ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 October 2009

PAS Selangor haramkan "ayat ayat syaitan" rakaman bisik bisik pembuntut pembuntut UMNO dalam PAS dari di siarkan...

"The Satanic Verses" versi Selangor

Saya tak perlu cerita apa-apa tentang "The Satanic Verses" tulisan Salman Rushdie. Banyak peristiwa yang berlaku di dalam dunia umat Islam kerana tulisan kurang ajar oleh penulis kurang ajar itu. Barat mengangkat buku itu sebagai karya sastera yang tidak wajar disekat (tetapi makanan dan ubat boleh pula disekat dalam kebejatan embargo mereka).

Di kalangan umat Islam, ramai yang juga yang menjadi peguam tanpa bayaran kepada Rushdie. Bagi mereka, kebebasan berkreatif tidak sepatutnya disekat (bagaimana kalau kita berkreatif maki dan fitnahkan mak bapak depa?). Memfitnahkan Nabi Muhammad pun tak mengapa.

Ada juga pak yet-pak yet di kalangan umat Islam yang memberikan kredit yang tinggi kepada Rushdie. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Rushdie "a profound writer". Kepala hotak hang!

Oleh kerana bantahan yang kuat dari majoriti besar dunia Islam terhadap luahan kreativiti syaitan itu, Malaysia tumpang sekaki mengharamkan buku itu. Tak pa la tu.

Beberapa hari lalu di Selangor, sama seperti kerajaan Malaysia mengharamkan "Ayat-Ayat Syaitan" yang lebih jijik dari taik babi itu, beberapa pemimpin PAS negeri itu mengharamkan rakaman-rakaman berikut:

1. Ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dalam satu pertemuan dengan Pemuda PAS negeri itu.

2. Ucapan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Hassan dalam satu pertemuan dengan beberapa blogger, antaranya orang-orang Umno yang kalau hampa rendam dalam ayaq acaq pun depa tetap Umno. Tak payahlah kutuk depa. Itu pendirian dan hak demokratik depa.

Beberapa persoalan berbangkit dari pengharaman itu:

1. Mengapa pemimpin-pemimpin PAS Selangor berkenaan takut sangat rakaman tersebut tersebar? Ahli dan penyokong PAS pun teringin jugak nak dengar ucapan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS.

2. Jika rakaman dalam pertemuan dengan Pemuda PAS Selangor boleh dikategorikan sebagai urusan dalaman PAS dan tidak wajar didengar oleh orang yang tidak menjadi ahli PAS termasuk bakaq a.k.a. ~penarik beca, adakah rakaman dalam pertemuan dengan beberapa blogger termasuk blogger Umno itu (malah kalau ada blogger komunis pun dijemput juga) termasuk dalam kategori urusan dalaman PAS juga? Jika tidak, mengapa orang seperti saya tak boleh tumpang dengar ucapan pemimpin-pemimpin PAS? Tumpang dengar ja...

3. Apakah kandungan rakaman dalam pertemuan dengan blogger-blogger tersebut?

4. Apakah yang diucapkan oleh Nasharudin dan Hassan dalam pertemuan itu?

5. Adakah ucapan-ucapan itu bersifat "prejudicial to PAS interest"? Jika tidak, mengapa ia menjadi bahan yang disorok? (Teringat pulak kempen anti sorok yang dilancarkan oleh kerajaan sekitar tahun 1974 dulu)

6. Jika terdapat ucapan yang bertentangan dengan prinsip maslahah jamaah kepada PAS, siapa yang mengucapkannya? (Saya hanya penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS. Tetapi, saya tak lupa janji saya dalam posting bertajuk "Tok Guru Mursyidul Am kena "ISA"?!!" - saya tak akan ambil maklumat dari Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk ditulis dalam blog ini. Saya tak nak mereka menjadi mangsa witch hunting. Sebab itulah saya kata, sebabnya mudah sahaja - bila orang suruh saya bersumpah "waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi" bahawa maklumat itu bukan dari mereka, saya tidak teragak-agak untuk bersumpah).

7. Adakah terdapat ucapan yang bersifat "prejudicial to Selangor government interest"?

8. Jika terdapat ucapan yang bersifat "prejudicial to Selangor government interest" yang dibuat oleh pemimpin kerajaan negeri itu, adakah beliau tidak tahu "the principle of collective responsibility"?

9. Jika mustahil beliau tidak tahu "the principle of collective responsibility," mengapa beliau melanggarnya?

10. Adakah berlaku apa yang Orang Putih panggil "conduct unbecoming" sebagai pemimpin PAS atau sebagai pemimpin kerajaan Selangor dalam ucapan Nasharudin dan Hassan ketika pertemuan dengan blogger-blogger tersebut? Jika tidak berlaku, mengapakah rakaman tersebut menjadi bahan yang disorok?

Oleh kerana dah sampai kepada bab "conduct unbecoming," cukup la dulu 10 soalan. Saya tanya ja walaupun saya tahu mereka tak akan jawab (Insya Allah, selepas ini saya akan tulis mengenai "Conduct unbecoming - bercakap bohong").

tulang besi

No comments:

Post a Comment