ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 February 2010

KETUA PEMUDA BERUK 1 MALAYSIA TAK SEDAR DIRI MERANTAU INGIN MENJUAL TAHI MINYAK DI KELANTAN....!!!

KJ DATANG KELANTAN HENDAK MENGAJAR KU LI ?




KJ Ketua Pemuda Umno yang masih belum layak jadi Menteri dalam kabinet Najib `merantau' ke Kelantan pula. Di Negeri Serambi Mekah tersebut, KJ bukan bercerita pasal royalti minyak tetapi ingin menjual `tahi minyak'. Ketua Pemuda yang disabitkan dengan rasuah politik wang ini diketahui sebagai pengukir sejarah Ketua Pemuda yang lemah dan tidak berpengaruh. Sewajarnya beliau tidak diberi apa jua jawatan di dalam kabinet Najib.

Di dalam Umno yang sedang `nyawa-nyawa' ikan sekarang ini, Ketua Pemuda bukan sahaja mesti pandai bercakap atau berpidato, tetapi sekurang-kurangnya dilihat bijak menarik golongan muda khususnya untuk bersama dengan parti berlambangkan `keris telanjang tanpa sarung' itu. KJ ternyata gagal di dalam hal ini, bahkan beliau tidak berupaya menarik sokongan padu di kalangan Exco dan JK Pemuda Umno itu sendiri. Bukan rahsia lagi bila mana terdapat suara-suara di peringkat Pemuda Umno yang mahukan beliau meletakkan jawatan akibat kegagalan ini.

Berada di bumi Kelantan, KJ tiada sasaran untuk Tok Guru Nik Aziz kerana tokoh Ulamak itu bukan tandingannya. Akhirnya beliau menyerang Ku Li tokoh veteren Umno yang telah lama berjuang dan mengenali Umno semenjak KJ memakai `pampers' lagi, KJ tiada hujah untuk menyatakan Ku Li bersalah kerana tidak sependapat dengan pimpinan Umno berkaitan royalti minyak di Kelantan. Oleh kerana tiada hujah akibat kebebalan Ketua Pemuda ini, maka dituduhnya Ku Li ingin menjadi `Hero'. Lihat berita di akhbar Sinar hari ini. Tidakkah KJ tahu sebenarnya Ku Li bukan bercita-cita untuk menjadi Hero, tetapi rakyat Kelantan telah pun mengiktirafnya sebagai `Hero' di dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat. Umno tidak perlu mengiktiraf Ku Li sebagai Hero kerana Ku Li telah pun menjadi Hero setelah begitu lama menjadi `Gurkha' di dalam Umno.

Siapa pula `Gurkha' Umno sekarang? Jika ada yang merasakan KJ amat sesuai dinobatkan sebagai `Gurkha' Umno, saya boleh bersetuju dengan pandangan itu. Jika ada pula yang berpandangan KJ lebih layak menjadi `pencacai' kepada Umno sebaris dengan Ezam raja sesumpah, pandangan itu pun saya rasa lebih tepat. Hakikatnya hayat politik KJ semakin di penghujung cuma menanti saat Pemuda Umno `menyepak' menantu Pak Lah ini keluar. KJ akan mendapat nasib yang seakan sama dengan bapa mertuanya itu


No comments:

Post a Comment