Penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan mambawa sial kepada anak. Penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Menghadiahkan dengan penyapu kepada seseorang dengan niat yang meragukan bermakna....lu fikir lah sendiri...
.
Search This Blog
terNOW...!!!!
SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?
petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!
12 October 2013
melayu bangsat UMNO bersatu hanya semasa menyanyikan lagu Umno aje...!!!
Keputusan pemilihan bagi sayap Umno akan diketahui malam ini, mungkin lewat malam. Saya tidak sedar waktu dan hari pemilihan bagi sayap Umno khususnya Pemuda berlaku hari ini. Pertandingan Pemuda tidak mendapat perhatian saya kerana umum sudah yakin yang Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menang agak besar kali ini.
Saya menjangkakan kemenangan bagi Khairy ini dua bulan dahulu lagi. Khairy ‘is the noticeable victor’ dan itu pun yang sepatutnya berlaku. Justeru tidak payah memberikan komen panjang tentang pertandingan Pemuda. Bagi saya pada hakikatnya tidak ada pertandingan dalam sayap Pemuda itu.
Ramai Pemuda yang saya temui berkata, mereka sudah muktamad akan memberikan kemenangan kepada Khairy Jamaluddin. Proses pengundian hari ini hanyalah proses ‘formality’ sahaja. Khairy akan menang. Bak kata adat, ‘perundingan berlaku dalam gelap, adat berlalu dalam terang’.
Saya tidak faham tentang apa yang berlaku dalam sayap Wanita. Ada yang mengatakan yang Shahrizat akan menang dan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Malaysia kerana beliau mendapat sokongan padu Perdana Menteri. Tetapi tidak kurang ramai yang mahukan kemenangan itu diperolehi oleh orang lain memandangkan Shahrizat mempunyai ‘baggage’ yang besar untuk dipikul bersama oleh parti dalam menghadapi pilihan raya nanti. Shahrizat bagi puak-puak ini adalah beban besar untuk parti.
Puteri Umno sememangnya saya tidak dapat memberikan pandangan kerana sayap ini nampaknya ramai yang berbakat tetapi bakat mereka akan menjadi tumpul oleh kerana budaya negatif yang jelas dalam Umno itu. Sayap ini sememangnya terlalu jauh dari mengetahui apakah dia Umno itu dan apa yang perlu ada dalam parti itu. Di antara pemimpin Puteri yang jelas hanyalah perebutan jawatan dan tidak tahu samada mereka tahu apa dia perjuangan dan kehendak moral parti itu.
Yang menarik ialah keputusan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) minggu hadapan terutamanya keputusan bagi jawatan Naib Presiden parti. Keputusan pertandingan dalam sayap-sayap parti hari ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan pertandingan Naib Presiden Umno itu. Jika Khairy dan Sharizat memenangi jawatan ketua Pemuda dan Wanita maka peluang untuk Zahid dan Shafie Apdal mengekalkan jawatan masing-masing adalah cerah.
Masuk satu keluar satu. Jika Hishamudin seperti yang dijangka oleh banyak pihak akan terkeluar maka yang akan bersama Shafie dengan Zahid Hamidi adalah salah seorang dari empat calon yang lain. Ramai yang menelah Mukhriz akan memenangi salah satu dari tiga Naib Presiden itu, tetapi ramai juga yang menelah beliau akan tewas kerana beberapa sebab. Pertamanya, beliau masih baru dan Mukhriz belum tentu kepimpinannya. Mereka menganggap Mukhriz akan diketahui boleh memimpin atau tidak jika Dr Mahathir sudah tiada dalam politik lagi.
Keduanya, Mukhriz pernah menjadi calon popular Ketua Pemuda Umno Malaysia dan beliau akhirnya menduduki tempat yang tercorot di antara tiga calon Ketua Pemuda semasa itu. Bahagian Pemuda yang mencalonkan beliau sendiri tidak mengundi beliau dalam pertandingan itu.
Lagi pula tidak boleh diperkecilkan kemampuan Isa Samad dalam pertandingan Naib Presiden ini. Begitu juga Ali Rustam. Kedua-dua mereka ini masih muda dan mempunyai pengalaman luas dalam memelihara parti dalam pilihan raya. Isa mempunyai hubungan peribadi yang kuat dengan ahli peringkat bawahan kerana sifat beliau senang didekati dan dijumpai.
Sifat mudah dihubungi ini banyak memberikan markah kepada Isa yang masih muda dan baru sahaja berumah tangga itu. Secara peribadi saya mengenali Isa ini puluhan tahun dan saya merasakan sifat mudah berjumpa dan sikap terbuka beliau menerima pandangan rakan dan taulan di sekeliling beliau.
Kita mesti mengakui tiada kelebihan istimewa diantara mereka yang bertanding ini dan jika ada unsur permainan wang dalam pemilihan ini Mukhriz mungkin tercicir kerana bermain dengan wang juga memerlukan kemahiran dan pengalaman. Cara hendak membayar pengundi pun perlu kemahiran.
Saya terlihat yang permainan wang berlaku dalam pemilihan ini seperti juga dalam pemilihan yang lalu. Kita mesti ingat, pemimpin Umno yang menang sejak dua lebih dekad yang lalu terpaksa bermain dengan wang. Itu sudah menjadi budaya dan budaya itulah yang menjahanamkan parti itu.
Mereka pandai menambat hati perwakilan yang ramai itu. Mereka percaya jika kambing ditambat, kambing itu mesti diberi makan. Siapa yang menambat banyak kambing dan pandai pula memberi makan rumput dengan secukupnya, kambing itu tidak akan ke mana-mana.
Begitulah kaedahnya dalam pertandingan kali ini dan sebelumnya. Kalau ramai yang menjemput makan kenduri tak payahlah memasak sendiri. Harga barang dapur pun terlalu mahal dan makan kenduri kahwin boleh juga menjimatkan perbelanjaan sendiri.
Sekarang minggu terakhir makan kenduri dan insyaallah hujung minggu ini akan tahulah tiga pengantin yang paling cantik di pelamin Umno itu. Ramai juga yang tidak mahu menghadiri kenduri itu, kerana mereka tahu mereka bersatu semasa bersanding sahaja dan akan bercerai berai selepas beberapa ketika sahaja nanti.
Jangkaan ramai mungkin salah kerana kita tidak tahu dengan sebenarnya sikap perwakilan semasa mengundi itu nanti. Isa Samad tidak pernah di jangka menang jawatan Naib Presiden suatu ketika dahulu, memenangi undi tertinggi. Kali ini mungkin terjadi lagi. Mungkin yang begitu popular juga akan tumpas dan kejadian ini bukannya luar biasa untuk berlaku.
Apa pun hasilnya Umno akan tetap berpecah belah. Ada juga waktu-waktu dan ketikanya mereka bersemangat dan bersatu. Selalunya mereka akan bersatu serta berganding bahu semasa menyanyikan lagu Umno sahaja. Lepas menyanyi mereka bergaduh kembali sehingga mereka kembali menyanyi di majlis yang lain pula
aspan alias
penyapu sial
hanya pertunjukkan sahaja ....nampak bersatu......tetapi bila dapat projek mereka sanggup berbunohan sesama sendiri....itulah UMNO bangsat selama lamanya
-
transformasi gopoh gapah najib tiru buku jingga PR....Mulut didahulukan, flip-flop diutamakan....!!!! - Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai...12 years ago
-
Cerita Lawak : Atas Katil, Bawah katil - Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, s...16 years ago
-
-
awas bahaya di musim banjir....Lintah masuk kemaluan...!!! - Yusrina (kiri) bersama ibunya semasa dirawat di Wad Anggerik, HRPZII, semalam. Muhammad Luqman Haziq (kanan) dipeluk ibunya di HRPZII, semalam. KOTA BHA...11 years ago
-
Tarbiyyah Menjelang Ramadhan.. - ALHAMDULILLAH, Saat ini kita telah memasuki bulan rajab yang termasuk salah satu dari bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT: إِنَّ عِدَّةَ الشُّ...16 years ago
-
Big joke from blind fools...Umno delegate defends Rosmah’s use of government jet - The use of a government jet by Datin Seri Rosmah Mansor for an official trip should not be questioned as it involved her security, said Federal Territ...11 years ago
-
life of aku - [image: Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket] *لايؤمن أحدكم حتى يحب * *لأخيه ما يحب لنفسه * *Jagalah Persahabatan Kamu Sepertimana Kamu Menjag...16 years ago
-
Muka X malu! Tarik 40 kes rasuah.. & episod hitam. - *1. Tak wajar tarik rayuan 40 kes rasuah Zahid* Keputusan Jabatan Peguam Negara untuk menarik rayuan terhadap pembebasan Timbalan Perdana Menteri (TPM...13 hours ago
-
ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ - ________________ ETCサービスをご利用のお客様へ: インフォメーションMAIL ________________ 平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます 今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました 本人操作確認するため為、一時使用制限を...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
Perutusan Dari Tun Mahathir - PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU) 1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada s...4 years ago
-
Budak2 Melayu Sekarang.... - Tengahari semalam memenuhi jemputan walimatul urus kawan Varsity pramugari gua. Pramugari gua pi amik air dan booking tempat duduk, gua beratur nak ambil ...4 years ago
-
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON - *Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.* Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah per...6 years ago
-
-
PRU14 : Betapa Cepatnya Masa Berlalu - Siapa sangka betapa cepatnya masa berlalu kerana pejam celik pejam celik sudah lebih 40 tahun saya bersama mendokong perjuangan PAS. Jika dulu hanya kaset-...6 years ago
-
Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...9 years ago
-
-
PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS - [image: https://towardsmardhatillah.files.wordpress.com/2010/01/hj-hadi-awang.jpg] Kedudukan pencalonan Presiden Penyandang Tuan Guru DS Abdul Hadi (16...9 years ago
-
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH... - Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...11 years ago
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...15 years ago
-
-
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...2 years ago
-
Dulu semua salah Anwar kini giliran Mahathir..rasakan ! - *Isu patung* yang diulas oleh Timbalan Mufti Perak,tiba-tiba dijawab oleh Timbalan Mufti Kedah Barangkali rasa "pedih telinga",sekonyong-konyong Timba...8 years ago
-
-
Dari penyokong kepada MAT BASHAH - Rehatkan Tan Cheng Hoe & panggil semula Ramon Marcote - oleh AnakKedah007 Aku ingat malas dah nak tulis menulis lanie..namun disebabkan dok tengok koi hari koi serabut jadi terpaksa jugak aku tekan keyboard PC ...8 years ago
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...8 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...9 years ago
-
Pendekar taik minyak - Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kristian dn di izink...10 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan - Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin telah dinaikkan 'pangkat' ke jawatan YDP Kawasan Batu Gajah apabila menang tanpa bertanding dan beliau se...11 years ago
-
PR mampu pimpin negara - KUALA TERENGGANU - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diakui mempunyai kewibawaan memimpin Malaysia dan mampu menentukan hala tuju yang baik untuk masa depan neg...12 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA - Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mendaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan ...13 years ago
-
-
-
No comments:
Post a Comment