ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 October 2009

BN menghalalkan cara....lepaihhh nie...segala jenis kepala Gangster, Perompak, Penagih Dadah dan Pelacur layak di lantik sebagai Wakil Rakyat !!!!

Lepas Ini Kita Pilih Ketua Gangster, Perompak, Penagih Dadah dan Pelacur Sebagai Wakil Rakyat!


Wakil rakyat baru bagi DUN Bagan Pinang, Tan Sri Mohd Isa Samad dilaporkan berkata kemenangan BN dengan majoriti lebih 5,000 undi sebagai gambaran kepercayaan rakyat di kawasan tersebut terhadap beliau dan parti.

"Nampaknya mereka menyambut dengan hati yang terbuka, dengan kemenangan yang cukup bergaya dan selesa buat BN," katanya ketika ditemui selepas kemenangnnya itu.

Saya setuju dengan kenyataan Isa bahawa kemenangan itu adalah GAMBARAN KEPERCAYAAN RAKYAT KAWASAN TERSEBUT (Bagan Pinang)) TERHADAP BELIAU( Isa) DAN PARTI (BN). Gambaran yang ada kepada rakyat umum ialah Isa tokoh perasuah dan BN parti pencinta rasuah yang perlu dijauhi. Tapi itu gambaran umum rakyat Malaysia. Kadang-kadang gambaran umum tidak sama dengan gambaran yang bersifat lokaliti komuniti tertentu. Sebab itu apabila rakyat Malaysia umumnya menolak rasuah, ia tidak bermakna semua orang memandang jijik kepada rasuah. Perkara itu (membenci rasuah) mungkin dirasai oleh kebanyakan orang Malaysia, tetapi ia tidak boleh dipaksakan kepada semua orang, termasuk masyarakat Bagan Pinang.

Nampaknya kemenangan besar Isa adalah satu percubaan BN untuk meyakinkan masyarakat Malaysia bahawa perasuah tidak perlu digeruni dan integriti tidak perlu disanjungi. Kepercayaan bahawa kita perlu menyisihkan pemimpin rasuah mungkin hanya sesuai dijadikan pegangan masyarakat maju di negara-negara Barat, Jepun dan Korea. Tetapi kita perlu menerima kenyataan bahawa negara ini belum mencapai tahap negara maju dan oleh itu rasuah tidak perlu dipandang sebagai sesuatu yang menjijikkan. Oleh itu selepas ini kita perlu belajar untuk masih menerima dengan hati terbuka perasuah sebagai pemimpin, sebagai wakil rakyat, sebagai menteri.

BN parti yang dicemari rasuah itu telah mengajar rakyat sejak berdekad-dekad dahulu untuk menerima perasuah sebagai pemimpin dan rakyat Bagan Pinang telah membuktikan mereka boleh menerima kenyataan itu. Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan pemimpin-pemimpin yang ada salah laku moral yang cukup jijik pula sebagai calon dan mungkin rakyat boleh menerimanya. Perkara ini (meletakkan calon jijik yang tidak bermoral) sebagai pemimpin bukan perkara asing di negara luar dan ia boleh dicuba BN di Malaysia selepas ini.

Mungkin lepas ini BN boleh meletakkan kepala gangster, ketua perompak, ketua sindiket judi, pelacur, ketua ajaran sesat dan penagih dadah tegar sebagai calon mereka dalam sesuatu pilihanraya. Rakyat yang telah biasa menerima perasuah sebagai wakil rakyat mereka tentu berfikir, jika perasuah boleh diterima sebagai wakil rakyat, mengapa mereka tidak boleh menerima kepala gangster, perompak,pelacur dan penagih dadah sebagai wakil rakyat selepas ini?

Mungkin lepas ini jika ada lagi kekosongan wakil rakyat, BN boleh mencuba meletakkan kepala gangster, ketua perompak, pelacur dan penagih dadah sebagai calon mereka. Siapa tahu masyarakat Malaysia yang semakin mundur dan telah semakin sebati dengan budaya tidak bermoral itu boleh menerimanya? BN boleh mencubanya, kerana BN boleh!!!

~ pendikar gunung kriang


penyapu sial

untungnya kalau lah botak chin dan bentong kali masih hidup...rakyat teluk kemang boleh lah berbangga melantik malaun dua ekor tu jadi wakil mereka.....peduli apa rekod moral dia....janji pulus ( rasuah ) masuk ke kantung serta merta....!!!!

No comments:

Post a Comment