ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 October 2009

Setapak lagi untuk Umno jadi wabak

RASUAH adalah wabak di negara ini. Umno hanya selangkah lagi sebelum dikenal pasti dengan wabak ini."Mengulas kemenangan BN di Bagan Pinang, ahli Parlimen dan juga Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai, "Better lose the battle", atau "lebih baik tewas bertarung".

Kata pemimpin veteran Umno itu dalam weblog rasminya: "Walaupun kemenangan yang dijangkakan bagi Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang hari ini dialu-alukan oleh kepimpinan (Umno dan BN) setelah mengalami kekalahan bertubi-tubi, saya khuatir apa yang diperlukan oleh negara ini ialah Umno terus kalah. Ini kerana kita telah meletakkan seorang calon yang telah terbukti mengamalkan rasuah."

Menurut Tengku Razaleigh lagi dalam kenyataan/catatan bertarikh 11 Oktober 2009 itu, "Kemenangan buat Isa akan membawa pengertian kepada satu pengesahan tentang rasuah, sebagaimana biasa dalam parti dan kerajaan yang dipimpinnya."

Justeru beliau merasakan, "Demi kebaikan parti, demi martabat masyarakat Melayu yang didakwa diwakilinya dan demi reformasi tadbir-urus dan politik seluruh negara yang perlu kita lalui, adalah lebih baik sahaja Umno tewas hari ini, dan menggunakan kekalahan tersebut untuk memulakan reformasi dalaman."

Namun sudah tentu pandangan ikhlas oleh tokoh yang masak tentang politik Umno ini tidak dikongsi oleh media parti kerajaan yang mengganggap kemenangan ISA sebagai satu kemenangan besar buat BN.

Dalam semua tulisan yang tersiar di media berkenaan menjelang tarikh pengundian, hakikat betapa Isa telah disahkan oleh Umno sendiri sebagai telah mengamalkan rasuah tidak disebut sama sekali walaupun ada di kalangan akhbar arus perdana tersebut yang telah digunakan bagi membesar-besarkan kes Isa tatkala beliau menghadapi Lembaga Disiplin Umno pada bulan Jun 2005.

Dalam sebutan budaya Umno, kes Isa ketika itu perlu diperbesar-besarkan bagi menjustifikasikan tindakan Lembaga Disiplin terhadap beliau.

Namun, meminjam kata-kata 'favourite' seorang penulis politik veteran tanah air, 'ajaib bin pelik' Isa hanya didapati bersalah atau melakukan rasuah politik kerana beliau bertanding jawatan dalam parti. Dalam lain perkataan, Isa atau sesiapa sahaja tidak akan dikaitkan dengan sebarang salah laku membabitkan politik wang sekiranya mereka tidak bertanding jawatan dalam parti.

Dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno ada 23 September 2004 itu, Isa melakukan kejutan apabila menduduki tempat pertama daripada tujuh calon yang bertanding.

Beliau memperoleh 1,507 undi diikuti Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi). Penyandang jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'terselamat' dengan menduduki tempat ketiga (1,234 undi) manakala seorang lagi penyandang, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berada di tangga keempat dengan mendapat 1,177 undi.

Tidak mustahil Isa tidak akan disabitkan dengan tindakan penyingkiran oleh partinya sebagaimana tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap Muhammad andai kata beliau tewas dalam kempen tahun 2004 itu.

Tahun 2009 giliran Ali pula yang terpaksa menghadapi penyembelihan kemaraan beliau dalam hierarki parti sehingga umum merasakan sekiranya Muhammad yang dilihat akan menang atau memenangi kerusi Timbalan Presiden, maka sudah tentu beliau juga berkemungkinan besar menjadi mangsa pisau Lembaga Disiplin Umno.

Melihat gambar kemenangan BN di Bagan Pinang yang tersiar di kebanyakan akhbar arus perdana, adalah begitu pelik bagaimana Isa, seorang bekas tokoh nasional yang pernah pada suatu ketika singkat menjadi Naib Presiden paling utama mengalami kemerosotan imej ketara sehingga menjadi pemimpin kecilan walaupun di Negeri Sembilan sendiri dan didominasi oleh seorang pemimpin Umno yang hampir-hampir tewas mempertahankan kerusi Naib Presiden kurang daripada enam tahun sebelumnya.

Lebih daripada semua itu, imej rasuah yang telah begitu bertungkus-lumus diusahakan oleh Lembaga Disiplin Umno serta media arus perdana milik Umno-BN akhirnya menjadi sia-sia dan ibarat menjilat ludah sendiri apabila Isa diletakkan sebagai calon Dun Bagan Pinang.

Ia menjadi bertambah buruk lagi untuk Umno apabila Isa memenangi pilihan raya kecil berkenaan dan menepati komen Tengku Razaleigh betapa kembalinya beliau menjadi anggota penggubal undang-undang negeri adalah "would translate into an endorsement of corruption-as-usual within the party and the government that it leads".

Walaupun media Umno seperti akhbar Utusan Malaysia menggambarkan kemenangan Isa sebagai ‘BN Menang Besar’ (tajuk utama edisi 12 Oktober 2009), hakikatnya Umno-BN tewas segala-galanya. BN boleh dianggap menang besar sekiranya calon yang bertanding bukannya Isa, pemimpin yang telah disahkan oleh partinya sendiri sebagai korup.

Bagaimana Umno mahu memenangi kembali hati orang Melayu dan penyokongnya di seluruh negara sekiranya menerusi perubahan cara pemilihan pemimpin yang sedang sibuk diperkatakan dan bagaimana pula parti tersebut mahu 'merakyatkan Umno' sekiranya rakyat seolah-olah diperdayakan oleh dolak-dalik tentang siapa rasuah dan siapa tidak rasuah dalam parti?

Apakah rasuah politik atau politik wang yang kononnya begitu dipertahankan oleh Umno boleh dikompromikan menurut kes tertentu dan situasi? Inikah yang difahami oleh pemimpin tertinggi dan Majlis Tertinggi Umno serta Lembaga Disiplin Umno sebagai 'prinsip'?

Barangkali mereka terlupa, kemenangan Isa di Bagan Pinang hanyalah kemenangan dari segi kiraan kertas undi bagi sebuah kawasan Dun di negara ini dan dalam keadaan keikhlasan dan kejujuran Umno terus dipertikaikan, ia sudah tentu tidak boleh sama sekali menjadi kayu ukur prestasi parti tersebut sebenarnya di peringkat nasional.

Bagi Isa, beliau kembali ke dalam arus perdana politik negerinya. Bagi Umno-BN, ia merupakan sagu hati setelah tujuh kali tewas berturut-turut. Tetapi bagi orang Melayu dan rakyat Malaysia, ia mengisyaratkan bermulanya kembali satu wabak.


Oleh Shirzad Lifeboat

No comments:

Post a Comment