ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 October 2009

UMNO khuatir pepecahan PAS akan menyerlahkan barua barua sundalnya dalam PAS.....

EGM khas PAS dikhuatiri memecahbelahkan perpaduan orang Melayu

Hasrat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya muktamar agung khas dipanggil bagi membersihkan partinya daripada "pemimpin-pemimpin bermasalah" dikhuatiri mengakibatkan perpaduan politik orang Melayu tergugat.

Walaupun langkah itu sah di sisi perlembagaan parti dan mengikut amalan demokrasi, berdasarkan pengalaman parti-parti lain sebelum ini, ia boleh menjejaskan perpaduan di kalangan anggota parti tersebut dan seterusnya orang Melayu.

Pemimpin-pemimpin yang diketepikan melalui persidangan agung khas (EGM) walaupun demokratik sekalipun, kerap kali mengakibatkan perpecahan sesebuah parti apabila pengikut pihak yang dikalahkan enggan menerima keputusan EGM.

Langkah politik pilihan Menteri Besar Kelantan itu seolah-olah membelakangkan perpaduan dan dikatakan didorong perasaan tidak senangnya terhadap pendirian beberapa pemimpin yang dikatakan mahu bekerjasama dengan Umno dalam usaha mengukuhkan perpaduan orang Melayu.

Setakat ini, hanya PAS negeri Kelantan dilaporkan menyokong cadangan Nik Aziz.

PAS negeri Kedah berpendirian muktamar agung khas tidak perlu diadakan manakala PAS negeri Perak mahu cadangan itu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat.

Nik Aziz mengesahkan kepada media di Kota Baharu semalam pendiriannya yang tertulis dalam blognya Jumaat lepas supaya persidangan agung khas PAS diadakan untuk membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Nik Aziz di Kota Baharu semalam berikutan kenyataan menggemparkan "Tok Guru" PAS itu dalam blognya.

Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang juga Ketua Umno Cheras melihat pergolakan dalam PAD itu bertitik tolak daripada sikap dan corak politik Nik Aziz. "Seorang ulama atau tok guru yang benar-benar berjuang atas landasan Islam tidak akan redha melihat perpecahan berlaku di kalangan umat Islam," kata beliau yang turut terkejut dengan langkah Nik Aziz, dalam blog Umno Cheras hari ini.

"Tok guru tulen adalah mereka yang memikul amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan umat Islam keseluruhannya melebihi kepentingan peribadi dan tidak pula sengaja memutuskan hubungan persaudaraan sesama Islam," tegasnya.

Syed Ali berkata idea pembentukan kerajaan perpaduan dicetuskan beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin, baik bagi perpaduan ummah dan tidak sepatutnya ditolak Nik Aziz.

Nik Aziz bagaimanapun ketika mempertahankan pendiriannya kepada media semalam menegaskan bahawa ia merupakan kebijaksanaan beliau sendiri tanpa didalangi sesiapa dan adalah disarankan semata-mata bagi kepentingan masa depan partinya yang baru-baru ini gagal mengekalkan momentum menang dalam pilihan raya kecil di kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Beliau juga menyatakan keyakinan langkah itu, jika diterima parti tersebut yang sudah berusia hampir enam dekad, tidak akan memecahbelahkan parti. BERNAMA

penjelasannya
Jadi mengapa pm and tpm serta anggota umno mengapa begitu bimbang.. karena mereka takut orang orang mereka yang diseludupkan masuk kedalam pas tersingkir dan pecah warnanya.. mereka memperjuangkan kemelayuan sedangkan kita memperjuangkan islam, dan Allah SWT melaknat mereka yang berjuang selain untuknya yakni selain agamanya islam. sudah nyata bahawa kebelakangan ini kerana golongan atasan kita cenderung terhadap umno demi jawatan menteri maka perjuangan pas sudah lari dari memperjuangkan islam kepada memperjuangkan melayu. siapa yang melarikan tujuan perjuangan kita kalau tidak mereka yang diatas kita yang pro umno itu?

jelaslah sebab kebimbangn pm itu karena takut pas tidak berpecah untuk mengaut seribu macam keuntungan selagi konco konconya ada dalam pas

No comments:

Post a Comment