ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 January 2010

JANGAN SAMPAI ISLAM DILIHAT ZALIM




















Sejak kecil lagi, aku diajar bahawa Islam adalah agama yang adil. Bahkan, ia menjadi keyakinanku sehingga hari ini. Aku membaca sirah Nabi SAW, melihat bagaimana tertariknya bilal bin Rabah, ammar bin Yasir dan sebagainya terhadap islam. pada penilaianku, factor yang paling besar dan penyebab utama bilal dan Ammar masuk Islam adalah factor keadilan yang wujud dalam Islam.

Mesej keadilan Islam ini perlu diperjuangkan. Tetapi, sedih ia tidak dilakukan oleh ramai yang mendakwa berada dalam gerakan Islam; tidak kira apa jenis gerakan Islam sekalipun, dilihat Islam yang dibawa mereka lebih bersifat perkauman, sentiment, tanpa melihat keluasan Islam itu sendiri.

Islam versi mereka adalah Islam yang tidak dilihat sebagai agama penyelamat, tetapi Islam dilihat sebagai agama yang mengongkong. Mengapa sindrom ini menimpa?

ISLAM DIHINA?

Benar kata-kata yang mendakwa bahawa Islam dihina tidak boleh disalahkan kepada Islam. tetapi, islam dihina disebabkan umat Islam yang tidak mempunyai minda Al-Quran dan As-Sunnah. Minda mereka, bukan minda Nabi dan para sahabat.

Mahathir dahulu dihina, kerana dia melakukan kezaliman. Najib tun Razak, Abdullah Ahmad Badawi dan banyak lagi tokoh-tokoh dihina, disebabkan mereka melakukan kezaliman.

Tetapi, jika seseorang tokoh itu melakukan keadilan, sudah pasti tokoh itu akan disayangi. Itulah hakikat kehidupan manusia.

Tidak dinafikan, Nabi Muhammad SAW juga pernah dihina. Tetapi, penghinaan terhadap Nabi SAW bukan kerana kezaliman, sebaliknya kerana mereka tidak mengetahui hakikat perjuangan nabi. Juga, kerana mereka degil dalam menerima kebenaran wahyu ekoran kepentingan diri mereka.

Tetapi, setelah mereka nampak keadilan Islam, kita dapat melihat bahawa betapa Nabi SAW disayangi. menunjukkan, punca keadilan yang diperjuangkan, sebarang penghinaan terhadap nabi tidak berlaku.

Keadaan yang sama juga berlaku pada Islam. Bimbangnya dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh sebilangan orang-orang Islam yang berpengaruh, akan menyebabkan islam dilihat sebagai satu agama yang zalim. Apabila Islam sudah dilihat sebegitu, sudah pasti Islam akan dihina.

KAEDAH

Lebih sedih, banyak kaedah-kaedah islam tertentu diguna-pakai untuk menghalalkan tindakan yang sebenarnya melahirkan gambaran Islam yang buruk. Walhal, kaedah-kaedah dalam Islam yang telah ditetapkan oleh ulama adalah bertujuan untuk melahirkan maslahah yang lebih besar, disamping menolak mudharat terhadap Islam.

Kaedah-kaedah ini digunakan untuk menyampaikan keadilan. Tetapi sedih, kaedah-kaedah yang disediakan ini, digunakan untuk menampakkan imej zalim pada Islam itu sendiri.

Aku bimbang jika Islam dihina, apabila melihat sikap dan cara kita dalam mempertahankan Islam. tetapi, aku tetap yakin, sampai satu masa nanti, kebenaran islam pasti akan terserlah.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani

No comments:

Post a Comment