ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 February 2010

najib klentong....Najib kata Enjin Jet tu enjin buruk la....

"Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama...bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18, kata Najib.

Biarpun enjin jet yang hilang itu tidak secanggih enjin Sukhoi atau F-18, Itu bukanlah satu isu..

Yang menjadi Isu disini ialah bagaimana enjin jet yang besar itu berjaya dikeluarkan dari Kem Tentera oleh pegawai rendah tentera dan dijualnya dipasaran Antarabangsa.


Walaupun enjin jet yang hilang itu tidak secanggih enjin Sukhoi atau F-18, Iran telah berjaya menerbangkan pesawat pejuang buatan mereka setahun selepas enjin jet F-5E Malaysia itu hilang..

Dan ianya juga dibeli dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai..



Enjin Hilang Jet Pejuang Generasi Lama, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Semua usaha diambil untuk menemui semula dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang, yang dikesan di Uruguay walaupun barang-barang itu bukan aset strategik kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kedua-dua enjin itu untuk kuasa jet pejuang F5 berusia lebih 35 tahun kerana ia dibeli pada tahun 1972.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan tinjauan di Kampung Baru di sini pada hari Sabtu, katanya nilai enjin tersebut ialah kira-kira RM303,000 setiap satu.

"Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama...bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18, kata beliau.

Katanya enjin pesawat itu bukan lagi untuk pesawat barisan hadapan dari aspek kemampuan dan teknologi.

Semalam, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kerajaan Uruguay telah mengesan dua enjin yang hilang itu dan usaha-usaha sedang dilakukan untuk membawanya balik.

Enjin itu dilaporkan hilang dari dua kemudahaan TUDM pada 20 Dis, 2007 dan 1 Jan, 2008.

Dua orang telah didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung dengan kehilangan enjin itu dan kedua-duanya meminta dibicarakan.


Bernama

No comments:

Post a Comment