ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

Showing posts with label kemelut PR. Show all posts
Showing posts with label kemelut PR. Show all posts

11 August 2009

Isu Arak di Selangor - Sebagaimana Pub & Rumah Urut dan segala rumah maksiat yang bercambah seolah olah tanpa kawalan..

Mungkin untuk mengharamkan penjualan arak di Selangor menjadi satu perkara yang agak obvious memandangkan pertembungan budaya masyarakat berbilang kaum di Selangor. Namun apabila hanya Bandaraya Shah Alam di ambil kira, majoritinya adalah penduduk Islam yakni 90% populasinya.

Dengan faktor ini, saya amat menyokong sebarang usaha untuk mencegah aktiviti yang menjurus kepada maksiat di Shah Alam termasuklah penjualan arak di kedai serbaneka, disko dan pub, pusat hiburan karaoke yang ditutup lewat, kedai nombor ramalan dan rumah urut bertatah refleksologi.

Berkenaan pusat hiburan karaoke, memadailah jika hanya beroperasi selewat-lewatnya jam 12 malam sahaja. Berkenaan penjualan arak, pusat disko, pusat pub, kedai ekor dan rumah urut, adalah menjadi tanggungjawab bagi semua pihak yang sayangkan agama Islam untuk melupuskan aktiviti maksiat dari bumi Shah Alam. Tutup disko, pub, kedai ekor dan rumah urut di seluruh Shah Alam, Bandaraya Islam selain Kota Bharu. Bayangkan betapa berkatnya Shah Alam tanpa anasir kemaksiatan.

Sekiranya ada di antara warga Islam Shah Alam mahupun bukan Islam yang mahukan hiburan, mahukan arak, mahu urutan dari amoi siam pinoy, maju berjudi ekor, dipersilakan ke daerah lain yang terdekat seperti Petaling Jaya ataupun Klang. Warga Shah Alam yang begitu berbangga mentafsir Shah Alam sebagai Bandaraya Melayu Islam seharusnya mengambil peluang dan inisiatif untuk membersihkan Shah Alam dari sebarang lubuk maksiat.

Bayangkan betapa hebatnya kepesatan Bandaraya Shah Alam, sebuah bandaraya yang tidak dicemari oleh aktiviti yang merosakkan ummah. Berilah sokongan anda untuk kita bina sebuah Bandaraya Islam sepertimana Kota Bharu. Kita boleh lakukanya di atas platform Pakatan Rakyat.

Jadi  Ambil lah peluang ini selagi Pakatan Rakyat masih berkuasa di Selangor.

08 August 2009

Kemelut dalam PR sampai bila

Kini dalam Pakatan Rakyat tahap kepercayaan dan kebolehapercayaan sesama mereka adalah teramat rendah. Ini adalah satu penyakit yang mempunyai pro dan kontra. Menariknya dalam 5 buah negeri Pakatan rakyat, masing-masing penerajui bagaikan enau dalam belukar lagaknya masing-masing ingin meninggikan pucuk masing-masing.
Sebagai contoh di Kedah kerajaan yang diterajui sepenuhnya oleh PAS , bukan tidak diyakini oleh UMNO BN tetapi oleh DAP. Kerana beberapa dasar PAS yang dibuat tidak menguntungkan rakan kongsi.

Sementara di Selangor kerajaan negeri diterajui PKR dicemburui oleh DAP dan PAS. Ini kerana dalam isu arak PAS paling lantang sebelumnya Azmin Ali minta exco disusun semula. DAP menyerang balas PAS dan mempertikaikan sikap PAS. Hari ini sahaja MB Selangor sekadar membuat pengumuman yang kurang menyenangkan pihak PAS.

Di Pulau Pinang pula adalah kemelut DAP dengan PKR yang nampaknya reda sesudah ditangani secara baik. Isunya tidaklah hebat sangat di Pulau Pinang.
Inilah, rata-rata blogger melihat kes seumpama ini memberi 'saham' PR bakal dikuburkan rakyat menjelang PRU 13. Jika itulah yang berlaku kita terima lah sahaja. Rakyat sahaja yang berhak membuat pilihan. Maka PAS jika begitu keluarlah daripada PR dan jadilah sebagai sebuah parti pembangkang yang kuat untuk selama-lamanya ataupun tunggu UMNO mati semua ahli UMNO masuk PAS dan PAS bakal kuat sesudah UMNO mati.

CARA JUAL ARAK: NIK AZIZ PELAWA RONNIE LIU KE KELANTAN


Kerajaan PAS Kelantan sedia membantu Selangor jika kerajaan negeri itu berminat mempelajari kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduknya yang bukan beragama Islam.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sistem penjualan arak di negeri ini berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.

“Kalau Ronnie Liu (Exco Selangor) nak mari, sebagai tuan rumah kita kena sambut tetamu yang mahu datang atau berkunjung ke rumah kita untuk belajar cara-cara kita mengendalikan sistem penjualan dan pengurusan kedai minuman arak kepada bukan Islam negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan durian bersama masyarakat Cina di sini, semalam.


Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Kelantan mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di negeri ini selepas Pas mula mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

“Kalau boleh saya tak mahu campur urusan negeri Selangor itu kerana saya sendiri tidak tahu secara jelas apa punca kejadian itu, selain dari surat khabar dan media,” katanya.

Sementara itu di SHAH ALAM, Ronnie menyambut baik pelawaan Nik Aziz menjemput beliau ke Kelantan untuk melihat bagaimana Kerajaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan mengenai minuman keras.

“Saya difahamkan, negeri-negeri di Pantai Timur tidak mengharamkan penjualan minuman keras dan tiada halangan untuk berbuat demikian, Cuma penjualannya perlu mempunyai lesen.

“Kaedah permohonan lesen adalah sama dengan negeri-negeri lain iaitu sebarang permohonan perlulah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah masing-masing,” katanya, semalam.

Mengulas desakan Datuk Dr Hasan Mohammed Ali, Ronnie berkata: “Beliau seorang pemimpin yang baik, malah hubungan beliau dengan saya sama ada dari segi peribadi dan urusan kerja tidak mempunyai sebarang masalah, berbeza pendapat adalah biasa."