ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

17 February 2010

Mahkamah tiada kredibiliti ...umpamanya meliwat dirinya sendiri....!!!

Mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sebagai “menghina diri sendiri” ini kerana tindakan nya yang membenarkan keterangan Saiful pada hari pertama dirakam dan disiarkan oleh akhbar utama Kerajaan seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, The Star dan sebagainya .Selain dari menunjukan bahawa “mahkamah telah menghina dirinya sendiri” ,ia juga gagal mempertahankan kredibilitinya kerana tidak menegur sehinggalah peguam Anwar, Karpal Sing membangkitkan hal ini.

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali pula sibuk mendesak Kerajaan mengharamkan ceramah Pakatan dari membicarakan isu Anwar kerana kononnya menghina Mahkamah, walhal dalam ceramah Pakatan semua menuntut perbicaraan yang adil. Jika Umno-BN boleh malukan Anwar mengunakan saluran media dalam isu ini, salahkah jika Pakatan mengunakan saluran yang sama serta medium ceramah sebagai medan untuk menyampaikan fakta dan hujah yang benar.

Najib juga terhegeh-hegeh arahkan Wisma Putra buat program Penerangan kepada 50 ahli parlimen Australia tentang isu Anwar. Apa yang beliau mahu terangkan. Siapa Najib dalam kamar Mahkamah. Adakah dia Hakim atau tuan lawyer. Apa hak dia untuk bagi penerangan tentang kes Anwar yang belum ada keputusan lagi.

Kalau kita membaca komen dan kenyataan didada-dada akhbar pun, kita akan melihat bahawa hanya pemimpin Umno sahaja yang ghairah nak cerita isu kes Anwar ini, sedangkan pemimpin komponen BN lain senyap dan tidak peduli.

Jika Najib dan Umno boleh gunakan segala medium yang ada bagi memalukan Anwar, kenapa Pakatan tidak boleh. Kenapa Pakatan dianggap menghina mahkamah bila cerita kes Anwar, tapi Najib dan Umno tidak?

Mahkamah kena menunjukan kredibilitinya kerana isu Anwar ini bukan sahaja dibicarakan oleh Mahkamah, tetapi rakyat diseluruh negara dan diseluruh dunia. Semua orang mahu tahu, dan semua orang mahu bercerita. Pergi kedai kopi orang cerita, pergi ke pasar orang bercerita, pergi beli belah orang cerita, pergi seminar orang bercerita, turun naik LRT dan bas pun orang…semua orang bercerita. Yang tak bercerita hanyalah orang yang dalam kubur.

No comments:

Post a Comment