ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

17 February 2010

Kenapa SPRM Siasat Setpol Saja dan Tak turut disiasat Menterinya sekali...?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di gesa supaya turut menyiasat menteri yang menjadi ketua kepada setiausaha politik yang ditahan bersama wang tunai RM2 juta.

siasatan itu tidak seharusnya menjurus kepada setiausaha politik semata-mata tapi perlu diperluas kepada individu yang dekat dengannya.

Bolehkah seseorang setiausaha politik memainkan peranan tertentu walaupun sebenarnya tidak ada kuasa untuk meluluskan sebarang projek ataupun kontrak, sebagaimana menteri.

"Jadi, adakah setiausaha politik itu lebih kepada menjadi sebagai agen daripada orang yang menerima rasuah. Ini sepatutnya disiasat dengan lanjutlah.

"Cuma menteri yang berkuasa untuk meluluskan projek dan kontrak. Jadi, sepatutnya SPRM bukan setakat menyiasat setiausaha politik tetapi turut menyiasat menteri yang terlibat,"

Jumaat lalu, SPRM menahan seorang setiausaha politik kepada menteri kanan di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Butterworth

SPRM yang melakukan serbuan kira-kira jam 3.30 petang turut menemui wang tunai berjumlah RM2 juta di pangsapuri berkenaan.

Kelmarin, Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletak jawatan tapi tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Sementra itu Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus turut menggesa SPRM supaya tidak hanya memfokus siasatan kepada pegawai-pegawai menteri sahaja.

Sebaliknya, SPRM perlu bersifat profesional dan lebih berani supaya tidak mengetepikan nilai intergriti, dengan mengheret orang kenamaan termasuk menteri, bahkan Perdana Menteri ke meja siasatan.

Selain kes Hasbie Satar, Nazree berkata dakwaan terhadap Datuk Shafie Abdullah sebelum ini, setiausaha politik kepada Perdana Menteri yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan pentadbiran DBKL, perlu diberi perhatian.

“Jangan sekadar setiausaha politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sahaja disiasat oleh SPRM. Bagaimana pula setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah yang isu penyalahgunaan kuasanya pernah dibawa ke Parlimen?"

No comments:

Post a Comment