ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 January 2010

NGO dan RELA kena tugas menjaga gereja dari tangan tangan gatal golongan tak berotak dan berakal manusia waras...!!!!

sejumlah 130 NGO dan RELA menawarkan diri dan bersedia untuk memantau ataupun menjaga gereja dari serangan bom ataupun lebih tepat lagi dari serangan yang memusnahkan dari orang 'Islam?' sebagai tindakbalas terhadap isu semasa kini. Belum ada lagi NGO atau pertubuhan dari agama Kristian atau lain-lain agama yang menawarkan diri untuk menjaga gereja agama Kristian ini.


Nampaknya mereka tidak risau kalau gereja mereka di musnahkan oleh mereka yang kurang bertanggungjawab dan pendek akal ini kerana sudah ada orang Melayu yang tentunya beragama Islam yang akan menjaganya dan kalau musnah pun, kerajaan akan segera mengganti balik kos kerosakkan yang di alamai oleh gereja-gereja tersebut.

Walau apa pun, saya amat sedih apa yang berlaku hari ini bila nama Allah dipermainkan dan kegagalan orang-orang Islam sendiri untuk menjaga nama Allah kerana pada hakikatnya orang-orang Islam di Malaysia sendiri sudah lupa siapa itu 'Allah' dan mungkin ada yang sudah tidak pernah menyebut nama 'Allah' kecuali bila terjatuh ataupun tersandung, itupun dia sebut, alah!

Sekiranya orang-orang Islam di Malaysia kini kenal akan 'Allah' tentu mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang mungkar yang ditegah oleh Allah dan RasulNya seperti rasuah, zina,judi, bunuh,mencuri, tipu, penyelewengan dll.Ini kerana orang Islam percaya bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mendengar akan segala kelakuan hamba-hambanya di mana sekalipun kita berada.

Adakah ini balasan dari Allah kepada umat Islam di Malaysia kini sudah mulai melupakan akan 'Allah' Tuhan yang menjadikan mereka dan memberi segala nikmat di muka bumi ini. Mengapa kita hendak berdemo menentang penggunaaan kalimah 'Allah' oleh orang-orang Keristian. Lebih baik kita pergi masjid dan mengimarahkannya atau mengamalkan cara hidup Islam yang berpanduankan Al Quran dan Hadith,semoga dosa-dosa kita di ampunkan oleh Allah swt dan menjadi orang Islam yang berwibawa. Moga orang-orang bukan Islam menghormati dan takut akan ketakwaan orang-orang Islam dengan sifat amanah,bertanggungjawab, benar kata-kata, menghormati antara satu sama lain,adil, tidak melakukan kerosakkan, tidak mengambil hak orang lain dan berilmu.

Apa yang berlaku kini ialah orang Islam di Malaysia kini sudah tidak ada bezanya dengan dengan orang-orang bukan Islam dari segi kelakuan, kehidupan seharian malah dari segi ibadah. Ramai di antara orang-orang Islam yang tidak solat, makan makanan haram dan rasuah, minum arak, berzina dan berjudi. Malah ada orang-orang bukan Islam yang lebih baik perangainya dari orang-orang Islam sendiri.Sebagai contoh terkini ialah berapa ramaikah orang-orang Islam yang menonton AJL ke 24 di Stadium Bukit Jalil, 10/01/10 yang tidak solat Asar dan Maghrib. Ini kerana mereka sudah berada di stadium sejak pukul 4.00 petang lagi.Apa yang kita lihat hampir majoritinya ialah orang Melayu, Islam.

Selamat bertugas wahai NGO-NGO Islam dan RELA, saya lebih rela menjaga masjid "Rumah Allah" kerana tentunya saya akan mendapat pahala kerana memelihara rumah tempat beribadatnya orang-orang Islam daripada menjaga gereja.

No comments:

Post a Comment