ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 February 2010

Pegawai khas Najib letak jawatan ekoran kenyataan perkauman

Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan meletakkan jawatan ekoran kenyataannya yang didakwa berunsur perkauman.

Kenyataan itu yang menyinggung perasaan kaum India dan Cina didakwa dikeluarkan pada majlis Rapat 1 Malaysia di Melaka pagi tadi.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu tamparan kepada Najib yang bertungkus lumus mahu menarik sokongan pelbagai kaum terhadap konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan tahun lalu.

Keputusan beliau diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri lewat petang tadi.

“Kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir di Melaka hari ini tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

“... Nasir tidak berhasrat untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan menghina. Beliau bercakap dengan panjang lebar sumbangan semua kaum dalam pembangunan negara,” katanya.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, Nasir memohon maaf atas sebarang masalah yang timbul dan oleh itu akan melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun Nasir yang dihubungi The Malaysian Insider kira-kira dua jam sebelum kenyataan letak jawatan dikeluarkan memberitahu:

“Saya tidak mengatakan perkataan ‘pendatang’. Saya hanya mengatakan negara telah maju dengan adanya orang Cina dan India, dari dulu hingga sekarang, datang ke sini untuk bekerja.”

Malah beliau juga menolak dakwaan bahawa telah mengugut untuk melucutkan kerakyataan bukan Melayu yang menuntut hak mereka dihormati.

“Saya tidak mengugut sesiapa dan saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Anda tahu saya sangat rapat dengan orang MIC. Saya hanya berkata adalah tidak baik untuk membuat tuntutan-tuntutan macam itu memandangkan komuniti lain akan bertindak balas,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin MCA, MIC dan Gerakan memulaukan sesi Nasir dengan bertindak keluar dari dewan persidangan ekoran kenyataan menyinggung perasaan itu kira-kira 10 pagi tadi.

Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Pemuda MIC dijangka membuat laporan polis terhadap Nasir.

Nasir menambah beliau juga tidak memperlekehkan bahasa lain tetapi hanya mempertahankan bahasa kebangsaan.

“Saya mengatakan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsan, hanya harus ada satu bahasa kebangsaan,” katanya. .

Bagaimanapun penjelasan Nasir ini dipertikaikan oleh mereka yang hadir pada seminar itu.

Seorang ahli MIC dari Alor Gajah yang mahu dikenali sebagai Maniam berkata beliau dengan jelas dengar bahawa Nasir mengatakan akan melucutkan kerakyataan jika isu subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia terus dibangkitkan.

Seorang lagi anggota MIC yang dirinya tidak mahu dikenali berkata Nasir ada menggunakan perkataan “pendatang”.

Katanya, Nasir mengatakan Umno yang menggubal perlembagaan, seolah-olah orang lain tidak memainkan peranan langsung.

Dia menambah apabila Nasir didampingi untuk mendapatkan penjelasan, beliau berkata hanya merujuk kepada kumpulan Hindraf yang telah diharamkan.

“Bukankah Hindraf juga orang India. Kami tanya beliau,” katanya.

Pemimpin komponen BN Melaka merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Najib apabila beliau mengunjungi negeri itu Khamis ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow berkata, Nazir bukan sahaja perlu meletakkan jawatan tetapi harus memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya.

“Gerakan juga mahu beliau memohon maaf,” kata beliau ketika dihubungi.

Teng menambah mereka seringkali mengatakan bukan Melayu tidak harus membangkitkan soal kontrak sosial tetapi kini pihaknya pula mengungkit aspek tersebut.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengecam kenyataan Nasir dan mahu tindakan diambil di bawah Akta Hasutan.

“Meskipun kenyataannya tidak mencerminkan pendirian Perdana Menteri tetapi telah menyinggung perasaan masyarakat India negara ini.

“MIC mengecam sikap kolonial orang (seperti) ini yang merendahkan orang India Malaysia dan kami menuntut dia dihukum di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula mencabar anggota pentadbiran Najib agar membangkitkan isu terbaru ini dalam mesyuarat mingguan Kabinet esok.

Adakah para menteri akan mempertikaikan tindakan Nasir memandangkan konsep 1 Malaysia semakin tercalar, kata Lim menerusi ruangan Twitter petang tadi.



penyapu sial


Hampa ni bukan menyinggung perasaan orang India saja tapi Menghina dan meng keling kan kita ...Nasir hang ni bodoh tak tahu sejarah

Dlm perlembagaan Malaysia termaktub YDP Agong bertanggungjawab memelihara hak-hak bukan-bumiputra. Pak Nasir berhak nak lucut kerakyatan non-bumi ke ?

No comments:

Post a Comment