ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 February 2010

Tahniah Kapal selam KD Altantuya.... sudah boleh menyelam semua.....takziah jika tidak boleh timbul semula.....

Kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR), yang mengalami kerosakan, telah dibaikpulih sepenuhnya dan dijadual menjalani selaman pertama pada 22 Feb ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya pihak pembekal serta jurutera tempatan telah menjalankan ujian ke atas kapal selam itu dan mendapati ia berfungsi dengan baik dan hanya mengalami kerosakan kecil yang dapat diatasi dalam masa yang singkat.

“Tidak ada sebarang kos dikeluarkan oleh pihak kerajaan kerana ia masih dalam jaminan dan jangan membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Kapal selam itu dikesan mengalami kerosakan teknikal yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam pada 17 Jan lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, khabar angin berkaitan dengan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan, yang dikatakan pembinaannya tidak mengikut spesifikasi tidak harus digembar-gemburkan.

“Saya akan mengadakan lawatan ke pangkalan udara itu bagi melihat sendiri keadaan sebenar dan diharap semua pihak tidak mengembar-gemburkan berita yang tidak pasti ini sehingga siasatan selesai,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan campur tangan dalam siasatan ke atas projek pangkalan udara itu.

Pangkalan udara itu menjadi kontroversi apabila ada pihak mendakwa pembinaannya tidak mengikut spesifikasi dan dibina oleh kontraktor yang kurang pengalaman sehingga mengakibatkan kerosakan kepada enjin sebuah pesawat Sukhoi.

No comments:

Post a Comment