ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 February 2010

sempena maulidur rasul...boyfriend altantuya bersabda.... teladani sifat Nabi Muhammad......kalau tak mampu tirulah sifat aku....ha ha ha ha ...!!!!.

Najib mahu umat Islam teladani sifat Nabi Muhammad



ha ha ha .....bapak mithali....anak rintik tak menyesali.....sempena maulidur rasul.....

Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam mencontohi serta mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad saw iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia merupakan ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Perdana Menteri berkata empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasi bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.



“Maka sudah tentulah pemimpin-pemimpin masyarakat, pentadbir, golongan profesional dan seluruh umat umumnya perlu berusaha memiliki sifat-sifat ini dan mencontohi tingkah laku Rasulullah dalam setiap tindakan dan pekerjaan yang kita lakukan,” kata Najib dalam perutusan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah, esok.




Najib (gambar di tengah) berkata agenda Rasulullah yang memperkukuh institusi perpaduan sesama manusia bagi memperkasa ummah secara progresif sewajarnya disuntik ke dalam setiap denyut nadi umat Islam agar terus terpahat kukuh sepanjang zaman.

“Begitulah hebatnya kegigihan Rasulullah dalam mendidik umat yang pada peringkat awalnya merupakan masyarakat yang jahil, bersengketa dan berpecah-belah akhirnya bersatu padu dan bersatu hati.

“Oleh itu, sempena kita memperingati Maulidur Rasul ini, bersamalah kita merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang utuh lagi kukuh,” katanya.

Najib juga berkata dalam sirah perjuangan Rasulullah, tiada kejayaan yang mudah diperolehi oleh Baginda dan para sahabat melainkan melalui perancangan, perundingan dan pelaksanaan yang penuh berstrategi dan konsisten.

Peristiwa Peperangan Khandak misalnya telah membuktikan bahawa Rasulullah dan para sahabat Baginda menggunakan minda yang efektif melalui mesyuarat untuk merancang dan bertindak secara kolektif dan kreatif melalui kepelbagaian strategi.

Maka dalam peperangan itu, tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah telah berjaya mengalahkan pihak musuh, katanya.

Najib berkata sebaliknya dalam peperangan Uhud, oleh kerana pasukan Baginda tidak berdisiplin dan tiada perancangan yang sistematik, maka mereka telah menerima kekalahan.

Sesungguhnya Allah SWT telah memberi isyarat dan menunjukkan dengan jelas betapa pentingnya perancangan yang strategik dalam menentukan kejayaan, katanya.

“Iktibarnya, kita juga telah memfokuskan beberapa perancangan dan misi besar untuk memaju dan memakmurkan negara,” kata Perdana Menteri.

Katanya bagi mentransformasi dan membina negara bangsa, selain Gagasan 1 Malaysia dengan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, tonggak-tonggak lain ialah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru (MEB), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Wawasan 2020.

“Gagasan 1 Malaysia akan memacu bangsa Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020.

Manakala MEB dan RMK-10 adalah merupakan komitmen dan landasan terakhir kita untuk dinakhodai 10 tahun akan datang sebelum menjelangnya tahun 2020.

Justeru, kehidupan rakyat mestilah beriltizamkan konsep Wasatiyah iaitu sederhana dan seimbang, pembahagian kekayaan secara adil dilakukan antara semua kaum agar Sawasiyah iaitu kesaksamaan dapat direncanakan secara holistik tanpa ada golongan yang ketinggalan dan terpinggir dalam arus kemajuan negara,” katannya.

Najib berkata sesungguhnya, Nabi Muhammad adalah contoh yang unggul dan terbaik untuk diteladani.

“Akhlak, kewibawaan dan transformasi kepimpinan baginda tidak ada tolok bandingnya. Suri teladan Baginda seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada kita untuk mencapai kecemerlangan dan kekuatan ummah,” kata Najib.



penyapu sial


Alangkah bertuahnya negara kita dapat saorang pm yang begitu warak. Kita harus contohi beliau cara bagaimana dia mendidek bini dan anak anaknya......ha ha ha ha ha ha....contah gambar dia atas udah ler....


SIDIQ belum tentu selagi pembunuh kekasih Monggol belum ditemu; AMANAH pecah kerana tercurinya enjin jet tentera, kapal penyelam gagal menyelam; TABLIGH kemerosotan GDP 2009 ke angka negatif tandanya serta GST yang akan memiskinkan rakyat sederhana dan memiskinkan selanjutnya rakyat tak berada; FATANAH tapi cuma dalam pertempuran politik dan rebutan kuasa sehingga terlantik tanpa terpilih, timbalan diluput kuasa kementerian perdagangan, sendiri menggenggam jelapang, sepupu kontrol pistol...

No comments:

Post a Comment