ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 October 2009

Produk kerajaan UMNO-BN.... Belajaq Agama Tak Habis.....sister (syaitan ) in islam tak kata apa...!!!

Duit rasuah bayar zakat - Bekas KSU didakwa guna cek kosong peroleh wang rasuah



ABDUL HANAN diiringi polis ketika hadir di Mahkamah Seksyen Shah Alam semalam.

Salah satu cek kosong yang diterima oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atas 10 tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini semalam adalah untuk membayar zakat pendapatan 2008 sebanyak RM25,000.

Datuk Abdul Hanan Alang Endut, 57, yang kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan rasuah sebanyak RM59,390.60 yang dibacakan semalam.

Beliau menghadapi 10 pertuduhan pilihan menerima beberapa cek kosong antara 1 hingga 15 Disember tahun lalu daripada pemilik Syarikat Global Goodway (M) Sdn. Bhd., Adam Omar sebagai ganjaran meluluskan permohonan 'Technofund' untuk projek di Pulau Pinang.

Selain membayar zakat, beberapa keping lagi cek kosong yang diterima daripada pemilik syarikat yang sama digunakan untuk membayar kad kredit (RM9,275) dan cukai taksiran bagi tiga harta (RM1,542.60) dan pembaikan rumah (RM15,024).

Beliau turut didakwa menerima sekeping lagi cek kosong berjumlah RM8,000 dan memasukkannya ke dalam akaun Maybank milik isterinya, Norihan Ahmad pada 27 Februari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

No comments:

Post a Comment