang dari kaedah yang Nazri buat, pendirian Umno macam bercanggah,”

“Pada satu saat, (Umno kata) tidak boleh sama sekali, haram, milik orang Islam sahaja . Dan bila dia kata di Sabah boleh. Ini mengelirukan,”

Umno harus menghentikan sandiwara politiknya, terutama sekali dalam isu-isu membabitkan agama.

“Di Semenanjung, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan UMNO khususnya seolah-olah menggalakkan berlakunya demonstrasi dan bantahan walaupun mereka membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak,”

“Kenyataan Nazri menggambarkan kecetekan pemahaman beliau dalam Perlembagaan. Pada masa sama pendekatan kerajaan yang keras dan agresif ini akan menimbulkan kekacauan dan akhirnya akan ada sekatan terhadap pihak-pihak seperti Kristian untuk mengamalkan agama mereka,”

Dalam wawancara dengan Borneo Post, Nazri turut membayangkan kerajaan menjangka keganasan akan meletus jika Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan Krisitian The Herald menggunakan kalimah Allah.

Beliau berkata jangkaan itu tepat. Sekurang-kurangnya 10 gereja di Semenanjung dan Sarawak menjadi sasaran bom petrol dan vandalisme.

Nazri mendakwa Umno-Barisan Nasional tidak dapat mengambil sebarang tindakan menyelesaikan isu itu setelah pihak akhbar Krisitian berkenaan menfailkan permohonan di mahkamah bersabit isu itu.

Pakar-pakar perundangan dan pembangkang bagaimanapun menjelaskan isu itu boleh dirundingan ketika proses perbicaraan masih berjalan.


UMNO BN menyedari bahawa strategi mereka untuk memperalatkan kalimah Allah untuk menarik sokongan masyarakat Melayu ternyata gagal. Jauh sekali dengan sokongan masyarakat bukan-Islam di Sabah dan Sarawak.


UMNO BN akan menanggung sengsara yang teramat sangat jika ingin terus mengharamkan kalimah Allah dimana UMNO BN terpaksa bersedia berhadapan dengan kekalahan di dalam pilihanraya akan datang apabila masyarakat Sabah dan Sarawak sudah pasti akan menolak kerajaan UMNO BN. Sedangkan nyawa UMNO BN di Parlimen kini amat bergantung kepada kehadiran wakil-wakil rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan.


keputusan kerajaan itu memberi impak seolah-olah Tuhan orang Kristian di Malaysia Barat tak sama dengan mereka yang berada di Malaysia Timur.


rujukan di sini...

No comments:

Post a Comment