ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 February 2010

Sila Dedah siapa jual rahsia penting negara....



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  di minta  mendedahkan mereka yang terlibat menjual rahsia penting negara.

Ini berikutan Zahid mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara.

pembocoran dan penjualan tersebut dikatakan melibatkan pihak dalaman Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan dijual kepada negara asing melalui kedutaan di Kuala Lumpur.



Kejadian ini sekali lagi mendedahkan betapa kelemahan yang sangat ketara pada sektor dan institusi pertahanan dan keselamatan negara selepas dalam tempoh dua bulan kita dikejutkan dengan kecurian dan penjualan dua buah enjin Jet F5E di pasar malam antarabangsa,

kecurian enjin Jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan kehidupan rakyat berada dalam keadaan cemas dan bimbang akan tahap keselamatan dan pertahanan negara.

kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan menghadapi ancaman dari negara luar.

Apatah lagi, ujarnya negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsia penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia.


dengan rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan yang dimiliki oleh negara asing sudah tentu mereka akan bertindak terhadap Malaysia.

kalaupun tidak dengan menyerang Malaysia tetapi dengan maklumat rahsia yang mereka ada sudah pun cukup untuk mereka mensabotaj Malaysia.

Inilah yang menjadikan rakyat gelisah dan merasakan berada dalam keadaan tidak selamat dan terancam,”


malangnya kerajaan gagal merungkai segala kebimbangan yang sedang dirasai oleh rakyat, tiba-tiba saja Menteri Pertahanan mengeluarkan kenyataan menyatakan kes penjualan dan kebocoran rahsia penting negara selesai dan diselesaikan mengikut saluran diplomatik.


Rakyat perlu diberitahu siapa di dalam ATM yang menjual rahsia penting tersebut. Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat prebet atau sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin Jet F5E

rakyat juga perlu diberitahu negara mana yang menjalankan pengintipan dengan membeli pihak dalam ATM untuk mendapat rahsia penting negara yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara.

rakyat berhak tahu adakah duta negara tersebut telah dipanggil oleh pihak Wisma Putra dan kementerian untuk diambil tindakan mengusir atau diberi amaran keras atau masih menjadi kes yang disiasat oleh polis.

jawapan dan penjelasan di perlukan  segera dari pihak kerajaan khususnya Menteri Pertahanan untuk meyakinkan rakyat agar kebimbangan dan keresahan rakyat dapat diubati. Penjelesan dan jawapan segera menteri sangat penting bagi menjaga tahap integriti ATM,

1 comment:

  1. aku ingat la nga ko ming tanya kat sidang dewan rakyat nape tender pembelian dibuat secara tertutip..timbalan si zahid jawa hamidi ni pun kata takut rahsia pertahanan negara bocor.. hahahha bagi aku tak de beza pun..tetutup ke tebukak kalau kompani tu tak telus mmg tabarai rahsia.. hahal lancau la zahid hamidi.. hahaha

    ReplyDelete