ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

Showing posts with label krisis perak. Show all posts
Showing posts with label krisis perak. Show all posts

10 April 2010

ZOMBIES TAKUT BUBAR DUN...!!!

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menganggap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai “penakut” kerana tidak berani untuk membubarkan Dewan Undangan Negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru walaupun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

“Beliau (Zambry) kata BN akan menang sekiranya pilihan raya baru diadakan, itu apa yang tersurat tetapi hakikatnya beliau sendiri tidak yakin untuk menang.

“Sebab itu beliau kata tidak berhasrat untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru dengan mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat.

“Ketika persidangan mengapa beliau menggunakan khidmat polis untuk mengawal persidangan, menutup mikrofon dan tidak membenarkan media masuk untuk membuat liputan?

“Ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan diri sendiri dan takut kalah sebab itu macam-macam alasan diberikan untuk tidak membubarkan DUN,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zambry yang mengatakan kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan BN berupaya untuk menang.

Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang berkata, hasil kajian dari Pakatan Rakyat (PR) juga menunjukkan keputusan positif.

“Hasil kajian kita menunjukkan sekiranya pilihan raya baru diadakan seluruh kerusi MCA serta MIC akan kalah dan lebih separuh kerusi BN akan menjadi milik PR.

“Ini kerana majoriti rakyat masih memberikan sokongan kepada kita dan mereka mahu melihat pilihan raya baru diadakan.

“Kita telah bekerja kuat selama ini dan kita yakin menang sekiranya pilihan raya baru diadakan,” katanya.

Tambahnya, tindakan Zambry yang tidak mahu mengadakan pilihan raya baru bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Beliau kata rakyat didahulukan tetapi mengapa tidak mahu mengadakan pilihan raya baru?

“Rakyat mahu pilihan raya baru diadakan tetapi Zambry tidak mahu, bukankah ini bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan?

“Ini jelas menunjukkan beliau tidak mendahulukan rakyat tetapi lebih kepada soal kepentingan politiknya,” katanya lagi.


penyapu sial

Memang betul, Zambry amat takut menghadapi 'Mahkamah Rakyat". Dia tidak berpegang pada konsep "..Government of the people, by the people, for the people..." Dia duk gantung kepada "Government of the Courts" sahaja !!!

08 April 2010

ZOMBIES... tolak pilihanraya walaupun kajian positif

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa kerajaan negeri tidak akan tergesa – gesa untuk membubarkan dewan undangan negerinya (DUN) bagi membolehkan pilihanraya diadakan walaupun terdapat hasil kajian yang menyatakan BN berpotensi untuk menang. Beliau menegaskan perkara utama kini ialah menunjukkan pada rakyat agenda pembangunan Perak selain menunaikan janji.

"Terima kasih atas hasil kajian itu dan yang pasti ada pihak yang tidak gembira dengannya. Apa yang lebih penting bagi kita ialah kerajaan BN di Perak kini melaksanakan perkara yang betul dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi janji ke arah kebaikan rakyat," katanya. Beliau turut menyifatkan hasil kajian yang dibuat itu mendorong BN Perak untuk berusaha lebih keras dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.



penyapu sial

kajian rambang and gampang ke atas negeri perak di bawah zomri yang memang dipercayai meningkat graf kesyokkan diri sendiri dan puak-puaknya. kalau tak caya tengok dia senyum macam tak ikhlas ajeeee kelat-kelat pahit gitu.

ITU CUMA KAJIAN ATAS KERTAS, YANG NAK PASTIKANNYA ADALAH RAKYAT PERAK. KALAU UMNO/BN DAH YAKIN BOLEH MENANG, SILALAH BUBARKAN DUN DAN LAWAN SECARA ANAK JANTAN BUKANNYA CARA HARAM MACAM SEKARANG.

28 October 2009

Surat palsu Speaker V. Sivakumar beredar di Ipoh.














































Inilah surat palsu yang diedarkan di Ipoh yang menggunakan kepala surat speaker dan tandatangan V. Sivakumar. (klik untuk paparan lebih jelas)


Saya telah dihubungi oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim Ariff yang memaklumkan ditangannya terdapat sepucuk surat yang diserahkan oleh Penyelia DUN pakatan Rakyat DUN Sungai Rapat, Sdr. Radzi Zainon.

Surat diatas ternyata palsu dan saya ditugaskan oleh Speaker V. Sivakumar untuk menafikan bahawa surat itu dikeluarkan oleh pihak beliau. Perkara tersebut ditegaskannya semasa menghubunginya sebentar tadi.

Beliau mengecam tindakan provokasi pihak yang tidak bertanggung jawab itu dengan mengunakan namanya itu dan berharap pihak yang menerima surat itu tidak mempercayai kandungan surat tersebut apa lagi dikaitkan dengan Persidangan DUN Perak yang akan diadakan di Hotel Heritage dan pembubaran DUN Perak yang akan berlaku esok hari.

Mengikut pemberi maklumat awal, surat tersebut didapati beredar di Mesjid Jalan Dairy Ipoh dan di kutip oleh seorang pimpinan PAS Kg. Gajah dan diserahkan kepada Sdr. Radzi Zainon.

Inilah antara suasana yang menghiasi sidang DUN Perak yang akan berlangsung esok. Apapun kita melihat dari semua aspek tidak ada langkah yang sewajarnya dan paling baik melainkan diberikan laluan kepada pembubaran DUN Perak dan memberi mandat kepada rakyat Perak untuk memilih sekali lagi.


oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM