ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 October 2009

Tok Guru Nik Aziz .... Segala Telahan Mu Benar Belaka.

Tiada kata lagi yang dapat diucapkan. Hanya mampu tersenyum memanjang. Sementara kusut belum pun terlerai, tembelang lain makin terbungkai.

Satu demi satu keluar cerita pasal mamat tiga ekor ni. Itulah dah kata dah mesyuarat tempoh hari sepatutnya dijadikan garisan penamat kepada semua permasalahan yang ditimbulkan Nik Aziz.

Sebaliknya ia dijadikan garisan permulaan kepada pelbagai permasalahan baru yang ditimbulkan oleh yang dituduh. Bermula dengan perjumpaan dengan blogger ternama, keluar pulak cerita Harakah yang sudah menjadi nadi propaganda SU Agong dengan wartawan Suhaimi Pro Umnonya pulak.

Tup tap tup tap keluar pulak pasal larangan mendedahkan rakaman perjumpaan Pas Selangor dengan Pesuruhjayanya pulak. Lepas ni apa pulak?

Ingatkan Najib Tun Razak saja yang dicucuk hidung oleh Mahathir, rupanya dalam Pas ada juga yang diikat dan ditarik dengan ser… huh nasib lah labu…

Senyumlah Tok Guru Nik Aziz, tanggungjawab sudah disampaikan, orang ada mata tak nak tengok, orang ada telinga tak dengar. Habis macam mana kita nak ajak rakyat kaya TAK NAK pada BN?

Kita sendiri pun macam nak tak nak je. Apa nak buat, masing-masing ada cita-cita. Tok Guru Nik Aziz kekalkanlah dengan perjuangan.




Jelas kini , hasrat Tuan Guru Nik Aziz dan dan orang-orang PAS yang ramai ; mahu melihat operasi pemutihan dalam PAS tidak kesampaian.

Hasrat TGNA supaya diadakan satu Muktamar Khas gagal ditunaikan. Sebelum ini Pada jun 20, 2009, Ust Ahmad Awang juga minta diadakan satu ‘Muktamar Khas’ melalui blognya yang saya salin di sini:

“maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.”

Begitu juga Datuk Harun Taib ,pernah turut menggesa supaya diadakan Muktamar Khas di sini

Kali ini, TGNA telah secara jelas menamakan tiga orang yang perlu diambil tindakan iaitu, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustaffa Ali.Tetapi anehnya, ketiga-tiga orang tersebut yang sepatutnya diambil tindakan telah diselamatkan pula oleh Tuan Guru Presiden.

Nampaknya PAS terlalu phobia untuk mengadakan Muktamar Khas setelah sekelian kali gesaan dibuat oleh pemimpin kanan parti itu sendiri. Kenapa ? PAS dilihat lebih suka menyapu sampah sampah kebawah tikar. Maka PAS akan berterusan dengan sindrom ‘ghok-ghak’ nya sepertimana kata TGNA :

“Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana,"

Tindakan menghadapkan Selangor kepada JK Disiplin nampaknya sudah tersasar dari tujuan asal gesaan TGNA.Tindakan ini tidak akan mengubah persepsi orang ramai yang mahu melihat perubahan dalam PAS sebagaimana yang telah digesa oleh TGNA dalam blognya tempohari.

PAS gagal untuk bertindak wajar dalam menghadapi isu tersebut.Percayalah; isu tiga orang yang perlu diambil tindakan itu tidak akan tamat begitu sahaja.Yang pastinya, tindakan sebegini tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap PAS itu sendiri kerana PAS dilihat telah gagal untuk membersihkan dirinya daripada anasir-anasir sepertimana yang disebut sebagai Fraksi Umno atau "boneka Umno" dalam PAS.

PAS harus berani menyambut gesaan TGNA yang mahukan Muktamar khas diadakan.Ini adalah penting supaya persepsi orang ramai terhadap PAS dapat dipulihkan semula.

“ Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas,” Kata TGNA

Sebelum TGNA menggesa supaya tindakan diambil keatas tiga orang itu, jangan lupa TGNA pernah menyatakan bahawa :

“ Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno.

Kelangsungan PAS hari ini adalah semata-mata atas adanya pemimpin seperti TGNA dan beberapa yang lain.Jika tidak berlaku perubahan yang drastik sebagaiman gesaan TGNA, adalah dikhuatirkan PAS akan kembali semula klepada statusnya di tahun 2003 lalu.
TGNA telah melaksanakan tanggung jawabnya dengan berkata :

“Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa... saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah," jelas Nik Aziz.



penyapu sial


aku rasa 3 ekor tu..kena TAWARAN istimewa…kalau tak mungkin UGUTAN ISTIMEWA dari musuh durjana…Ini ujian IMAN sama seperti Nabi Muhammad SAW yang dirawarkan HARTA WANITA dan TAHTA…3 TA…jadi pandai2 lah bawak diri…jangan libatkan jemaah PAS…Aku tetap TABEK spring kepada TG Nik Aziz …ULAMAK TERLAMA dalam PAS…dan ULAMAK TAK PERNAH KALAH dalam pilihanraya..Dr. Mahated pun keluar masuk parti dan kalah pilihan raya….itu pun orang PAS BUTA ke…

SILA BACA HARAKAH KELUARAN JUMAAT 30/10/09

ADA ARTICLE YANG MEMBURUKKAN NIK AZIZ

http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html



saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru. Untuk membuatkan orang MEMPERSOALKAN INTEGRITI Tok Guru....dan kita semua ada  tahu dalam lembaga pengarah HARAKAH ...terdapat barua pembuntut UMNO...jangan panggil dia cikgu PA...orang ini tak layak di hormati...dan orang ini lah yang punya angkara...tok guru nik aziz tak di hormati...iblis dan syaitan yang dia dekati....get out and go to hell ...3 jahanam

ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu sendiri. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri & bertindak. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham kerana apa.

lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR….sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH!!!!


Kadang-kadang rasa lemas dibuatnya. Apa tidaknya, kita sebagai ahli sudah nampak, sudah terang lagi bersuluh, tentang mamat-mamat perosak yang disebut TGNA.

Tapi sayangnya seolah-olah tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan, mamat-mamat tu macam sudah ‘menderem’ semua orang.

kepada ahli PAS, kita mesti LAKUKAN SESUATU sebelum parah membawa rebah!

1 comment:

  1. tak sangka aku...tiga2 tu nk sangat ngn UMNO...aku ingat hasan ali tu bole la sajak sangat hero PAS..aku pun da anggap die sbagai idola aku dalam PAS...sekali plak die ni kire kutu nak masuk UMNO..kire ye la tu.. ade berita kata die ni bole jd MB selangor kalo die join UMNO..ceh...... aku rasa hasan ali dah kena offer post MB selangor la tu..ingat tak NAJIB penah kata die nak snatch selangor...

    ReplyDelete