ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

Showing posts with label prk bagan pinang. Show all posts
Showing posts with label prk bagan pinang. Show all posts

13 October 2009

gagal dekati pengundi,termakan budi dan pergolakan PR di negeri lain punca PAS tewas

PAS gagal dekati pengundi waktu pilihanraya



Kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang, antaranya, berpunca daripada kegagalan parti itu dan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di negeri yang dimenangi mereka.

"Sejauh mana kita serius berkhidmat di estet-estet? Ini pengalaman saya bersama Kelab Penyokong PAS (KPP).

"Orang India inilah yang beri sokongan kepada kita. Kalau kita tidak serius, (kecuaian) itu tidak baik," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau, yang juga pengarah operasi PAS untuk pilihan raya kecil itu, diminta mengulas prestasi buruk parti itu di kerusi DUN tersebut semalam apabila, sekurang-kurangnya, gagal mengurangkan majoriti BN.

Ahli parlimen itu berkata sikap Pakatan yang hanya mendatangi pengundi di saat akhir menjelang pilihan raya mestilah dihindari jika PAS dan gabungan pembangkang mahu terus mendapat kepercayaan rakyat.

Dr Dzulkefly mengakui, isu-isu berbangkit di peringkat nasional – seperti kontroversi penjualan arak di Selangor dan perobohan rumah di Kg Buah Pala, Pulau Pinang – sedikit sebanyak memberikan kesan penduduk di kawasan-kawasan lain.

"Kita tidak boleh lagi membuat andaian bahawa isu di peringkat (sesebuah) negeri dan pusat tidak membawa kesan di negeri lain," katanya, diminta mengulas analisis ringkas akhbar web rasmi parti Harakahdaily.

“Jangan ingat apa yang berlaku di Kedah tidak ada kesan di Bagan Pinang. Ada (kesan).”

Akhbar web itu dalam analisis segera sejurus selepas keputusan diumumkan menyebut, pengundi Cina di Bagan Pinang menolak parti Islam kerana tidak berpuas hati terhadap beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut, kesahihan maklumat itu hanya dapat dipastikan apabila analisis lengkap keputusan penuh pilihan raya itu dibuat.

Menurut Dr Dzulkefly, daripada awal lagi PAS beranggapan kerusi itu sukar ditawan kerana Bagan Pinang kerusi tradisi BN dan terdapat banyak pengundi pos di situ.

Selain itu, katanya, terdapat sentimen pengundi yang “termakan budi” kepada Isa – yang pernah menjadi menteri besar Negeri Sembilan kira-kira dua puluh tahun.

"Mereka ada keupayaan untuk memberi, sama ada projek, subsidi, tanah dan imbuhan. Sedikit sebanyak penduduk akan termakan budi," katanya.

Pembedahan PAS


Peduli apa siapa yang menang, sama ada Barisan Nasional yang menang atau Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebenarnya menang. Yang penting, PAS kalah di Bagan Pinang.Saya tak dan lagi nak tulis apa-apa. Tetapi, saya setuju dengan pembedahan demi pembedahan yang dilakukan terhadap PAS


(Sila lihat berita Malaysiakini "PAS VP tells why non-Malays ditched Pakatan" dan "PAS gagal, dekati pengundi waktu pilihan raya").

Walaupun begitu, saya berbeza pandangan dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyatakan:

"To some extent a certain percentage might have been influenced by Prime Minister Najib Razak's '1Malaysia' concept".

Saya tak fikir sampah sarap seperti '1Malaysia' itu diambil peduli oleh rakyat Malaysia atau para pengundi di Bagan Pinang. Yang menjadi masalah ialah apa persepsi terkini mereka terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Dari awal lagi, saya dah katakan bahawa PAS kalah kepada strategi orang-orang Umno (sila lihat posting bertajuk "Tahniah Azeez! Hang menang, orang PAS kalah"). Mampoih pi la depa guna strategi serang markaz PAS ka, debik orang PAS ka, punggai orang PAS dengan batu ka (hatta sehingga keputusan telah diumumkan pun, beberapa kereta di tepi-tepi jalan dekat markaz pilihan raya PAS rosak akibat dibaling dengan batu - batu besaq pulak tu), tetapi mereka berjaya dengan strategi itu.

Depa dapat alihkan kerja orang PAS dengan strategi itu.

Awat? Hampa marah depa ganas? Kalau keganasan boleh menangkan mereka, apa lagi pilihan mereka? Yang kita, strategi apa? Jangan dok ralit nampak salah orang ja, mari kita bedah PAS dulu.


Oleh Penarik Beca

12 October 2009

BN menghalalkan cara....lepaihhh nie...segala jenis kepala Gangster, Perompak, Penagih Dadah dan Pelacur layak di lantik sebagai Wakil Rakyat !!!!

Lepas Ini Kita Pilih Ketua Gangster, Perompak, Penagih Dadah dan Pelacur Sebagai Wakil Rakyat!


Wakil rakyat baru bagi DUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata kemenangan BN dengan majoriti lebih 5,000 undi sebagai gambaran kepercayaan rakyat di kawasan tersebut terhadap beliau dan parti.

"Nampaknya mereka menyambut dengan hati yang terbuka, dengan kemenangan yang cukup bergaya dan selesa buat BN," katanya ketika ditemui selepas kemenangnnya itu.

Saya setuju dengan kenyataan Isa bahawa kemenangan itu adalah GAMBARAN KEPERCAYAAN RAKYAT KAWASAN TERSEBUT (Bagan Pinang)) TERHADAP BELIAU( Isa) DAN PARTI (BN). Gambaran yang ada kepada rakyat umum ialah Isa tokoh perasuah dan BN parti pencinta rasuah yang perlu dijauhi. Tapi itu gambaran umum rakyat Malaysia. Kadang-kadang gambaran umum tidak sama dengan gambaran yang bersifat lokaliti komuniti tertentu. Sebab itu apabila rakyat Malaysia umumnya menolak rasuah, ia tidak bermakna semua orang memandang jijik kepada rasuah. Perkara itu (membenci rasuah) mungkin dirasai oleh kebanyakan orang Malaysia, tetapi ia tidak boleh dipaksakan kepada semua orang, termasuk masyarakat Bagan Pinang.

Nampaknya kemenangan besar Isa adalah satu percubaan BN untuk meyakinkan masyarakat Malaysia bahawa perasuah tidak perlu digeruni dan integriti tidak perlu disanjungi. Kepercayaan bahawa kita perlu menyisihkan pemimpin rasuah mungkin hanya sesuai dijadikan pegangan masyarakat maju di negara-negara Barat, Jepun dan Korea. Tetapi kita perlu menerima kenyataan bahawa negara ini belum mencapai tahap negara maju dan oleh itu rasuah tidak perlu dipandang sebagai sesuatu yang menjijikkan. Oleh itu selepas ini kita perlu belajar untuk masih menerima dengan hati terbuka perasuah sebagai pemimpin, sebagai wakil rakyat, sebagai menteri.

BN parti yang dicemari rasuah itu telah mengajar rakyat sejak berdekad-dekad dahulu untuk menerima perasuah sebagai pemimpin dan rakyat Bagan Pinang telah membuktikan mereka boleh menerima kenyataan itu. Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan pemimpin-pemimpin yang ada salah laku moral yang cukup jijik pula sebagai calon dan mungkin rakyat boleh menerimanya. Perkara ini (meletakkan calon jijik yang tidak bermoral) sebagai pemimpin bukan perkara asing di negara luar dan ia boleh dicuba BN di Malaysia selepas ini.

Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan kepala gangster, ketua perompak, ketua sindiket judi, pelacur, ketua ajaran sesat dan penagih dadah tegar sebagai calon mereka dalam sesuatu pilihanraya. Rakyat yang telah biasa menerima perasuah sebagai wakil rakyat mereka tentu berfikir, jika perasuah boleh diterima sebagai wakil rakyat, mengapa mereka tidak boleh menerima kepala gangster, perompak,pelacur dan penagih dadah sebagai wakil rakyat selepas ini?

Mungkin lepas ini jika ada lagi kekosongan wakil rakyat, BN boleh mencuba meletakkan kepala gangster, ketua perompak, pelacur dan penagih dadah sebagai calon mereka. Siapa tahu masyarakat Malaysia yang semakin mundur dan telah semakin sebati dengan budaya tidak bermoral itu boleh menerimanya? BN boleh mencubanya, kerana BN boleh!!!

~ pendikar gunung kriang


penyapu sial

untungnya kalau lah botak chin dan bentong kali masih hidup...rakyat teluk kemang boleh lah berbangga melantik malaun dua ekor tu jadi wakil mereka.....peduli apa rekod moral dia....janji pulus ( rasuah ) masuk ke kantung serta merta....!!!!

Teluk Kemang lubuk bapak dan rakyat perasuah...!!!!

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah


Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.

"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image Mengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.

HarakahDaily.Net

Aksi Panas Puteri UMNO

Dengan kekalahan ini kita sepatutnya lebih bersedih dengan nasib yang bakal menimpa anak-anak generasi kita yang akan datang yang akhlak dan nasib mereka sebenarnya tidak diutamakan oleh pemimpin-pemimpin yang sudah rosak akhlaknya.

Lihatlah akhlak anak-anak remaja puteri UMNO yang sudah hilang rasa malu mereka...sedih...anak-anak seagama dan sebangsa...saya tidak lihat kelibat mereka dari bangsa dan agama yang lain di tempat yang sama...apatah lagi yang berkelakuan seperti di bawah.








Aksi ini dilakukan apabila ada seorang wanita penyokong PR yang baru datang mengambil tempat di barisan hadapan dan beliau tidak menutup aurat...maka mereka mentertawakan dan beraksi dengan mengutuk beliau yang tidak menutup auratnya...dan cuba dihulurkan selendang kepadanya...







Adik ini memang dahsyat sekali...hingga rambutnya kusut masai langsung tak dihiraukan...menjerit sepanjang masa macam orang kena histeria...Entah apa yang dimarahi sangat pun tak tahulah...kami hanya mendiamkan diri dengan hanya berzikir sepanjang masa...







Penuh jari saya dengan cincin...mungkin itulah kata yang tidak terungkap...















by ummu asiah

BAGAN PINANG-AKSI AKSI KELUCAHAN PEMUDA/PUTERA UMNO YANG TERLAMPAU

























Kemenagan Isa Perlu Disembunyikan Dari Pengetahuan Masyarakat Dunia!!



Seperti yang dijangka ramai, tokoh perasuah bernama Isa itu menang di Bagan Pinang. Apa pun orang nak kata, katalah, tapi Isa telah ditabal majoriti pengundi menjadi wakil rakyat mereka. Tidak kiralah apa yang ada dalam minda pengundi ketika tangan emas mereka memegang pensil, tetapi mereka telah membuat keputusan.

Tidak kiralah sama ada keputusan pengundi itu bijak atau tolol, tapi itulah keputusan mereka. Semua pihak patut menghormati keputusan itu kerana itu adalah keputusan majoriti komuniti kawasan itu. Seperti juga jika pilihanraya diadakan di kalangan komuniti banduan dan mereka memilih ketua Geng Mamak sebagai ketua mereka, semua pihak harus menerima keputusan banduan yang memilih yang terburuk di antara mereka sebagai ketua. Kerana, apa pun proses demokrasi wajar dihormati, biar siapapun yang terpilih tidak kiralah sama ada dia ketua perasuah, ketua penjenayah atau ketua kerajaan langit ala-Ayah Pin.

Cuma diharap kemenangan Isa itu tidak disalah tafsir oleh masyarakat luar negara khususnya pelabur asing sebagai manifestasi penerimaan masyarakat Malaysia terhadap budaya rasuah. Negara sedang berada di antara tangga tercorot dalam indeks persepsi rasuah dan diharap keputusan di Bagan Pinang ini tidak mempengaruhi kedudukan indeks tersebut kelak. Harap negara luar melihat keputusan di Bagan Pinang ini sebagai kes terpencil kerana ia tidak mewakili majoriti masyarakat cerdik Malaysia yang akan tetap menolak rasuah dan penyalah gunaan kuasa dalam kehidupann mereka.

Tapi lebihlah elok rasanya jika keputusan pilihanraya di Bagan Pinang ini tidak diketahui oleh masyarakat luar negara, khususnya pelabur asing. Mungkin media kita boleh melakukan sesuatu untuk mengelakkan keputusan rakyat yang memalukan ini diketahui dunia bagi mengelakkan Malaysia diketawakan!!

~ pendikar gunung kriang

Selayaknya Isa Samad hanyalah wakil Pos sahaja...Majoriti BN Cuma 831 Tanpa Undi Pos


Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menang pada pilihan kecil DUN Bagan Pinang dengan majoriti tipu 5,435 undi, mengikut analisis seorang blogger, iniyangakurasa.

Mohd. Isa memperoleh 8,013 undi manakala calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar memperoleh 2,578 undi.

UNDI POS = 4,604

MAJORITI TIPU = 5,435

MAJORITI TIPU - UNDI POS = 5,435 - 4,604 = 831 undi

Umno Menang Menipu... Selepas Ini Akan Terus Angkuh Amal Rasuah


Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah.



Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan.

Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu.

Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih.

Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.




SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.

TAHNIAH...BAPAK PERASUAH MENANG LAGI...TENTERA DAPAT KOLAM MANDI ...HAK RAKYAT DI LIWAT LAGI...!!!





















PORT DICKSON, 11 Okt [8.00 pm] -

Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad, menang dengan majoriti 5,435 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 8,013 undi berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang mendapat 2,578 undi. Seramai 11,157 atau 81.65 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu hari ini.


Keputusan rasmi diumumkan Pengurus Pilihan raya kecil itu, Abdul Wahab Shamsuddin, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pada jam 8 malam tadi. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu. Pada pilihan raya umum lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi apabila memperoleh 6,430 undi manakala calon Pas, Ramli Ismail, mendapat 4,097 undi.

















Kemenangan ini dari segi sudut moral demokrasi ciptaan manusia seolahnya BN berjaya menebus kekalahan berturut-turut mereka dalam beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung

PAS menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka biarpun pada pandangan peribadi saya PAS sepatutnya memboikot piliharaya kecil ini dari awal memandangkan undi pos yang cukup tinggi dikawasan dun ini termasuklah kesengajaan SPR menggunakan daftar pemilih yang berbeza semasa hari membuang undi pos.

Ini juga termasuklah insiden-insiden samseng dari pihak BN yang menyerang orang ramai dan petugas-petugas Pakatan Rakyat sepanjang kempen termasuklah hari mengundi yang menyaksikan BN sanggup berbuat apa sahaja untuk menang.

Untuk rekod Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula 2,578 undi. Undi rosak 222. Sekaligus menyaksikan PAS kalah di tiga daerah mengundi yang pernah dimenangi PAS sebelum ini iaitu Ladang Atherton, Pekan Siliau dan Sua Betong.

PAS juga dikatakan hilang banyak undi melayu barangkali orang melayu masih termakan budi dengan air tangan Isa Samad sepanjang 22 tahun menjadi MB.

PAS juga kehilangan undi kaum India diestet-estet pendalaman berkemungkinan kaum India percayakan janji Perdana Menteri yang kononnya ingin membantu kaum India termasuklah penubuhan secara rasmi parti Makhal Sakhti yang diharapkan kaum India sebagai pengganti parti MIC.

PAS menerima apa juga keputusan sebagai muhasabah diri kerana apa yang PAS perjuangkan ialah Islam dan PAS untuk semua. Islam tidak kalah yang kalah ialah rakyat yang masih percayakan janji palsu BN yang diragui keikhlasannya, siapa yang patut percaya BN akan berubah selagi dasar parti dan orang-orang yang rasuah dan korup terus duduk dalam parti pemerintah.

Polis juga seperti biasa tetap berselindung dibalik pakaian seragam mereka yang sepatutnya menjaga keselamatan semua rakyat Malaysia tetapi dilihat lebih cenderung memudahkan kempen calon BN.

Saya teringat insiden pagi tadi di daerah mengundi Telok Kemang bilamana penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat telahpun membanjiri kiri dan kanan jalan semenjak awal pagi telahpun disuruh bersurai dan beralih ketempat lain untuk memberi laluan kepada calon BN berkempen.

BN menggunakan budak-budak sekolah yang siapa sahaja melihatnya akan mengatakan ini adalah remaja-remaja yang rosaknya akhlaknya, dengan kata-kata kesat dan biadap termasuklah insiden pergaduhan dan membaling batu yang mencederakan seorang penyokong PAS.

Kini rakyat mesti menilai semula sokongan mereka kepada BN yang dilihat telah berhasil menyemai budaya penyangak dan samseng asalkan pemimpin mereka boleh berkuasa, apa mereka peduli ini sema biar rakyat merempat pemimpin akan terus membangsatkan rakyat dinegara sendiri. Sekali lagi pilihlah Islam nescaya kamu semua akan selamat.

11 October 2009

tak abih abih SPR nak tolong barisan najis ( BN ) menang menipu




Undi pos: PAS buat lagi laporan polis

PAS membuat laporan polis malam tadi mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyerahkan 70 kertas undi pos kepada pihak tentera.

Laporan tersebut dibuat oleh wakil calon PAS, Ramli Ismail di ibupejabat polis Port Dickson kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Apabila pengundian pos di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) berakhir kelmarin, seramai 1,807 daripada 1,877 anggota tentera yang layak mengundi, telah mengundi.

Selebihnya, termasuk 2,694 lagi merupakan pengundi pos yang tinggal di luar kem, serta 31 anggota polis dan dua pengundi yang berada di luar negara.

Ramli mendakwa 70 kertas itu diserahkan kepada pihak tentera pada jam 5.45 petang semalam.

Sepatutnya, kata beliau, 70 kertas undi dikembalikan kepada SPR.

"Untuk apa diserahkan kepada pihak tentera. Apa tujuannya?" katanya

Terdapat 13,994 pemilih, termasuk 4,604 pemilih pos, yang layak mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa undi pos Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat pula berkata, tindakan menyerahkan 70 kertas undi itu kepada pihak tentera menimbul kecurigaan.

Alahai... Dah Start Berkelahi Dah...

Bagan Pinang: Proses pengundian dicemari pergaduhan penyokong BN dan PAS, SPR kesal




KECOH..Proses pengundian pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang kecoh apabila penyokong BN dan PAS saling bersorak untuk merayu undi bagaimanapun kejadian tersebut bertukar sebaliknya apabila penyokong kedua-dua parti bertindak ganas dengan membaling botol dan kayu kepada penyokong parti lawan. Dalam kejadian tersebut dua orang penyokong yang dipercayai masing-masing daripada PAS dan BN ditahan oleh pihak polis.



TAHAN...Polis menahan seorang daripada dua penyokong daripada parti yang bertanding. Mereka ditahan kerana dipercayai menimbulkan kekecohan berhampiran pusat mengundi di SK Telok Kemang di sini.Kejadian berlaku apabila kedua-dua pihak membaling botol dan kayu kepada pihak lawan.


PORT DICKSON: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang hari ini tercalar apabila berlakunya pergaduhan antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau kesal dengan sikap penyokong-penyokong berkenaan hingga mencetuskan kekecohan.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku, mereka (penyokong dan peraih undi) masih tidak faham dengan larangan yang dikeluarkan oleh SPR supaya tidak hadir pada hari pengundian.

"Kehadiran mereka hanya untuk membuat kacau, tapi bila kita larang mereka degil, bila kedua-dua pihak dah duduk bertentang mula lah pergaduhan macam apa yang berlaku..Saya kesal lah," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi tadi, penyokong BN dan PAS masing-masing membaling botol dan kayu ke arah penyokong parti lawan.

Ekoran kejadian itu, dua orang penyokong masing-masing daripada PAS dan BN telah ditahan oleh pihak polis.

Menurut Abdul Aziz lagi, beliau berharap kumpulan penyokong berkenaan tidak mencetuskan kekecohan sehingga menggangu pengundi untuk keluar mengundi.

"Bagi SPR, kita harap pengundi tidak takut untuk keluar mengundi, pihak polis akan memastikan keadaan terus terkawal," katanya.

kalau pemimpin tertinggi dia dah jadi kepala samseng....anak buah penyundalnya apa lagi la...!!!!


Samseng nak tunjuk Samseng!!

Insiden berdarah hampir berlaku berhampiran bilik gerakan PAS/PR tidak jauh daripada PD Marina Resort awal pagi ini. Kekecohan kecil bermula dengan tindakan biadap seorang daripada remaja skuad baju hitam dengan armband merah ditengah-tengah kumpulan petugas dan penyokong PAS. Keadaan menjadi tegang apabila skuad samseng UMNO itu dikerah beramai-ramai menyerbu bilik gerakan PAS dengan dakwaan bahawa seorang ahli mereka telah dicederakan oleh penyokong PAS.





Pasukan polis yang berada di tempat kejadian untuk mententeramkan keadaan turut diasak oleh kumpulan besar skuad remaja itu. Dua orang blogger yang terperangkap dalam kesesakan akibat insiden itu telah mendengar kata-kata bersifat menghasut yang diucapkan oleh petugas-petugas UMNO dewasa.

Antara kata-kata itu ialah, “Asak je! Jangan takut, polis sebelah kita!” Walaubagaimana pun, cubaan skuad remaja itu untuk bertempur dengan penyokong PR dapat dihentikan oleh pihak polis setelah remaja-remaja samseng itu mengasak benteng pasukan polis beberapa meter sehingga sangat hampir dengan kedudukan penyokong-penyokong PR.

Team PerakExpress yang turut terperangkap dalam kesesakan jalanraya di tempat kejadian dapat melihat puluhan remaja bermotosikal skuad baju hitam dengan armband merah bergerak kembali ke bilik gerakan UMNO berdekatan. Kebanyakan remaja tersebut adalah dalam lingkungan usia belasan tahun dan awal dua puluhan. Dipercayai sebahagian besar mereka masih bersekolah.


















Oleh CyberBoron

parti komponen barisan najis...SPR...memang cibai...!!!!.. Buat Arahan Tergempar saat akhir...!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan mengejut berhubung pemakaian lambang-lambang parti di badan para penyokong di luar lapan pusat pembuangan undi.




Atas arahan suruhanjaya itu, polis mengarahkan semua petugas dan penyokong PAS serta BN menanggalkan sebarang simbol - termasuk pada pakaian seperti topi atau jaket.

Penggunaan kipas tangan dan payung yang bersimbolkan parti bertanding juga dilarang.

10 October 2009

salah guna kuasa dan peraturan SPR... Mohamad Hassan & Zahid Hamidi berkempen Dalam KEM TENTERA



Salahudin Sewaktu sidang media pagi tadi

[2009-10-10_173604.jpg]

[LAPORAN LENGKAP
- helaian muka surat 4]


ini adalah sebahagian dari laporan sidang media yg di keluarkan pagi tadi yg menyentuh akan undi pos.. tetapi disini kami nak highligt kan akan isu salah guna kuasa di mana ada laporan mengatakan MB Negeri Sembilan dan Zahid Hamidi telah mengugut anggota tentera di Kem Kg Sawah....

Jika macam nie dah nampak ketidakadilan dalam segi kempen di mana PAS tidak dapat masuk kempen dalam kem tetapi UMNO/BN menggunakan pulak atas kapasiti MB dan Menteri masuk kem dan ugut anggota tentera...

SPR dah tentu akan pejam mata akan kejadian ini.. sekarang nie cuma RAKYAT sendiri yg ada kuasa untuk mencelikkan semula mata-mata mereka yg pejam ini... jadi gunakanlah kuasa RAKYAT itu sebaik-baiknya...

Ini Ucapan Mereka.. kalau masih bebal lagi tak tahu lah...



oleh TarakNama@gmail.com