ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 January 2010

UMNO Terdesak Terpaksa Peralat Isu Kalimah Allah

Ketandusan idea Umno-Barisan Nasional meraih kembali sokongan rakyat negara ini jelas kelihatan apabila gagasan pemerintah memperalatkan kalimah Allah untuk mengalih pandangan daripada salah laku mereka.

Umno-BN bagaikan menggali kubur sendiri pelbagai pihak mencurigai tindakannya cuba berdalih susulan kes berprofil tinggi kehilangan enjin jet F-5E milik TUDM dan pelbagai kes rasuah.

“Zaman Mahathir ranking negara kita, ranking rasuah antarabangsa dulu kita 20 lebih, itu pun rasuah sudah teruk dah, lepas itu Pak Lah kata bekerja dengan saya bukan untuk saya, lepas itu kita dikerjakan oleh dia, sampai ranking kita naik 40 lebih, tahun ini Najib Altantuya lagi best, 1 Malaysia sekarang dah naik 50 lebih”,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia wajar di selar kerana gagal mengekang gejala rasuah sebaliknya mereka bersengkongkol dengan Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat.

sambil menyifatkan Umno-BN sebagai mempraktikkan politik dan agama kesukuan sehingga tergamak merobohkan sebuah masjid di Kampung Bujal, Kemaman, Terengganu suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun katanya Umno-BN sekarang lantang pula mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Kristian walhal parti itu juga dalang pemusnahan rumah ibadat Islam.

“Sewaktu kejadian untuk meruntuhkan rumah Allah itu di Kg Bujal, kita pertahankan, rakyat turun beramai-ramai mempertahankan rumah Allah daripada dirobohkan oleh Umno, hari ini Umno memperjuangkan pasal nama Allah”,

Dalam pada itu,..kekejaman Umno-BN berulang kali dengan sekali lagi menaikkan harga barangan keperluan harian seperti gula dan roti dengan menyifatkan hadiah 1Malaysia Najib kepada rakyat.

Kebajikan rakyat semakin terabai apabila Najib sekali lagi cuba menindas dengan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan GST sebanyak 4 peratus pada 2011 ini akibat daripada kerugian perjanjian pengecualian cukai di beberapa Zon Bebas Cukai.

“Tahun 2011 kita akan dapat lagi satu hadiah, ini kena ingat betul-betul, apa hadiah rakyat didahulukan ni? Apa yang dia nak bagi? Gasak Sampai Tertonggeng, GST, kita kena lawan habis-habisan, satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan, saya ringkaskan, kesannya kepada pengguna akhir, kita pembeli”,

Kerajaan Persekutuan sengaja mengenakan GST ini dengan alasan untuk menambahkan pendapatan negara yang dianggarkan bernilai 1 bilion ringgit.

Di UK pihak kerajaan dan pembangkang bebas bersuara dalam media perdana tanpa sekatan, malang sekali ia tidak berlaku di Malaysia yang hanya dimonopoli Umno-BN.

“Inilah hakikat politik di Malaysia, yang pegawai kanan dari House Of Common UK apabila mendengar berita ini, terkejut ..dan mereka telah mempersoalkan apakah jenis pilihanraya ada di Malaysia? Apakah maksud pilihanraya?

sebenarnya pilihanraya yang dilakukan di sini bukan pilihnaraya yang mereka faham”

Di samping itu, peristiwa hitam demonstrasi bantahan kalimah Allah oleh Herald yang berlangsung Jumaat lepas mendedahkan Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor bertanggungjawab dalam penganjuran demonstrasi terbabit.

“Satu sejarah, penganjur demonstrasi itu Majlis Agama Islam Selangor bersama dengan JAIS, hebat, arahkan semua masjid-masjid dan surau-surau hantar wakil untuk bersama di dalam demonstrasi di Masjid Negeri, bukan dalam kawasan masjid, dalam masjid, ini merupakan perkara yang cukup aneh yang mana selama ini segala amalan demonstrasi dikutuk, bukan daripada budaya kita”,

Polis sendiri telah menyatakan mana-mana perhimpunan melebihi 5 orang di anggap perhimpunan haram. Mengapa tidak tangkap Pengarah JAIS yang terang-terangan mengarahkan penghantaran wakil dari masjid-masjid dan surau-surau untuk bersama di dalam demontrasi haram itu?

Prhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dikatakan "perhimpunan haram" walau sekecil mana sekalipun dan walaupun tidak mengganggu ketenteraman awam. Tetapi perhimpunan akan automatik menjadi halal apabila ianya dianjurkan dan dilakukan oleh UMNO dan kerabatnya.

Sedangkan amat jelas perhimpunan itu menjadi penyebab kepada berlakunya kes-kes yang menggugat ketenteraman awam seperti serangan ke atas gereja dan pejabat peguam!

No comments:

Post a Comment