ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

14 January 2010

UMNO lebih dasyat lagi permain/peralatkan polis !!!!

Jika polis boleh ‘dipermain’ oleh seorang pelajar berumur 19 tahun, sudah tentu Umno lebih lebih lagi lah...

Tindakan polis menahan seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menulis dalam Facebook kononnya dia membakar gereja dan kemudian melepaskannya kerana pelajar itu mengaku beliau hanya "main-main", di bimbangi  "kes pembakaran gereja akan jadi macam kes enjin jet hilang".

"Setahun empat bulan polis ambil masa untuk siasat baru dapat tangkap dan dakwa. Itu pun sarjan dengan prebet sahaja. Yang di atas terlepas, yang lagi atas hilang terbang bersama enjin jet," katanya.

kenyataaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis yang mendakwa mereka sudah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian pengeboman dan pembakaran gereja yang berulang-ulang sejak Jumaat lalu seharusnya di persoalkan.


kalau dah kenal pasti apa yang susah sangat hendak membuat tangkapan, mereka mendakwa pula bahawa mereka perlu mendapat maklumat yang tepat dan terperinci sebelum membuat sabarang tangkapan kononnya untuk mengelak ada yang mempersoalkan tindakan penangkapan.

"Tiba-tiba dilaporkan seorang (pelajar kolej) telah ditahan polis selepas dia mengaku dalam (laman) Facebooknya bahawa dia melakukan pembakaran gereja. Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas menyatakan dia sengaja buat pengakuan main-main,"

Yang jadi persoalannya bagaimana polis boleh bertindak dan menangkap pelajar itu tanpa penelitian yang rapi terlebih dahulu sedangkan suspek yang sudah dikenal pasti polis belum ditangkap dengan alasan tidak mahu penangkapan dipersoalkan.

"Mana ada orang yang bakar lepas itu dia bagi tahu pada polis dia yang bakar. Tak masuk akal langsung. Setahu saya mana ada orang nak mengaku kata dia yang bakar. Bawa pertuduhan ke mahkamah pun dia tak mengaku,"

Tindakan polis yang "sekejap (menyatakan) kena siasat dan teliti dahulu, sekejap terus tangkap" menyebabkan orang ramai mempersoalkan kebijaksanaan polis.

Apa yang berlaku itu sebagai menunjukkan sebagai  "nasib rakyat Malaysia bila keadilan, ketenteraman dan keamanan diperdagangkan oleh pedagang-pedagang politik Umno

No comments:

Post a Comment