ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 February 2014

menilai hudud dengan hati munafik ....hudud tidak berjaya kurangkan jenayah, kata bekas ketua hakim negara tapi wa tengok tak de hudud pun jenayah makin menjadi menjadi bila bagi penampar kat orang lain dah bukan ancaman....!!!!


























kedua duanya syaitan.....maka mahathir adalah sifoonya

Tun Abdul Hamid Mohamad berkata negara Islam yang melaksanakan hukum hudud tidak berjaya mengurangkan jenayah sebaliknya menyebabkan kemelut perundangan.

Semasa pembentangan kertas kerja di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), bekas ketua hakim negara itu berkata, negara yang melaksanakan hudud masih jauh ketinggalan daripada aspek kadar jenayah, keadilan dan keamanan.

"Setakat ini, negara yang melaksanakan hudud seperti Pakistan, Nigeria dan Sudan masih lagi ketinggalan dalam aspek ini berbanding negara yang tidak melaksanakannya seperti Sweden, Norway, Iceland, Denmark dan Jepun," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Implementation of Hudud in Brunei Darussalam: Differences between Brunei Darussalam and Malaysia "

Beliau berkata, pelaksanaan hukum hudud Mekah dan Madinah tidak boleh dijadikan ukuran kepada keberkesanan undang-undang Islam tersebut kerana situasi yang berbeza.

"Mereka yang ke sana untuk mengerjakan haji, sekali seumur hidup, membawa wang yang cukup , mahu mendapatkan haji mabrur dan kebanyakannya orang tua dan insaf.

"Pastinya mereka tidak akan melakukan kesalahan jenayah," katanya.

Katanya, pelaksanaan suatu undang-undang bukan semata-mata bergantung kepada pelaksanaan, tetapi pelbagai aspek lain yang juga harus dipertimbangkan.

"Pelaksanaan undang-undang tidak berakhir dengan hanya menguatkuasakannya.

"Apa yang lebih penting ialah bagaimana ia dijalankan, apakah kesan dan akibatnya, adakah ia akan membawa kepada kehidupan lebih baik, keamanan dan kemakmuran, atau ia memperbaiki tahap keadilan dalam negara," katanya.

Abdul Hamid menjelaskan walaupun hukuman hudud dilaksanakan ke atas penganut Muslim sahaja, ianya masih bertentangan dengan Perlembagaan yang menjadi asas undang-undang negara.

"Jika ia dibuat hanya kepada Muslim, ia pasti bertentangan dengan Artikel 8 memandangkan ia mendiskriminasi atas asas agama dan maka itu ia bertentangan dengan Perlembagaan," katanya.

Undang-undang negara berteraskan sistem perundangan “common law”, bagaimanapun undang-undang Syariah juga dilaksanakan oleh negeri kecuali Wilayah Persekutuan, namun Abdul Hamid menegaskan undang-undang Syariah tersebut mestilah selaras dengan Perlembagaan negara.

"Ramai orang berfikir memandangkan kesalahan hudud dan qisas diperuntukan dalam Syariah dan undang-undang Islam dibawah bidang kuasa negeri, maka Dewan Negeri boleh mengubal undang-undang sedemikian.

"Sebahagiannya tepat. Di Malaysia, sebarang undang-undang mestilah konsisten dengan Perlembagaan," katanya.

Beliau juga berkata Dewan Negeri tidak boleh meminda undang-undang Syariah untuk dilaksanakan ke atas bukan Muslim kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara.

Abdul Hamid juga tidak menolak sekiranya hudud dilaksanakan secara rapi dan persediaan tidak mencukupi, seluruh agensi pihak berkuasa negara akan berdepan dengan kecelaruan.

"Polis tidak tahu apa patut mereka buat, pendakwaraya tidak tahu nak buat apa, peguam tidak tahu nak buat apa dan hakim juga tidak tahu nak buat apa.

"Peguam bergegas ke kedai buku untuk mencari apa saja buku mengenai subjek tersebut," kata Abdul Hamid menerangkan situasi yang berlaku di Sudan sebaik undang-undang Islam tersebut dilaksanakan.

Lebih mengejutkan Abdul Halim apabila kerajaan Sudan mengumumkan sekiranya doktor enggan memotong tangan penjenayah, kerajaan sendiri akan memberi latihan kepada hakim untuk menjalankannya.

Pelaksanaan hukum hudud diperjuangan oleh parti Islam PAS, bagaimanapun usaha tersebut sering menerima kritikan sama ada daripada rakan pembangkang Pakatan Rakyat serta kerajaan Barisan Nasional.

Tahun lalu, kerajaan PAS di Kelantan melontarkan sekali cadangan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud lantaran daripada prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.

Pengkritik tidak melihat usaha tersebut akan berjaya memandangkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional masih memiliki kata putus ke atas pelaksanaan undang-undang kontroversi tersebut.

Pengkritik menegaskan penguatkuasaan undang-undang jenayah masih lagi tertakluk di bawah kerajaan pusat seperti peruntukan Senarai 1, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan.

Tahun lalu, negara jiran, Brunei Darussalam telah menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud.

Susulan pengumuman tersebut, kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama erat dengan Brunei termasuk menghantar pegawai bertanggungjawab bagi melihat pelaksanaan hukuman hudud di negara terbabit.




penyapu sial




Hudud adalah undang undang Islam, amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri berkata hudud tak mapu tangani jenayah, kita masih belum aplikasikannya namun sudah menyerah kalah, amat menyedihkan

Namun sebenarnya si setan nie  bukan komen hudud tetapi mempertikaikan dan mempermainkan hukum Allah. Komen pulak secara terbuka dan terang-terangan. Rukun Iman yang pertama percaya kepada Allah. Kalau dah tak percaya akan hukum Allah ...... Apa nak jadi tak tau lah.

Kenapa lah nama je negara islam. Pemerintah pun orang islam tapi takut mengikut undang2 islam...pelik bebenor.

Tapi pelik apabila ia ia mempertahankan penggunaan Allah.

patut lah kerja polis tak de telor hanya berani siasat pelakon video tahun baru cina teresa kok....rupanya kerja bagi penampar giler bukan ancaman so tak payah di siasat kata zahid komedi....!!!!















Lim Chin Miau (tengah) beraksi dalam video kontroversial 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Pelakon Lim Chin Miau disoal siasat hampir dua jam oleh polis hari ini berhubung lakonan beliau dalam video klip kontroversi Sambutan Tahun Baru Cina Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

"Mereka mahu mengesahkan beberapa perkara dalam video klip tersebut ini termasuk lakonan parodi seorang isteri pemimpin bagaimanapun tidak disebut nama tersebut," kata peguam Lim, Aaron Lee

Dalam klip video satira politik Tahun Baru Cina bertajuk "Onederful Malaysia CNY 2014", Kok berlakon sebagai pengacara feng shui program bual bicara dengan membabitkan adegan lawak apabila ditanya oleh tiga panel mengenai pelbagai isu termasuk sistem pendidikan, kenaikan kos sara hidup dan keselamatan di Sabah.

Lim dan dua lagi pelakon berada di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan keatas Kok susulan daripada laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun setakat ini polis masih belum menghubungi Kok untuk disoal siasat.

Video tersebut dikritik oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin Barisan Nasional dengan hampir 300 laporan polis dibuat terhadap Kok kerana menghina Melayu, Raja dan Islam.

Beberapa individu termasuk Lim, dipanggil untuk merekodkan kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat Kok.

Pelakon berusia 32 tahun itu ditemani oleh peguam dan rakannya menyatakan perasaan lega setelah memberi kenyataan sebagai saksi di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah hari ini.

"Saya boleh tidur dengan lena sekarang," katanya.

Peguam Lim berkata soalan yang ditanya oleh polis adalah kandungan membabitkan video klip tersebut.

"Polis menunjukkan klip itu kepada Lim, tetapi tidak meminta terjemahan, mereka hanya mahu Lim untuk melihat klip itu semula bersama mereka," katanya.

Beliau berkata, Lim ditanya hampir 30 soalan di mana ia merupakan soal siasat yang sama terhadap dua lagi individu pada pagi tadi.

"Dua lagi yang berlakon bersama Lim memberi kenyataan pada pagi ini," kata Lee.

Minggu lalu sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam mengadakan protes di hadapan Menara Maybank di Kuala Lumpur sebagai bantahan ke atas video Kok.

Antara lain penunjuk perasaan itu turut menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai reaksi kemarahan terhadap pemimpin DAP itu yang dikatakan menghina Melayu dan Islam.

Mereka juga turut mencalitkan darah ayam tersebut keatas sepanduk tertera gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon.

Biarpun Kok membuat laporan polis berhubung tindakan kumpulan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan tawaran tampar bukanlah satu ancaman.

Ekoran kenyataannya itu, beliau dikritik hebat oleh pemimpin pembangkang termasuk Majlis Peguam Malaysia





penyapu sial



dah makin melalut  pemimpin dan pihak berkuasa negara ini....yang mengugut   bagi penampar tak kena siasat  , yang berlakon video pulak yang kena siasat... bukan ancaman pulak itu...wokey kalau ini macam aku cadang sape sape yang  bagi penampar kat  zahid komedi , KPN ,najid dan rosmah betina puaka....aku nak hadiah kan seikat kangkung ....amacam  nada ini  ada ancaman tak...???

menteri kangkung , maka  polis  jadi  polis  kangkung  kerana pemimpinan  negara  semuanya pemimpin kangkung...!!!

07 February 2014

Jimat RM7 juta hasil pecat kakitangan PKNS Yang Pemalas Dan Tidak Mendatangkan Hasil...!!!


















Pemecatan 22 kakitangan anak syarikat PKNS bagi menjimatkan perbelanjaan operasi, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta.

Menteri besar Selangor itu berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut.

"Prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak ini akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun," katanya yang juga pengerusi PKNS pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, selangor hari ini.

Selasa lalu, anak syarikat PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) dilapor memecat kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta.

Kontroversi pemecatan tersebut berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Abdul Khalid dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Surat penamatan khidmat 22 kakitangan tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dibuat selaras dengan ikrar integriti yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International Malaysia (TIM).

"Penamatan kontrak 22 kakitangan PHSB adalah hasil polisi ikrar integriti yang dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Mengikut saluran ikrar integriti, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baru diwujudkan diketuai orang luar dengan gaji tinggi," katanya.

Beliau berkata, pengambilan kakitangan kontrak juga dilakukan tidak mengikut prosedur, tanpa menerusi pengiklanan secara terbuka, malah menyebabkan timbulnya masalah pertindihan tugas dengan kakitangan lama.

"Kakitangan baru diambil juga menyebabkan berlaku pertindihan tugas kerana mereka melakukan kerja yang sama dengan pekerja lama.

"Mereka juga dipilih masuk bukan secara menerusi pengiklanan, tetapi dipilih terus masuk oleh lembaga pengarah dalam PKNS," katanya.

Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dilakukan secara rapi dan mereka yang dipecat juga diberikan pampasan yang sepatutnya.

"Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS baru, Azlan Alfiah untuk membuat kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia.

"Beliau menghantar laporan strategi pemulihan pengurusan dan beliau mencadangkan PKNS melaksanakan penyusunan semula organisasi serta-merta," katanya yang merujuk kepada tindakan pemecatan kakitangan PKNS.

Isu pemecatan tersebut mendapat perhatian banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Langat yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani membidas langkah tersebut sebagai tidak munasabah.

Abdullah mendakwa, terdapat pekerja dipecat yang bertentangan dengan Akta Pekerja di bawah Seksyen 10.

Abdul Khalid sebelum ini turut menerima kritikan keras daripada kepimpinan partinya sendiri susulan pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat negeri tersebut.

Berikutan kemelut tersebut, Abdul Khalid dibidas pemimpin tertinggi parti PKR apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar  Ibrahim mengecam langkah pemecatan tersebut kerana tidak mengikut prosedur.




penyapu sial




RM7 juta setahun utk 22 kakitangan, atau $26,000 setiap org sebulan?
Ini negeri Selangor bukan negeri2 BN yang korup dan malas.
Patut di PECAT!



adun kok lanas tumpang semangkuk memanaskan suasana kunun dakwa di fitnah teresa kok...habis tu hang saban hari fitnah pemimpin dan penyokong pembangkang apa cer...!!!

























Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, kelmarin berhubung dakwaan beliau memfitnah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (gambar).

Md Alwi berkata laporan polis itu untuk mempertahankan dirinya berhubung laporan polis oleh Anggota Parlimen Seputeh itu yang mendakwa beliau telah diugut dan diancam melalui Khidmat Pesanan Ringkas dan Aplikasi Whatsapp.

"Saya nak beritahu masyarakat bahawa YB Teresa Kok ini telah memutar-belitkan cerita dengan menyatakan saya mengugut dan mengancam beliau.

"Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat dan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman mengesahkan menerima laporan daripada Md Alwi




penyapu sial





APA hak kamu nk mendapatkan penjelasan mengenai video onederful...dari Teresa selagi dia tdk menyakiti kamu tapi cara kamu ala samseng telah menyakiti wirawati Pakatan 1,000,000 Rakyat Sokong Bersih 2.0 ini. Dak gitu weh?

Apa pula kemarahan melayu dan islam...sepatutnya kemarahan umno la wei...

Lumur darah kerja gila dan tidak berakhlak serta tidak wajar dipanggil NGO Islam....!!!
















Demontrasi gila dan tidak beraklak  yang berlangsung kelmarin  sebagai bantahan terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan Islam oleh pemimpin DAP dan PKR di Kuala Lumpur oleh sebuah NGO Islam dianggap sebagai keterlaluan.

Kita  sebagai umat islam  wajar menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR. Ia boleh dianggap sebagai gila  serta tidak beraklak  dan tidak berhak dipanggil orang Islam.

Tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia.

Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (PKR).

Memanglah kita menghormati hak untuk berhimpun oleh mana-mana kumpulan tapi ia mestilah tidak melampaui batas.

Demo yang macam ini berbentuk provokatif. Kita a lihat satu tindakan yang provokatif... Kita  juga tidak faham kenapa nak sembelih ayam..Hanya orang yang berperangai bacul sahaja berani menyembelih ayam...kesian ayam ayam tu...mati sia sia  bukan di makan tapi di seksa demi politik murahan NGO NGO  haramjadah sebegini..

Mereka kata NGO Islam tapi ini bukan perbuatan yang selari dengan ajaran agama. Ini tindakan membunuh haiwan sewenang-wenangnya.

Lepas itu, mereka letak darah lah seolah-olah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ajaran sesat nampaknya.

Kita  juga melahirkan kebimbangan selepas kumpulan NGO tersebut dilihat cuba mengambil tindakan ganas apabila membuat ancaman secara fizikal kepada Kok.

Paling kita  khuatir adanya ugutan terhadap YB Teresa Kok dimana mereka tawarkan RM500 sebagai ganjaran kalau sesiapa menampar...

Ini satu ancaman  keganasan untuk mencederakan beliau. kita  harap pihak polis akan ambil tindakan.

Pihak bertanggungjawab terhadap bantahan itu sebagai gila kerana tidak berfikir dengan rasional dengan mengadakan himpunan sedemikian.

Nak kata ugutan ganas ke apa pun kita  tidak tahu. Ini memang kerja orang gilalah.

Dulu, tunjuk punggung tapi sekarang ini sudah naik ke tahap tidak rasional dan macam dah nak jadi ganas. Masa di Pulau Pinang tempoh hari pun dah jadi.  Sekarang ini nak macam dah amuk. Ini satu perbuatan amuk..

Perhimpunan tersebut yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur kelmarin

Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."

Kok mula dikritik dan dikecam berikutan memuat naik sebuah video sambutan Tahun Baru Cina berdurasi 12 minit yang dikatakan menghina orang Melayu.

Bagaimanapun, Kok berkata, video tersebut bukannya untuk menghina masyarat Melayu dan hanya satira politik bagi menyindir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tentang peningkatan sara hidup.




penyapu sial



Mengaku NGOk Melayu Islam ttp perangai seolah2 Melayu Jahiliah... Sungguh Memalukan..ni bukan islam tapi setan belaka! perangai mengalahkan binatang..Tindakan yang 100% telah mencemarkan agama Islam. Polis dok nganga saja?

Tak payah guna nama Islam la kalau prangai cam setan. Bila dah takde modal lg jadila cmni. Sperti biasa takde tindakan dari penjaga keamanan

kesian ayam tu..terpaksa terkorban oleh sekumpulan manusia bodoh...

provokasi : NGO bodoh mengaku islam yang di upah UMNO mengalakkan orang ramai melakukan keganasan.....polis buat apa.....tunggu arahan tangkap pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang bertindak balas..???!!!!

Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200                        
                                                                                                                                                                                                                                                                                  












Penunjuk perasaan menunjukkan bunting yang memaparkan gambar Teresa Kok dengan ganjaran sebanyak RM500 kepada sesiapa sahaja yang berjaya menamparnya semasa demontrasi terhadap penghinaan kepada kepimpinan Melayu UMNO lahanatullah


Majlis Jemaah NGO  yang kununnya mengaku Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu yang di beri kuasa  mengamal rasuah ,pecah amanah dan menindas rakyat

Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan   terhadap melayu UMNO  yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan. "Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli "Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita." Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.


Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut. "Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita," katanya. Terdahulu kira-kira 50 individu menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO  yang mengaku  Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan pemimpin berkenaan kepada majoriti masyarakat Melayu UMNO  beragama Islam  yang jelas ternyata menolak hudud ,mengamal rasuah ,pecah amanah dan menindas rakyat.


Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon dari PKR. Perhimpunan yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang kelmarin Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."

Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia itu berkata, tindakan mereka itu juga turut disokong kaum Cina lain yang menentang perbuatan pemimpin DAP itu. "Beliau ialah rakan kita Sunny Goh iaitu Pengerusi Perhubungan Hal Ehwal Masyarakat Cina bagi Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib).


Beliau juga tidak suka dengan perbuatan pemimpin pembangkang yang sebangsa dengannya," katanya. Zulkifli berkata lagi, beliau tidak takut sekiranya Kok membuat laporan polis ke atas pertubuhannya sambil menggesa pihak berkuasa juga mengambil tindakan ke atas perbuatan biadap ahli Parlimen itu. "Kita serius dengan tawaran ini, tidak main-main. Ini adalah akibat kerana mulut celupar beliau.
 Kita mahu beri amaran supaya kelak ahli Parlimen itu lebih berhati-hati dalam perbuatannya dan polis kena siasat betul jangan kerana beliau ahli Parlimen maka dilepaskan," katanya.



penyapu sial



melayu melayu  banggang dari NGO kununya mengaku islam ( buat malu aje  )  di upah supaya buat kecoh  demi untuk menutup  pelbagai isu skandal  yang melibat  anak beranak  PM kangkung 1 malaysia dan lain lain pemimpin UMNO...mereka semua ini berlagak seperti  orang kaya  yang tidak tau kesusahan rakyat...tergamak menjadi alat  UMNO untuk menimbulkan provokasi  dengan mengalakkan keganasan. tiada apa isu dengan pembikinan  video teresa kok menyambut tahun baru cina baru baru ini yang tersebar di youtube .siapa makan cili dia terasa pedas..nampaknya bila setiap kali pemimpin UMNO terdesak dengan pelbagai isu  skandal ,mereka cuba menutupi pemikiran rakyat  dengan menimbulkan pelbagai isu...

NGo NGO ini tak sedar yang mereka menjadi anjing kepada pemimpin UMNO yang rakus menindas rakyat NGO NGO bacul ini sepatutnya kalau benar2  mengaku islam sepatutnya  berjuang untuk menyokong hukum hudud  supaya di laksanakan di negara ini...tapi menjadi sebaliknya...kunun nak perjuang supaya islam tidak di hina tapi perangai macam setan...perjuang islam apa kejadahnya....adakah   islam mengajar berperangai binatang macam ini..???

anjing anjing ini tidak takut untuk membuat provokasi kerana di lindungi oleh polis yang juga bapak anjing kepada  pemimpin UMNO...

03 February 2014

dasar bangsat jabatan agama....dah la gemar bermain politik malah pau wang zakat umat islam...tergamak biarkan umat sebangsa dan seagama minta sedekah /angpow di tokong...!!!

Pelik, rumah ibadat penuh


















ALOR SETAR - Tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina mendapat kejutan, apabila  menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini,kelmarin
Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.

Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu.

Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur..

Mengikut kata, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.

“Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja.






penyapu sial





Pendedahan di atas memang mengejutkan. Langkah tokong berkenaan mengagihkan bantuan kepada golongan daif memang terpuji, dan tiada pula niat untuk mengeji dan menghina umat Islam yang beratur sebagai peminta sedekah kerana ada kemungkinan benar bahawa mereka adalah dari golongan yang amat memerlukan bantuan.

Namun satu perkara yang bermain di benak iaitu apakah dan dimanakah peranan MAIK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat selama ini?

Ia juga menimbulkan satu persoalan, masjid-masjid pun tidak pernah melakukan untuk mengagihkan bantuan tanpa mengira kaum dan agama sepertimana yang dilakukan oleh tokong berkenaan.

Jadi ke mana pergi wang zakat yang every years kita wajib bayar tu beb? So i tertanya mana perginya beb takkan lu UMNO pun nak pau duit zakat beb untuk big mama belanja???

Tulah since tempat kejadian berlaku di kedah. Bagus - bagus PR memerintah sana, lu tetap nak pilih perompak memerintah di sana. Walaupun PR memang ada lambat sikit nak bantu golongan susah (apakan daya kerajaan persekutuan UMNO menganak tiri kerajaan yang diperintah PR) tapi at least diaorang akan tunai janji diaorang.

Kalau UMNO Forever - ever diaorang biar lu all melarat. Tapi dah pilih UMNO untuk memerintah negeri kedah lu all terimalah tahinya yang bakal UMNO berikan nanti.

PENGALAMAN KAWAN  SAYA MINGGU LEPAS MINTA ZAKAT UNTUK ADIK ANGKAT YATIM PIATU UMUR 14 TAHUN. TINGGAL BESAMA NENEK UMUR 80.

KAKITANGAN PEJABAT ZAKAT ALOR SETAR JAWAB BUKAN ASNAF. TAK LAYAK.

DEPA STAFF PUSAT ZAKAT ASNAF KA?

PAKAI BAJU KOT, TIE KERETA PAJERO GUNA DUIT ZAKAT.

LAIN KITA JANGAN BAYAR ZAKAT KAT PUSAT ZAKAT TETAPI BAYAR TERUS PADA PENERIMA ZAKAT


Mais dan Jais balaci bangsat UMNO yang pertama halang kempen Anwar
















Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berucap di Masjid Kariah Batu 10, Cheras yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

Program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang mendapat halangan sejak hari pertama lagi daripada pihak berkuasa agama negeri iaitu Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Halangan ini membayangkan kesukaran untuk Anwar bergerak ke kerusi menteri besar Selangor.

Ia dilakukan dengan cara menyekat Anwar menemui penduduk Kajang menggunakan masjid yang terletak di bawah pentadbiran Mais.

Mais didakwa mengugut akan menangkap Anwar jika dia memberikan tazkirah di sebuah masjid di Selangor pada hari pertama kempen.

Ia berlaku apabila pasukan kempen Anwar merancang untuk membolehkan Anwar menyampaikan tazkirah sebelum solat Jumaat di Masjid Batu 10, Cheras pada Jumaat lalu.

"Pada pagi Jumaat kami mendapat panggilan bahawa Mais dan Jais akan menangkap Anwar dan Dr Muhd Nur Manuty sekiranya membaca khutbah dengan alasan tidak ada tauliah," kata sumber daripada pasukan kempen Anwar melalui Facebooknya.

Anwar dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dijadualkan bertemu penduduk Kajang di Masjid Batu 10 pada Jumaat lalu.

Berdasarkan perbincangan dengan pengurusan masjid, Anwar dijadualkan memberikan tazkirah di situ manakala Muhd Nur menyampaikan khutbah Jumaat.

Akibat halangan itu, Anwar tidak boleh memberikan tazkirah dan Muhd Nur juga tidak boleh membaca khutbah di masjid berkenaan.

Sebelum itu, pasukan kempen Anwar merancang untuk berbuat demikian di Masjid Impian Saujana, Kajang namun dihalang oleh Mais.

"Awalnya masjid bersetuju namun selepas subuh 30 Januari, pihak nazir memberitahu mereka menerima tekanan daripada Mais. Mereka tidak berani melaksanakan program kami. Kami lantas mencari masjid lain," kata sumber itu.

Kerusi DUN Kajang kosong susulan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lee Chin Cheah daripada PKR. Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan PKR memilih Anwar sebagai calonnya di situ.

Pengumuman itu turut disertai oleh pemimpin PAS dan DAP yang menyokong keputusan itu.

Mengikut perancangannya, Anwar dijangka dilantik menjadi menteri besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah sebelum ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi menteri besar negeri itu.

Beliau berkata, kuasa itu diperuntukkan dalam Artikel 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan menteri besar dan kedua, pembubaran Dewan Undangan Negeri.

"Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa," katanya




penyapu sial



sepatutnya  dua dua jabatan agama islam  ini di halau keluar dari negeri selangor...dan  sewajar  di larang beroperasi dalam negeri selangor...selagi bercanggah dan sentiasa sabotaj kerajaan negeri selangor...dua dua jabatan haramjadah ini wajib di haramkan ...tiada manafaat kepada umat islam  selagi UMNO menjadi tulang belakangnya...

apa taknya  sepatutnya jabatan agama negeri menjalankan tugas  memelihara kesucian agama dan menunai hak  penerima zakat asnaf yang 8...tapi yang yang dia  buat...mensabotaj kerajaan negeri selangor dengan tindakan melulu  merampas bible di gereja...dan menyeleweng wang zakat...

Halang la mcm manapun tp hati rakyat Malaysia seperti saya tetap dgn parti PAKATAN dan menolak kepimpinan PM sekarang kerana pemerintahan dan kerajaannya yg tersgt korup

Selagi PR tidak menguasai pusat beginilah jadinya..Insyaallah selepas PRU 14 Anwar akan bebas memberi khutbah di mana-mana masjid di Malaysia..

taktik kotor UMNO keatas Anwar di Kajang menjelaskan lagi rancangan UMNO memporakperandakan kerajaan Selangor dan kemudian merampas kuasa seperti yang di lakukan di Perak tempoh hari....!!!



janji UMNO....di tepati....politik kotor mainan hari hari...!!!


Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno. Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata. Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang.

Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama. Taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno. Jelas  yang nampaknya terjadi kepada kejadian di Kajang di mana Anwar dihalang daripada memberi tazkirah di sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang yang dikatakan atas arahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan tazkirah sebelum Jumaat manakala Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat. "Tetapi selepas solat subuh pada 30 Januari, pihak masjid memberitahu kami bahawa mereka telah ditekan oleh Mais untuk menghentikan acara tersebut. Justeru, ahli jawatankuasa masjid tidak berani untuk meneruskan perancangan awal itu. "Jadi kami terpaksa cepat mencari masjid lain," kata sumber itu, yang juga adalah sebahagian daripada pasukan Anwar, menjelaskan bagaimana program ini kemudiannya berpindah dari masjid Impian Saujana ke masjid kariah di Batu 10 Cheras, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kajang. Ini juga bagaimanapun turut disekat oleh Mais di saat-saat akhir.

Sumber itu berkata, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengancam untuk menangkap Anwar jika beliau menyampaikan tazkirah sambil menekankan bahawa beliau tidak mempunyai tauliah untuk memberi kan ceramah atau khutbah di masjid-masjid di Selangor.

Disebabkan halangan itu, Anwar, Muhd Nur, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir, solat di Masjid Kariah. Mereka kemudian bercakap kepada jemaah selepas solat . Sudah tentu, terdapat undang-undang negeri yang mengatakan ucapan tersebut tidak dibenarkan. Tetapi jelas menunjukkan ia hanya terpakai kepada pihak atau mereka yang tidak diingini. Ini juga telah berlaku kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain dan pendakwah atau pensyarah yang tidak selari dengan Umno atau kumpulannya yang sekali gus mencerminkan betapa penghormatan diinstitusikan dan feudal dicemari sebuah parti nasional Melayu.

Apapun, ia terpulang kepada Anwar dan sekutunya yang mengatakan pencalonan beliau adalah bagi menghalang senario tersebut daripada berlaku – bahawa semua agensi dan jabatan akan digunakan oleh Umno untuk menawan semula negeri terkaya di Malaysia daripada PR. Dalam erti kata lain, ia adalah tindakan bahawa kerajaan Selangor diancam dan beberapa jabatan bertindak sabotaj apabila mereka bertindak tidak selari dengan kerajaan negeri.

Ia menjelaskan mengapa banyak agensi dan jabatan yang menegaskan bahawa mereka bebas daripada mana-mana pihak politik, sebenarnya melakukan yang sebaliknya sehingga menjejaskan pihak lain dan juga rakyat Selangor dengan restu UMNO Keadaan tidak mudah bagi Anwar atau pembangkang tetapi pihak berkuasa terbabit perlu tahu bahawa tindakan mereka hanya akan membuatkan masyarakat menyalahkan Umno dan  semakin  menyokongpembangkang



penyapu sial



Umno boleh peralatkan Mais dan Jais tapi tidak akan mampu memperalatkan perjuangan rakyat dan kesedaran rakyat....UMNO lebih teruk dari syaitan  sampai syaitan  boleh pengsan  bila UMNO bersabda yang tindakan jijiknya di makbul tuhan...

02 February 2014

jantan gelap zahida rafik bertaraf menteri kulup ugut teresa kok....aiyaaa manyak besar lu punya buah maa....!!!

Shafie Apdal: Teresa Kok perlu dikenakan tindakan berhubung video Tahun Baru Cina


































woiii...mangkuk...yang ini punya skandal kasi abis siasat laa...

Tindakan perlu diambil ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung video berbaur sindiran sempena Tahun Baru Cina yang diterbitkannya baru-baru ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.( gambar dia bersama bini gelapnya)

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap tindakan ahli Parlimen itu, Mohd Shafie berkata, video bertajuk 'Onederful Malaysia' itu turut memaparkan seorang tetamu yang mempersendakan masyarakat Lahad Datu, khususnya dalam menarik pelancong ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.



ini video tak der  isu  yang  menimbul perasaan sensitif masyarakkat sabah....yang sensitif  adfalah macammana kerabat sulu boleh jadi menteri dan buat hubungan gelap dengan artis....!!!

Beliau berkata, perasaan masyarakat di Sabah, khususnya di Lahad Datu, masih bersedih (berikutan insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina di Kampung Tanduo tahun lalu).

"Saya berharap tindakan diambil tentang perkara ini. Keselamatan di negara ini antara perkara yang cukup penting," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Liberal Demokratik (LDP) di Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, insiden pencerobohan militan itu, yang turut mengorbankan anggota keselamatan negara yang bukan sahaja berasal dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak dan Semenanjung, tidak harus diperkecilkan dan dijadikan bahan gurauan.

Dalam video yang dimuat naik dalam laman sesawang Youtube berdurasi 11:39 minit, seorang daripada tetamu dikenali sebagai Master Yan Yan berkata:"You can travel to Sabah, where you get to see pirates, with a bonus show of kidnapping and scenes of open fire (anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus, penculikan dan babak tembakan)”. - Bernama



penyapu sial


betul apa ...apa nak di heran ...bukan fitnah...apa ingat  pelancung taiwan yang mati tu  main main ke...banggang punya menteri skandal...puak puak dia yang jemput  dan bermain sandiwara kemudian tuduh orang lain pulak tak sensitif dengan isu masyarakat  sabah...

sudah la...jangan nak mengugut  rakyat yang prihatin dengan tindakan undang undang...besar sangatkah undang undang kamu...memang puak kamu yang jadi semua punca tragedi lahad datu...sampai pelancung yang datang pun dah takut nak ke sana....walaupun dah ada esscom...boleh jamin ke keselamatan pelancung...???

Memanglah Shafie dan macai2nya tak boleh tahan komedi tu. Lawak pasal orang2 BN dan boss dia. dah kecut teloq dengan komedi tu...sendiri bikin hal  apa mau takut maa...aiyaa...selamat tahun kuda ...shafie apdal...dengan  pertanyaan...sulah belapa kali bedal sama zahida rafik...kirim salam kat dia...ha ha ha

macai tua pendek akal kata pengundi cina perlu ajar PKR....woiittt....macai....pengundi cina dah lama cerdik depa tak perlu bergantung kepada BN daa...jangan harap depa nak nak dengar cakap kamu wahai macai tua bubuk duit haram.....hanya macai macai cibai melayu bodoh macam kamu yang masih menjilat BN demi duit haram...!!!
















macai tua  bubuk duit haram....!!!

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu dijadikan medan penolakan pengundi Cina kepada PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tindakan menyebabkan PRK bukan kali pertama dilakukan parti itu, kata Tunku Abdul Aziz Ibrahim (gambar).

Bekas naib presiden DAP itu berkata, pengundi di kawasan Kajang terutamanya kaum Cina diselubungi kemarahan akibat tindakan PKR yang dilihat mengadakan PRK atas alasan peribadi dan menyusahkan pengundi di Kajang.

“Jika pengundi Cina tidak menolak PKR kali ini, sudah pasti mereka akan mengulangi tindakan sama pada masa akan datang.

“Saya fikir pengundi Cina perlu ajar PKR untuk elak mereka mengulangi tindakan sebegini. Rakyat tidak bodoh. Mereka perlu buat dengan cara betul, bukan dengan cara menipu rakyat,” katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian.

Tunku Abdul Aziz berkata, pengundi Cina di Kajang perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka satu kumpulan yang memahami erti demokrasi sebenar dengan menolak cara politik songsang yang dibawa PKR.

Anwar semalam mengakui parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sememangnya membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Katanya, peletakan jawatan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh pada Isnin dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut.

Komposisi pengundi di Kajang membentuk 49% Melayu, 40% Cina, 10% India dan 0.91% lain-lain kaum.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menunjukkan kekalahan kerusi Barisan Nasional (BN) kebanyakannya disumbangkan oleh pengundi Cina yang membuat keputusan untuk tidak mengundi parti pemerintah.

Keputusan Anwar bertanding di kerusi itu juga dikatakan mengambil kira faktor komposisi majoriti pengundi Cina di Kajang.

Lee, 42, adalah seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai Adun Kajang dalam pilihan raya sebelumnya.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.




penyapu sial



Usah jadi tukang karut...semua pengundi Melayu,Cina dan India diKajang adalah pengundi tegar PR....jangan harap BN/UMNO boleh menang...tumbangkan UMNO adalah hak rakyat bagi mengajar BN/UMNO dengan janji2 palsu semasa PRU ke 13 dulu.TAA bukan orang Kajang .Jadi minta tolong tutup mulut boleh tak?

Pengundi Cina di Kajang akan bijak mengundi PAKATAN RAKYAT melalui calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana perjuangan PAKATAN RAKYAT jauh lebih baik dari BN yg racist......lagi pun penduduk KAJANG akan berperanan penting utk menukar kerajaan di Putra Jaya pada pru14 dgn memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di KAJANG...

Org tua ni giler talak...


01 February 2014

setan tua jatuhkan Najib bukan perkara pelik






















pembabitan setan tua membuktikan sejarah  lama berulang kembali  sebelum ini .












































sibuk kumpul  harta anak beranak  sampai SPRM  jadi pondan...memalukan....!!!!


Pembabitan Setan tua Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Najis Tong Rosak  bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.

Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. Tetapi itulah  setan tua  yang di kenali Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya..

Gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

Desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini.

Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa.

Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya.

Setan tua ini juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?..

kedai rakyat 1 malaysia jadi kedai rompak rakyat 1 malaysia bila gagal bantu kurang kos sara hidup
















Langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menambah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat seperti terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu didapati tidak memberi kesan.

Tinjauan  di salah sebuah KR1M dan sebuah pasar mini berantai popular (pasar mini ‘A’) mendapati kebanyakan harga barangan yang ditawarkan bukan sahaja tidak banyak berbeza, malah terdapat beberapa barangan yang ditawarkan KR1M pada harga lebih tinggi. Antara barangan terbabit, krimer berjenama Gold Coin di pasar mini ‘A’ berharga RM2.35, berbanding KR1M pada harga RM2.69; lampin pakai buang bayi jenama Drypers (pek 80 keping, saiz M) di pasar mini ‘A’ pada RM31.50, berbanding KR1M RM31.99 dan susu formula bayi Lactogen 2 (650 gram) RM17.90 di pasar mini ‘A’, manakala KR1M pada harga RM17.95.

Sementara itu, bagi barangan berjenama 1Malaysia pula,  kebanyakannya adalah lebih murah berbanding harga jenama yang ditawarkan pasar mini ‘A’. Bagaimanapun, salah seorang kakitangan KR1M dipercayai warga asing memberitahu , aliran stok barangan jenama 1Malaysia khususnya barangan makanan adalah jauh perlahan berbanding jenama lain disebabkan tidak mendapat sambutan pelanggan. “Memang barang 1Malaysia lebih murah tetapi orang tidak mahu beli mungkin sebab mereka rasa tidak bagus, tetapi saya rasa tidak berapa betul. Mereka lebih suka beli barang (jenama) lain,”  Katanya, kebanyakan pelanggan akan mengaitkan isu kualiti barangan 1Malaysia yang dipercayai lebih rendah berbanding barangan berjenama lain.