ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 February 2010

malaysia bangga dengan pesawat tanpa enjin....negara yahudi bangga pulak dengan pesawat tanpa juruterbang....sama hebat beb...malaysia-yahudi boleh...!!!!

jika negara kita malaysia terkenal dengan pesawat tanpa enjin yang boleh terbang atau pun enjin yang boleh terbang sampai ke amerika selatan....malah ada ura ura nak menukarkan dengan enjin kancil....ceritanya di sini

beberapa bulan yang lepas....negara yahudi yang jadi idola pemimpin beruk umnogok malaysia mendapat ilham mencipta cogan 1 malaysia...telah mencipta dan mengeluarkan pesawat pengintip tanpa juruterbang yang tercanggih abad ini...maka kedua dua negara ini sama sama hebat dalam mengeluarkan teknologi pertahanan negara masing masing...satu dapat memperkukuh lagi pertahanan sambil mengintip puak musuh.....dan satu lagi....he he he...mcm biase lah...mengundang pihak musuh share dengan sistem pertahanan negara sambil kroni kroni perompak harta negara dan rakyat mengumpul kan kekayaan dengan melelongkan apa apa yang menjadi aset pertahanan negara....


berita selanjut di bawah ini....






ANGGOTA tentera Israel melihat dari dekat pesawat Heron TP atau IAl Eitan dalam bahasa Hebrew, yang dipamerkan di Pangkalan Tentera Udara Tel Nof

TEL AVIV 22 Feb. - Tentera udara Israel semalam memperkenalkan sejumlah pesawat tanpa juruterbang terbaru yang mampu berada di udara selama sehari dan boleh terbang sehingga ke Teluk Parsi, sekali gus meletakkan musuhnya Iran dalam jangkauan sasaran.

Pesawat senyap Heron TP itu mempunyai sayap berukuran 26 meter yang menyamai saiz pesawat penumpang Boeing 737 dan merupakan pesawat tanpa juruterbang terbesar dalam angkatan tentera Israel.

Pesawat berkenaan boleh terbang berterusan untuk sekurang-kurangnya selama 20 jam dan tujuan utamanya ialah untuk melakukan kerja pengawasan.

Dalam satu majlis pelancarannya di Pangkalan Tentera Udara Tel Nof dekat sini semalam, pesawat berkenaan kelihatan begitu besar berbanding pesawat pejuang F-15 yang diletak berdekatan.

Heron TP yang kelihatan mirip Heron iaitu pesawat tanpa juruterbang sebelum ini juga milik Israel tetapi yang mampu terbang lebih tinggi mencapai ketinggian 12,000 meter dan boleh berada lebih lama di udara.

''Dengan pelancaran Heron TP ini, kita merealisasikan mimpi tentera udara,'' kata Brigedier Jeneral Amikan Norkin selaku Komander pangkalan tentera tersebut.

Tentera Israel enggan mendedahkan jumlah pesawat tersebut atau sama ada ia dibina untuk digunakan terhadap Iran tetapi menekankan ia boleh diubah suai untuk pelbagai tujuan.

Para pegawai tentera Israel juga menyatakan, Heron TP boleh menjadi alat yang amat berguna ke atas Iran.

Ia boleh digunakan untuk pengawasan, merosakkan sistem komunikasi musuh, menghubungkan pusat kawalan darat dan membantu pesawat udara lain.

Israel menganggap Iran sebagai ancaman disebabkan program nuklear negara tersebut, di samping pemilikan peluru berpandu jarak jauh dan kenyataan para pemimpin Iran untuk menghapuskan Israel.

Rejim Yahudi itu telah menyatakan kemungkinan menyerang Iran jika tekanan antarabangsa tidak dapat menghentikan program nuklear negara tersebut.

Israel dan Amerika Syarikat yakin Iran sedang cuba membina senjata nukleur, walaupun negara tersebut telah berulang kali menyatakan bahawa program nukleurnya adalah untuk tujuan keamanan.

Dalam beberapa konflik sebelum ini, pesawat tanpa juruterbang didapati kurang berkesan apabila pihak lawan mempunyai senjata anti-pesawat yang lebih canggih.

Sebagai contoh, dalam perang di Serbia pada 1999, angkatan tentera negara itu dengan cepat menembak jatuh 42 pesawat seumpamanya yang menurunkan secara drastik keberkesanan kempen pengeboman Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

1 comment:

  1. Malaysia lagi cangih dari Israil sebab Engin Boleh terbang sampai ke Luar Negeri mana kala body nya ada kat Malaysia...Maka jadi lah Engin Terbang tanpa pesawat

    ReplyDelete