ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 October 2009

ISA mencemari perlembagaan Malaysia.

"ISA adalah salah satu dari beberapa akta tahan tanpa bicara yang diamalkan di Malaysia ini yang sangat membuang masa dan membuang duit rakyat" kata Prof Dr Aziz Bari, pakar Perlembagaan dari UIAM."Dalam kes ISA, biasanya tidak ramai hakim yang berwibawa dan berani seperti Syed Ahmad Helmy , Hishamudin Yunus mahupun Suriadi Abd Halim yang berani memberikan kemenangan kepada tahanan ISA"tambah beliau lagi.

Hakim Syed Ahmad Helmy memberi kemenangan pada kes Habeas Corpus (HC) Raja Petra , Hakim Hishamuddin Yunus memenangkan 6 Reformasi terdiri dari Ezam, Saari Sungib, Tian Chua dan beberapa yang lain dan Hakim Suriadi Abd Halim memberi kemenangan pada tahanan ISA "JI" Nasarudin Nasir.Dalam ketiga-tiga kes itu, hanya Raja Petra yang dibebaskan manakala Kumpulan Reformasi tidak dibebaskan. Yang lucu nya Nasarudin Nasir yang telah diistiharkan tidak bersalah, baru 10 minit dibawa keluar dari Kem kamunting tetapi telah ditahan semula di luar

pagar utama Kem dan kemudian ditahan semula dibawah ISA.Nasarudin dibebaskan empat tahun kemudiannya....
Betul lah kata Prof Dr Aziz tu. Mahkamah di Malaysia ni memang tidak boleh diharap untuk menyelesaikan kes-kes ISA. Saya teringat semasa HC 8 tahanan ISA JI pada Feb 2004 dulu.Mat sah adalah salah seorang dari mereka.Hakim yang mendengar kes itu, Kadir Musa jelas-jelas kata, ISA ni tak boleh dicabar di mahkamah ,walaupun orang yang ditahan itu mahkamah tiada bukti langsung untuk mensabitkan kesalahannya!!!!!

Justeru, Prof Dr Aziz menekankan bahawa menjadi satu tanggungjawab yang amat berat pada kita juga generasi akan datang untuk membersihkan perlembagaan Malaysia hari ini yang telah dicemari oleh kewujudan ISA.

merah hitam

No comments:

Post a Comment