ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 February 2010

WALA' KEPADA YANG MA'SUM DAN TIDAK MA'SUM

Wala' tidak akan berlaku melainkan terhadap yang ma'sum; Allah dan Rasul. Selain kedua-dua perkara ini, tidak ada wala' sama sekali.

Wala' bermaksud, memberi ketaatan tanpa berbelah bahagi, disamping mempunyai beberapa unsure, iaitu (An-Nasr) membela, (Al-Qurb) mendekatkan diri dan (Al-Mahabbah) mencintai[1]. Ekoran itu, kelahiran wala' adalah selepas lahirnya siqah.

Siqah bermaksud kepercayaan. Bagaimana mungkin kita mengikut (wala') sesuatu arahan orang, sedangkan orang yang memberi arahan tidak mempunyai kesiqahan.

Kesiqahan tidak pernah luntur terhadap Allah dan Rasul. Adapun selain itu, kesiqahan boleh luntur. Ekoran itu, wala' tidak akan berlaku dalam perkara yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, seperti atas dasar assobiyyah, dalam mengkhianati perjanjian, kezaliman dan sebagainya.

Yang pastinya, tidak wujud sama sekali istilah wala' bagi tindakan yang boleh mendatangkan mudharat yang besar dan berpanjangan terhadap islam itu sendiri.

WALA' KEPADA MAKHLUK?

Wala' terhadap yang ma'sum; Allah dan Rasul adalah bersifat mutlak. Adapun wala' terhadap selain kedua-dua ini, tidak bersifat mutlak, sebaliknya bersifat muqayyad.

Apabila sesuatu suruhan dan larangan itu wujud dalam Al-Quran dan As-Sunnah, maka memberikan wala' kepada suruhan dan larangan tersebut tidak didebatkan lagi. Adapun suruhan dan larangan selain dari Al-Quran dan As-Sunnah, sudah pasti ia memerlukan kepada perbahasan.

Antaranya adalah;

SYURA

Firman Allah;

وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ

Maksudnya;
"urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka"

(Surah Syura : 38)

Juga firman Allah;

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya;
"bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah"

(Surah Al-Imran : 159)

Menurut fuqaha', syura disyariatkan adalah untuk mencari pandangan-pandangan lain dalam menentukan sesuatu keputusan yang paling tepat. Ekoran itu, ulama fiqh meletakkan syarat bahawa ahli yang terlibat dengan syura itu adalah mereka yang mempunyai 'Adalah (tidak melakukan dosa besar dan kecil), mempunyai siqah (kepercayaan), mampu berijtihad (ijtihad fi al-fahmi dan Ijtihad fi tanzili) dan sebagainya[2].

Yang paling penting, hendaklah keputusan yang tercapai dalam syura adalah pendapat yang tidak menyalahi dengan nas, dan tidak menyalahi maqasid syariah secara umum; iaitu dengan mencapai maslahah yang lebih besar dan lebih berpanjangan, disamping menolak segala kemudharatan yang bakal berkunjung tiba[3].

Sesuatu keputusan yang menyalahi nas, maka keputusan tersebut tidak wajib diberi wala'. Begitujuga, keputusan yang tidak mendatangkan maslahah kepada islam, bahkan mendatangkan mudharat pula kepada islam adalah keputusan yang tidak wajar diberikan wala'.

Firman Allah;

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maksudnya;
"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya"

(Surah Al-Imran : 159)

Dari ayat ini, kita dapati bahawa Allah SWT menyuruh manusia menyelesaikan urusan dengan syura. Pun begitu, di awal ayat dinyatakan tentang "rahmat Allah", lantaran perlunya melakukan tindakan yang bersifat lemah lembut dan bertindak agar manusia tidak menjauhkan diri daripada kita. Ia sudah pasti, melibatkan kepada maqasid islam yang mempunyai sifat menarik segala maslahah, disamping menolak mudharat.

SELAIN MA'SUM, BOLEH DIPERSOAL

Sesuatu suruhan dan larangan selain yang ma'sum, tidak boleh diberikan ketaatan secara membuta tuli. Bahkan, sebelum ketaatan yang hendak diberi, perlu diperhatikan terlebih dahulu, apakah ia benar-benar mendatangkan maslahah kepada islam dan dapat mengelakkan islam daripada terkena mudharat.

Sekiranya wujud perkara yang memberikan mudharat, maka memberi wala' kepada suruhan dan larangan tersebut adalah tertolak sama sekali.

Ini disandarkan kepada hadis Al-bukhari, daripada Ali bin Abi Talib bercerita, bahawa Rasulullah SAW telah melantik seorang lelaki dari Ansar untuk mengetuai satu angkatan mujahidin dalam satu peperangan. Nabi SAW menyuruh bahawa semua mujahidin memberi ketaatan kepada lelaki ansar tersebut.

"bukankah Rasulullah SAW menyuruh kalian mentaatiku?" soal lelaki ansar itu kepada para mujahidin.

Para mujahidin semua menjawab, "Ya"

"Jika begitu, aku mengarahkan kalian menghimpun kayu api dan nyalakan api dan hendaklah kamu semua terjun ke dalam api tersebut " arah lelaki ansar itu

Semua mujahidin menghimpunkan kayu dan menyalakan api. Tetapi, dikala mereka disuruh untuk terjun ke dalam api tersebut, menyebabkan mereka melihat wajah sesame mereka.

"bagaimana mungkin kita terjun ke dalam api, walhal nabi SAW pernah menyuruh kita lari daripada api" kata salah satu kelompok dari kalangan mujahidin tersebut.

Kata-kata kelompok mujahidin itu menyebabkan lelaki ansar itu marah.

Pun begitu, apabila Berita itu sampai kepada pengetahuan nabi SAW, menyebabkan nabi SAW berkata ;

لَوْ دَخَلُوهَا مَا خَرَجُوا مِنْهَا أَبَدًا إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
"Kalau kamu masuk ke dalamnya (api), pasti kamu tidak akan keluar darinya sampai bila-bila. Sesungguhnya taat (wala') hanya berlaku dalam perkara ma'ruf[4]"

Begitujuga, tindakan Ubbadah bin As-Somit yang mempersoalkan banyak tindakan Muawiyyah semasa menjadi gabenor islam di Syam, kisah seorang anak muda yang mempersoalkan jubah yang dipakai oleh Umar bin Al-Khattab semasa menjadi Khalifah, tindakan Syuraih Al-Qadhi yang mempersoal tuduhan Khalifah islam, Ali bin Abi Talib dikala menuduh seorang yahudi mencuri baju besinya dan sebagainya.

KESIMPULAN

Dari segala ulasan ringkas di atas, disimpulkan seperti berikut;

1- Secara umumnya, dinyatakan bahawa wala' kepada yang ma'sum adalah bersifat mutlak. Adapun terhadap yang tidak ma'sum bersifat muqayyad (tidak mutlak).
2- Sebelum memberi wala' kepada yang tidak ma'sum, hendaklah diperhatikan terlebih dahulu, apakah suruhan dan larangan tersebut benar-benar memberi maslahah kepada Islam ataupun tidak. Sekiranya suruhan dan larangan itu terkandung mudharat terhadap islam, maka memberi wala' adalah tidak wajar sama sekali.
3- Setiap syura yang hendak diadakan, hendaklah dipastikan ahli-ahli yang terlibat itu adalah orang-orang yang mempunyai syarat yang cukup, seperti 'adalah, siqah, mujtahid dan sebagainya.
4- Setiap keputusan yang dibuat, perlu mempunyai kesiqahan, agar tidak mendatangkan kecelaruan di masa akan datang.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

No comments:

Post a Comment